Monday 31 October 2016

TEMPAHAN MINGGU LALU

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah..minggu lepas sy mendapat tempahan yang bertalu-talu..alhamdulillah rezeki. Dalam masa yg sama dapt juga polish skil yang dah berkarat-karat dek kekangan masa tempohari.

so kek pertama adalah kek lego daripada puan soleha. kek chocolate moist, layer with buttercream dan juga choc moose. deco buttercream dan juga fondant



kek kedua adalah kek Didi & Friends ditempah oleh Pn Norazwa Ahmad untuk kedua-dua anak daranya.
Kek chocolate moist, layer with chocolate moose dan disaluti dengan chocolate ganache. deco edible image didi and friend dan juga fondant


kek ketiga jauh perjalannannya ke Gombak. Tempahan oleh Ms.Ain untuk pertunangannya dengan Mr. Haziq. theme pink . deco fondant

alhamdulillah terima kasih semua..





Wednesday 26 October 2016

4 BOX CIK GEBUSS DI PINANG MINGGU LEPAS

Assalamualaikum semua... cik gebus minggu lepas dipinang oleh orang kepong, puchong, dan gombak... WAHHHHH whisk n whip di KL lah... macmaana? nak order????

Weekend sy akan ke sana.. sila place order ya.. thank you so much semua pembeli cik gebus...

0124094744

Alhamdulillah

MINI INDULGANCE COLLECTION





Saturday 15 October 2016

CIK MUNCIT DIPINANG LAGI..ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum... cik muncit terlajak laris in box of 4. various flavour for your own taste. Wahh speaking hari ni..

saja sy nak share, hampir 70 box cheesetart sy terjual seminggu.. alhamdulillah.,..semua nya berkat sokongan daripada family dan kawan-kawan.


dari mana datangnya kekuatan untuk membuat semuanya hanya Allah yang tahu. Bukan duit jadi idaman, tetapi bilamana feedback customer semuanya positive dan memberangsangkan, sy makin semangat nak buat.


repeated customer pun banyak juga.. alhamdulillah  so ada neighbour dah repeated cik muncit fruits saya ni .

cik muncit fruits ni, fillingnya coklat + strawberry, kemudian masukkan cik muncit dan lepas tu sy pipekan whipping cream. sy sejukkan sebentar di dalam peti ais. kemudian baru letakkan fruits di atasnya.supaya buah tu dia gah di atas tanpa jatuh.sy letakkan kiwi, strawberry dan anggur hitam di atasnya

so inilah gambarnya
resepi semua sy dah share sebelumnya ya entry. selamat mencuba semua....

SI CIK GEBUSS CREAM PUFF

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah hari ni nak share resepi cik gebuss saya a.k.a cream puff. setakat ni hampir 50 box mini telah terjual laku. sy jual RM2- 3 biji. mini size  Alhamdulillah feedback semuanya ok.

So sy sharekan resepi yang sy ambil untuk semua ya. 

CREAM PUFF WITH CUSTARD FILLING
resipi : Chef Kamarul
sumber : Deanna  & K.Nor@SecubitGaram

Bahan2 Cream Puff
250ml air
100g Mentega
1sdk Gula Kastor
125gm Tepung Gandum
3 biji telur ~ k.nor guna gred B
1/2 sdt garam

Cara Membuat Cream puff


1. Campur gula,air dan mentega. Masak hingga mendidih. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan tak melekatpada periuk. Sejukkan sebentar.


2. Dengan menggunakan periuk yg sama masak tadi, gunakan mixer dan mix adunan tadi sambil memasukkan telur satu persatu ke dalam adunan


3. Putar sehingga adunan menjadi kenyal pendek kata dia bergulung menjadi seperti doh di mixer. tu tandanya kegebuan bakal berlaku.

 4. Bakar 15 min pada suhu 180 darjah.
 


Custard Filling
Bahan-bahan
500ml Susu Segar
1 biji telur
25gm tepung Kastad
30gm tepung Jagung
100gm gula kastor
1 sdk esen vanilla


panaskan di dalam periuk. kacau sehingga rata dan sebati

Cara saya
untuk Custard filling sesiapa yg gunakan instant custard filling

150ml susu segar
50g custard instant
1 senduk gula(agak manis kurangkan)
Non diary whipping cream secukupnya dipukul kental

masukkan susu segar dan gula
panaskan sehingga gula larut
masukkan serbuk instant custard
kacau sehingga pekat dan meletup
matikan api
masukkan non diary secukupnya sehingga rasa berlemak dan creamy macam papa beard punya filling

wallaaa





Friday 14 October 2016

FROZEN CAKE AYU



Assalamualaikum semua.. alhamdulillah rezeki melimpah ruah Allah berikan.. setiap hari ada sahaja tempahan kek besar atau box. Apapun.. rezeki Allah dtg bila-bila masa sahaja. Alhamdulillah.. yg penting titipkan rasa syukur atas nikmat sihat kita, nikmat duit, nikmat persahabatan yang penting nikmat islam, iman dan ihsan.

