Tuesday, 17 December 2013

THE LITTLE RED VELVET FOR WED ANNIVERSARY

ASSALAMUALAIKUM...


buat tatapan sahabat sekalian,Alhamdulillah minggu lepas saya dapat menyiapkan tempahan daripada seorang officemate untuk wedding anniversary 1 month katanya. So dia nak tema red and kek dia pun RED VELVET so memang kena la sangat theme merah yang dia nak kan...

so jom saya sharekan Ilmu ini, cara pembikinan juga resepi buat sahabat sekalian...

BAHAN-BAHAN KEK RED VELVET MOIST

360g tepung gandum
2 sudu serbuk koko
1 sudu teh baking powder
satu sudu teh  soda bikarbonat

ayak kesemua bahan diatas dan letakkan ketepi


1 cawan buttermilk
1 cawan minyak jagung
400g gula castor (saya guna 350g)
2 biji telur gred A
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu pewarna merah
1 sudu teh cuka
1/2 cawan kopi/nescafe panas untuk dapatkan moist

CARA-CARA

Campurkan gula dan minyak (pukul)
masukkan minyak jagung, telur dan buttermilk dan kopi yang panas tadi dan
tambahkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
(jangan pukul nanti kek akan berlubang-lubang kerana udara terperangkap)


CARA-CARA PENYEDIAAN

sebelum memulakan, panaskan oven 180degree
sediakan dua loyang bersaiz 8 inch
sapukan butter disekeliling dan lapik dengan kertas minyak
kemudian tuang adunan kepada dua bahagian sama rata
dan bakar selama 40 minit bergantung kepada oven masing-masing

mengikut adunann ini, memang perlu dua adunan jika tidak akan terlalu banyak jadinya dan lambat masak menyebabkan di sekeliling akan keras dahulu kerana terlebih masak


BAHAN-BAHAN CHEESE FROSTING

150 cream cheese (boleh guna Tartura/phidelliphia)
1 sudu teh vanilla esen
30g butter non-salt
1 sudu teh lemon paste
60g icing sugar

CARA-CARA
pukul cream cheese dengan gula
masukkan butter, vanilla esen dan juga lemon paste
pkul sehingga kembang
kemudian boleh siap sedia untuk deco-mendeco
sediakan dua loyang sama saiz

kali ni buat kelainan pulak dengan menggunakan loyang petak

setelah siap, layerkan dengan cheese frosting

letakkan cheese frosting di sekeliling kek



selamat mencuba kawan-kawan

No comments: