Sunday 28 September 2014

DECO ROSES BERSAMA CHEF ZUBAIDAH

Assalamualaikum w.b.t semua. Moga-moga kalian sihat sentiasa dirahmati Allah. Rasanya bermingu-minggu sudah saya tidak menarikan jari di papan kekunci ini. Almaklumlah, untuk berehat pun saya tak sempat. hanya sempat tidur. Itulah masa saya berehat. Dan paling penting, masa berehat paling tenang adalah ketika, sedang dan sesudah habis solat. Rasanya itulah rehat sementara yang sangat berkualiti dan nyaman.

Hasil Air Tangan
Melalut sudah.heheheh. Oklah saya nak ceritakan sedikit pengalaman saya seharian hari Ahad semalam bersama Chef Zubaidah. Sebenarnya dah banyak kali saya ingin  mengikuti kelas kek di Bakewell Supplies Gombak ni. Tapi disebabkan Kelas hari sabtu, Ahad kadang-kadang saya kena overtime, jadi saya tak sempat langsung untuk meluangkan masa . Tapi semalam Alhamdulillah, Mission Accomplish!!!!!!!!!!!!!
Sebabnya, saya tiada kelas minggu lepas dan saya tak masuk kerja, plus kelas pulak kelasDeco yang memang saya tunggu-tunggu. BUAT ROSES DAN LEAVES,TECHNIQUE,TIPS AND SKILLS. seriously, saya sangat teruja dengan new things ini.


Memang kena ke kelas untuk pandai. Bukan mudah. hanya belajar melalui youtube atau internet sahaja. Memang kena ke kelas untuk mendapatkan tips yang sangat bermanfaat untuk beginner or amatuer macam saya ni.

Oklah...banyak sebenarnya Ilmu yang Chef bagi pada kami hari tu. Moga Allah merahmati Chef dengan ilmu yang sungguh bermanfaat buat saya dan rakan-rakan yang lain. Saya duduk dikalangan ornag yang amatuer juga dalam membuat deco ni. Kelakar pun ada sebenarnya. Tapi itulah. Ada yang pandai buat kek, tapi tidak deco. Dan ada yang pamdai membuat deco tapi tidak kek. Lihat. Di sini pun kita boleh lihat kekuasaan Allah kan. Kalaulah semua orang tahu setiap sesuatu, maka tiada lah pro and cons, tiada warna warni dunia.

Mula-mula chef bagi tahu cara-cara melempa kek dengan buttercream, apa fungsi shortening, apa fungsi butter, apa fungsi creamwell. Cara yang mudah untuk melempa kek dan bagaimana angle untuk pegang spatula supaya mendapat kek yang kemas. Ok untuk kek yang putih, jgn campur butter, gunakan shortening dan krimwell sahaja. dicampur dengan golden syrup dan juga gula icing. baru kek kita akan dapat putih dan gebu. saya akan panjangkan ilmu chef ni untuk manfaat semua orang ya.

RESEPI BUTTERCREAM UNTUK KEK

400g Krimwell
200g Shortening
350g gula icing
100g golden syrup

CARA-CARA
Pukul Cream well dan shortening nampak gebu, tapi jgn terlalu lama, nanti dia akan cair atau terlalu lembik
Masukkan gula icing dan juga golden syrup dan pukul lagi. tapi jgn terlalu lama
Pastikan jgn pukul semua sekaligus, kalautak krimwell and shortening tak mengembang


RESEPI BUTTERCREAM UNTUK DECO`

300g shortening
200g gula icing
pewarna kesukaan

CARA-CARA
masukkan shortening dan pukul sedikit sampai gebu
masukkan gula icing, gaul rata
kemudian masukkan pewarna kesukaan

TIPS: kalau agak krim keras, tambah shortening, kalau lembik, tambah gula icing


untuk melempa yang bersih dan kemas, masukkan ke dalam piping beg dan kemudian pipekan ke atas kek. mula-mula ratakan bahagia atas dari keluar bawa kedalam buat seolah membukit sedikit. untuk kek bunga ros ni ya. kemudian ratakan belah tepi sedikit demi sedikit. benda yang paling penting masa nak lempa kek ini adalah kain, dan bekas kosong untuk membuang sisa cream.untuk mendapatkan permukaan yang berkilat dan cantik, gunkan air panas. celup spatula, kemudian renjiskan dan sapu ke atas cream yang telah kemas tadi. Hasilnya. sangat cantik dan rata.

Untuk bunga, chef ajar kami guna freehand ahaj, tak perlu guna nail, ataupun con untuk bunga ros ni, terus buat gunakan kemahiran tangan. Mula2 agak susah juga, lama kelamaan, dapat jugalah menyusaikan diri walaupun hasilnya kurang berseni daripada chef. hehehe..Gunakan cawan plastik untuk memudahkan membuat roses.

air tangan saya
Apapun inilah sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya kongsikan bersama. Bolehla digunakan untuk manfaat anda ya.
rakan-rakan yang turut menjayakan. Walaupun tak kenal, tapi macam dah lama kenal










Monday 8 September 2014

CUPCAKES FOR WEDDING RED-WHITE-GREY

Assalamualaikum...sekali lagi tempahan cupcakes bertemakan red-white-grey. Disebabkan orang yang order ini tak cerewet, jadi senang saya untuk meluah dan melakar idea saya sendiri. 60 pcs in total. Alhamdulillah. So sebenarnya dia minta red-white sahaja. Namun disebabkan saya namapak macam tak seri, saya tambah elemen grey dalam cupcakes saya. boleh tengok ye gambarnya dibawah.