Ok lah order ni sebenarnya urgent dari officemate. Kek frozen yang dia minta. Memandangkan sy ada barbie doll lebih ( ala-ala barbie) ni kat bilik, jadi saya pun terpikir untuk terus buat kek doll yang ada gaun.

Wah...sebelum ni nak buat, tapi memandangkansape nak makan kek ni kan. so batalkan hasrat.

Bila dpt je order mcam ni,....ha terus buat...

so kek ala frozen ni, saya buat 2 layer cake moist chocolate kek layaer chocolate moouse dan topping dia  roses all fresh cream.. sy kurang gemar guna buttercream dalam cake kerana terasa muak memakannya. so memandangkan bila buat kek je saya akan letakkan diri saya ke dalam owner kek tersebut, so sy decide untuk letakkan fresh cream as a topping deco.

ini lah hasilnya.. kek yang seberat hampir 2 kg untuk  si anak dara kak adah... alhamdulillah...mereka feedback sedap dan memuaskan
untuk tempahan
wa: 0124094744
wa:0124094744

Thursday 13 October 2016

CHOCLATE INDULGANCE MINI IN THE HOUSEEEEE

Assalamualaikum semua...
nak share sedikit order minggu lepas dan minggu ini. Ceriatanya Whisk and Whip ada buat promotion. Ya promotion.. 

untuk coklat indulgance mini RM 30 sahaja besar 5-6 inch cake portion bersamaan dengan  4-5 pax
so apa lagi tunggu meh grab kengkawan. Jika ingin tambah edible image bolehlah tambah RM 5-RM10 as per request ya.. jom kita tengok order minggu lalu.


Alkisahnya, sy gantikan chiffon cake kepada choc moist cake. Alhamdulillah semuanya puji kata sedap. Wah...

nanti sy akan share kan respinya ya.so beginilah kek nya ya.. rasa berbaloi baloi. seiring rasa secret recipe insyaAllah...hehehe

 untuk tempahan WA 0124094744


saya combinekan resepi untuk dapatkan hasil terbaik. Alhamdulillah semua berpuas hati dengan  hasilnya. Jom intai resepi

RESEPI: 
Kek choc : Azlina Ina
Moose and Ganache: Azlita Masam Manis


KEK COKLAT MOIST SEDAP RESEPI DARI AZLINA INA

A
1/2 Cawan butter dicairkan dan biarkan sejuk

B
2 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sb ovelete
1/2 cawan susu segar

campurkan semua bahan kecuali susu segar, putar hingga gebuss
kemudian masukkan susu segar
Selepas itu masukkan A kedalam adunan dan mix sebati

C
1 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1sk soda
1/2 cawan serbuk koko
1 sk garan
 1/4 cawan air panas 

Ayakkan ke dalam adunan B+A dan whisk sebati
Tambahkan  1/4 cawan air panas. 

Alaskan loyang dengan baking paper
tuangkan adunan, dan sedia dibakar atau kukus

Bakar: waterbath ( suhu 170c api atas bawah 45-50 min
kukus: Tutup surface  acuan/loyang dengan plastik.
loyang 5-8" :30-35 min
loyang kecil : 20min



(RESEPI  MOUSE COKLAT DAN WHITE MOUSSE DIAMBIL DARI AZLITA MASAM MANIS)
BAHAN-BAHAN CHOCLATE MOUSSE
1 1/2 sudu besar gelatin
50ml air
250ml whipping cream - Non-Diary
250g dark chocolate
1 sudu butter
2bji telur (asingkan putih dan kuning)
50g gula castor

CARA-CARA
Rendam gelatin di dalam 50ml air
kemudian panaskan dengan double boiler
kemudian angkat gelatin yang sudah cair ke dalam bekas lain

Kemudian, masukkan 250g dark chocolate dan cairkan secara double boiler

di dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan gula sehingga kembang
dan di dalam mangkuk lain juga pukul whipping cream non diary sehingga kembang atau bertanduk(kalau kita terbalik bekas, dia tak jatuh)

setelah coklat telah cair keseluruhan, masukkan 1 sudu butter, gelatin yang telah dicairkan dan juga kuning telur, kacau sehingga sebati.

Angkat periuk tadi, masukkan putih telur yang dipukul kembang dan masukkan juga whipping cream tadi dan gunakan kaedah kaup balik sehingga rata.
BAHAN-BAHAN WHITE MOUSSE

2 sudu gelatin
50ml air
250ml whipping cream-Non-Diary
250g white choclate
2 biji telur (asingkan putih dan kuning)
40g gula castor( nak letak 50 pun boleh, saya kurangkan sebab white choclate sudah manis sgt)

CARA-CARA
Rendamkan gelatin di dalam air sehingga kembang.
Panaskan Gelatin yang direndam tadi secara double boiler

Di dalam mangkuk lain, Pukul putih telur dan gula sehingga kembang
pukul kuning telur sedikit.

