Wednesday 16 April 2014

BIHUN KUNG FU

Assalamualaikum sahabat semua...hari ini saya nak berkongsi sedikit resepi masakan kegemaran saya. ni adalah makanan yang paling saya minat dan akan order setiap kali makan di kedai. tak kira di mana saya akan order makanan ni namanya adalah BIHUN KUNGFU!!

Bihun kungfu ni sebenarnya sangat mudah disediakan. saya merupakan penggemar masakan ini, saya akan lebih menikmatai jika disediakan sendiri. Namun akibat kekangan masa kebelakangan ini, saya terpaksa beli sahaja di kedai.
ok dah panjang lebar saya menaip. JOM INTAI RESEPI

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH
3 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang putih
2 sudu bawang besar yang sudah di blender
1 ruas jari halia di potong
3 biji cili padi
1-2 sudu besar tepung jagung direndam dengan air sedikit2 biji telur ayam
rencah- boleh guna apa sahaja ikut suka(ayam, sotong,udang)
sayur-1 batang sawi, sedikit carrot, bunga kobus, baby jagung

Cara-cara
bihun yang telah direbus/direndam, ambil secukupnya dan dipukul bersama satu biji telur ayam

panaskan minyak terlebih dahulu kemudian masukkan bihun yang telah direndam bersama telur tadi

goreng sehingga masak.(luarnya kelihatan garing)

angkat ke dalam pinggan

CARA-CARA BUAT KUAH
panaskan minyak kedalam kuali

masukkan bawang, kemudian ketuk bawang putih dan masukkan halia.

masukkan rencah pilihan

setelah nampak dah sedikit masak, masukkan air dalm 2 cawan/satu cawan setengah

masukkan sayur. sayur yang keras seperti jagung dan carrot boleh dimasukkan sekali bersama rencah

masukkan garam secukup rasa, dan sedikit gula

setelah nampak semua sebati, masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan didalam air

pecahkan telur sebiji dan kacau rata

tuangkan ke atas bihun yang telah dogoren sebentar tadi.

hiaskan bersama daun sup dan daun bawang serta bawang goreng

sudah siap di hidang.....

selamat mencuba 

Sunday 13 April 2014

IKAN KEMBUNG STEAM

Assalamualaikum.. Alhamdulillah dapat juga meluangkan masa berkongsi resepi bersama kalian.Sementelah sibuk berurusan kerja..dan sibuk juga berurusan dengan Allah namun masih dapat menisipkan seribu satu perkongsian buat kalian. Moga-moga bermanfaat buat Kalian semua.

Kali ini saya ingin berkongsi resepi yang sangat mudah. IKAN KEMBONG STEAM. Memandangkan ikan merupakan makanan favourite saya dan mama, jadi ikan ni kami ratah pun dah puas.hehehe...Jom intai resepinya.


Bahan-Bahan

3 ekor ikan kembung
2 ruas ibu jari halia
1/2 labu bawang merah
2 batang serai
1/2 biji tomato
garam secukup rasa

Cara-cara
Siang ikan kembong dengan membuang isi perut dan segala khazanah di perut ika tersebut. Bersihkan dengan air dan letak ditepi.

panaskan kukus terlebih dahulu

potong serai kepada dua bahagian dan ketuk sehingga mengeluarkan bau

potong tomato kepada 4-5 bahagian

potong bawang dalam potongan yang besar

hiriskan halia

gaul ikan kembong dengan sedikit garam

masukkan ke dalam periuk kukus

masukkan bahan-bahan tadi, serai, bawang, tomato,halia letakkan di atas ikan kembong tadi.

biarkan selama 30 minit/ sehingga masak...


setelah ikan kembong sudah siap dimasak,kuah asam ikan kembong pula boleh dicurahkan ke tas ikan kembong seperti yang saya buat

bahan-bahan

6-7 biji cili padi dihiris (ikut tahap kepedasan seseorang)
1/2 biji tomato yang dipotong dadu
1/2 labu bawang merah sederhana dicincang/dadu
2/3 gengaman asam jawa


CARA-CARA
Rendamkan asam jawa bersama air panas(1/2 mangkuk)
setelah kembang, tuangkan ke atas ikan steam tadi
taburkan segala bahan keatas ikan 
Siapppp!!!! 


Sunday 6 April 2014

CHOCOLATE INDULGANCE ORDER BY OFFICEMATE

Assalamualaikum...semoga sentiasa dalam rahmat Ilahi wahai sahabat sekalian. kali ini saya dapat menyipakan tempahan Chocolate Indulgance yang berhiaskan fondant diluarnya.

memandangkan saya masih baru didalam dunia fondant, ini sahaja yang dapat saya hasilkan.

Alhamdulillah masih belajar, sambil itu dapat improvekan skill yang ada.

untuk mendapatkan resepi, sila lihat di entry yang lepas-lepas ya...

ORDER BY OFFICEMATE

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan, ruang dan peluang, membetulkan setiap langkah di bumi pinjaman Allah ini.

Minggu lepas baru sahaja menyiapkan tempahan cheese tart daripada officemate untuk keluarganya. Usai sudah tempahan minggu ini.
Home made shell+Cheese tart bluberry/strawberry filling
Minimum Order 50pcs = RM60
100pcs above= RM 1.00/PCS

Untuk resepi sila dapatkan pada entry yang lalu ya.



Tuesday 1 April 2014

VACATION DAY 2: KUALA PERLIS--->LANGKAWI--->WANG KELIAN

WANG KELIAN

Assalamualaikum..semoga Allah sentiasa memberkati Kalian. Rasanya terlalu lama saya menyambung kisah percutian di utara pada entry yang lalu.

Destinasi selepas Langkawi adalah Wang Kelian. Wang Kelian adalah satu destinasi seperti pasar mingguan. Tetapi barang-barangnya amat murah sekali. Barang seperti periuk, loyang, beras, minyak, ikan bilis memang teramat sangat murah. Kalau ikan bilis yang halus di tempat saya harga sekilo mencecah RM40, tetapi di wang kelian, harganya belasan ringgit sahaja.

Wang Kelian bersempadan dengan Daerah Satun, Thailand. Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, pintu sempadan Thailand yang menghubungkan Malaysia dan Thailand ini akan dibuka untuk para pengunjung membeli belah. Sekitar 2km tapak pasar di kiri dan kanan sepanjang jalan. Memang Meriah sangat.Kalau nak pegi jangan sampai tengahari..panasnya Allah je yang tahu

Kami sempat membeli pengukus kuih, yang besar, harganya hanya RM 80, kalau di Malaysia mencecah seratus ringgit lebih. Saya juga sempat membeli loyang kuih. 3 set, Rm 10 ringgit. hati tersenyum gembira.

Disini ada disediakan perkhidmatan Motor. Mereka akan membawa kita menaiki motor yang sekali naik RM3. Tapi kalau naik motor tak puas berjalan. So kami decide naik motor ketika mahu pulang, sebab dah nak tercabut kaki. Alhamdulillah semuanya dapat dibeli.