PEACH-PINK-PURPLE CUPCAKES & CAKES

Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian..moga-moga Allah memberkati kalian dengan seribu rahmat. lama sungguh rasanya tidak updated blog Selera Kasih ini. Kesibukan kelas dan kerja membuatlan saya kesuntukan masa untuk mengupdate apa sahaja resepi dan experimen makanan yang telah saya cuba.

Minggu lalu saya mendapat tempahan daripada rakan sekerja untuk engagementnya. Alhamdulillah. tema yang dikenakan adalah Peach-Purple-Pink. Masa saya buat kek ni, samapai saya termimpi saya yang berkahwin. sebabnya masa tengah buat kek saya berfikir, kalau kek kahwin saya nanti bagaimana saya nak olahnya. heheheeh.. Moga-moga lepas ini turn saya pula membuat kek saya untuk hari bahagia saya..amin...

Ok lah dah melalut ni, bolehla take  a look my picture and hasil tangan amateur macam saya ni. untuk resepi kek span, saya guna dariapada kak ita masam manis. Seriuosly sedap and tak menyesal gunanya. heheeh.. untuk resepi boelh dapatkan di bawah ya.


untuk lagi detail bagaimana tips-tips kek span, sila ke link ini. kaka ita memang bagitau detail macamna tips untuk kek span
KEK SPAN COKLAT
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Majalah Saji

Mula-mula kita sediakan bahan-banahn yang di perlukan

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
150 gm tepung kek
20 gm serbuk koko
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Mula-mula satukan, tepung kek, baking powder dan serbuk koko kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar
kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Mesti ada yang tanya kenapa speed perlahan..?
Cubalah guna speed laju.. pasti berbedak muka tu nanti hihi ^_^
Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun

Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
Bakar selama 30 ~ 35 minit



Tuesday 2 September 2014

PUDING KASIH BERTAUT




Assalamualaikum buat pembaca sekalian. Kelmarin saya baru mencuba puding kasih bertaut dari Azlita masam manis punya blog. Selalam ini asik tengok dengan penuh keterujaan, kali ini ingin mencabar diri untuk melakukan sendiri. Alhamdulillah menjadi. So jom tengok resepi dan cara-caranya. First thing yang nak kena ada, adalah acuan roses, leaves and heart shape. Yang ini ada yang jenis plastic and ada yang jenis silicone. yang plastic agak murah sedikit daripada yang silicone. Boleh didapati di kedai-kedai kek.

PUDING KASIH BERTAUT
sumber:MASAM MANIS
Bahan-bahan A
5gm agar-agar putih~saya guna serbuk nona yang colourless300 ml air
200 ml susu cair
1/2 cawan gula~kalau nak manis,buat 3/4 cawan
1 biji telur~buang tali pusat untuk mengelakkan hanyir
2 sudu kecil sirap Rose
Sedikit esen vanilla
pewarna kesukaan~saya guna pink untuk roses, merah untuk heart shape, dan hijau untuk leaves
Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam susu cair dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi
Masukkan sedikit esen vanilla

Kacau sebati dan masak hingga mendidih

Setelah mendidih, tutup api.

Bahagi larutan agar-agar kepada 3 bahagian

Letakkan pewarna

Tuang ke dalam bekas acuan bunga kecil yang berlainan.


CARA SAYA

Cedok bahan adunan tadi dengan bekas seperti jag anggaran cukup untuk kedalam bekas acuan, titiskan pewarna, kemudian kacau sehingga warnanya sebati.

Tuang kedalam bekas adunan sehingga penuh. Sejukkan di dalam freezer. Saya kira hari tu dalam masa 10-15minit untuk mengeras

ulangi untuk bentuk2 acuan yang lain jika berlainan warna.

setelah sejuk, keluarkan bahan bentuk2 tadi ke dalam tray dan susunkan. Jika menggunakan bekas acuan plastik, agak sukar mengeluarkannya, jangan congkel, cuma tekankan di bahagian atas sehingga terkeluar

Bahan-bahan B
10 gm agar-agar serbuk putih
800 ml air
1/2 cawan gula ~ kurangkan sedikit
Esen vanilla

Cara Bahan B
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga gula melarut dan agar-agar mencair

Tutup api dan tapis. sejukkan sekejap dalam masa 5-8 minit

Cara Saya Menyediakan Puding
susunkan semua bahan-bahan roses, dedaun dan bentuk hati mengikut citarasa anda, kemudian tuangkan bahan B ke dalam loyang tersebut dengan cermat. Masukkan kedalam freezer sehingga mengeras.

keluarkan adunan tadi secara terbalik.

Selamat mencuba!!

P/S: air untuk adunan B jangan berlebihan nanti agar-agar akan berair.