Cairkan white coklat secara double boil

di dalam mangkuk lain, sama juga kaedah dengan membuat chocolate mousse
pukul putih telur dan gula sehingga kembang

di dalam mangkuk lain pukul whipping cream sehingga kembang/bertanduk

Setelah chocolate cair, masukkan kuning telur dan gelatin, serta susu

kemudian angkat dan masukkan putih telur yang dipukul bersama dengan whipping cream menggunakan kaedah kaup balik.

jika masih cair untuk di letakkan kepada kek, simpan semalam sebelum digunakan


COKLAT LELEH GANACHE (RESEPI CHEF AMIR DIAMBIL DARI AZLITA MASAM MANIS)

250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )
Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
Biarkan coklat mencair
Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
Biarkan sejuk sebentar (yg pasti bila tuang, coklat tak ikut mencair dengan coklat sbb panas)
Pastikan topping rata ya.


Selamat mencuba semua.... InsyaAllah berjaya

Tuesday 4 October 2016

PANDAN LAYER KEBABOOM












Alhamdulillah..nak share kek pandan layer gebus kebaboom saya beri nama memandangkan sy teruja nak buat kek pandan ni setelah bertahun tahun menangguh hasrat untuk menjayakan.


mungkin sifu azlina ina bagi reseoi dan cara yang mudah membuatkan hati terkinja-kinja nak buat kek ini.

Jom intai resepi. kek agak tak gebus sebab lambat terbalikkan.heheheeh

tapi sebenarnya gebus. sy akan sharekan kali kedua punya kegebusan ya.. nantikan...

jom intai respi...


KEK PANDAN LAYER KEBABOOM
resepi: azlina ina


kek pandan gebus
3 biji telur
1/2 cawan gula biasa
1sb ovalete
1sb pes pandan
1-2 titis pewarna hijau
 1/4 cawan minyak (last sekali) 
1 cawan tepung ayak + 1skecilbaking  powder (ayak)


mix semua sampai kembang gebu kecuali tepung dan minyak.
masukkan  tepung yang telah diayak dan mix lagi.jangan likat sampai macam meringue tu ya.
mengikut sifu azlina nanti dia akan bantat. setelah bila angkat mixer, adunan masih boleh jatuh lagi.
Masukkan minyak 1/4 cawan tadi dan kacau laju. ini untuk membuang angin di dalam adunan kek 

balut dengan plastic, kukus dalam pengukus dalam 40 minit,
dah siap terballikkan dan terbalik kan kembali


Utk topping

1 /2 cawan tepung honkwee

1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
2tbs pandan/keladi paste
1 tudung pewarna hijau/purple
1 1/2 sudu besar agar-agar serbuk
2 cawan air pandan/ air biasa + 1sb pes pandan


Masak semua sehingga pekat sedikit.. kemudian baru masukkan agar2 yg dimasak asing td..
Kacau api perlahan sampai pekat

Pastu..
Kek2 tu guna loyang yg ada lubang bawah 9x3 sbb senang nak tolak keluar..
1 kek letak kat bawah sekali.. pastu tuang separuh adunan topping sampai rata..
Letakkan kek yg kedua atas topping td.. dan masukkan adunan yg selebihnya..
Pastikan tiada gelembung udara antara kek sbb hasilnya xakan cantik..
Biarkan dgn suhu bilik dalam 1jam. kemudian masukkan dlm peti dlm 3 jam
Baru keluarkan..
Hiasan boleh jer mcmmana pun..
* pewarna kena agak2 sebab ada yg terang sgt.. ikut sedap mata memandang..

CIK MUNCIT MUNCIT BERAKSI LAGI..

Assalamualaikum... Cik muncit-muncot telah ditempah oleh officemate sya.. alhamdulillah... Katanya satu bekas dah anak dia ngap.. tinggal la satu kotak lagi untuk dibawa pulang ke kampung halaman...

PM 0124094744 UNTUK TEMPAHAN








































CIK MUNCIT MUNCIT TAK RUGI BELI.
terima kasih kerana sentiasa menyokong WhisknWhip  or seleraqasih.blogspot.com

kali ini kita buh warna untuk shell dia pulak bagi cik muncit-muncit makeup sikit..eheheehe...

seperti biasa jika order cheese tart dengan WhisknWhip, mestia ada extra yang sy selitkan.. so senang kata beli 50 pcs, free 5-10 pcs cik muncit-muncit ya..Rezeki anda rezeki saya juga...