Monday 18 August 2014

BUBUR GENTEL/ CANDIL

Assalamualaikum semua. Hari ini saya just nak share bubur  yang selalu mama saya buat. tapi selaluya tak dala colouring macam yang saya buat ni. Kenetulan blog citarasawan buat bubur ni, so saya pun ikut resepi beliaula.

Bubur sangat terkenal pada masyarakat melayu. Kalau nak dapatkan aneka bubur, tunggu sahaj nanti di bulan Ramadhan, rambang mata nak memilih. Bubur juga adalah santapan harian yang selalu di makan di waktu petang bersama keluarga tersayang. Sebabnya, bubur amatlah mudah untuk dihidangkan.

So jom tengok resepi di bawah. Saya selalu panggil bubur gentel aje. sebab kena menggentel tepung jadi bebola

Bubur Tepung Pulut / Bubur Candil

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
1 sudu teh garam halus
pewarna jika suka
2 liter air untuk merebus
1 1/2 liter air sejuk untuk merendam (Masukkan dalam bekas)


Bahan Kuah
800ml santan ~ saya guna 3 kotak 200ml santan ayam brand
100gm gula pasir ~ saya kurangkan kepada 70g
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - simpul
2 sudu kecil tepung ubikayu / jagung - larutkan dengan sedikit air ~saya tak guna sebab dah pekat


Cara-cara :
1. Satukan tepung pulut dan garam. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh, jika keras tambah
2-3 sudu kecil air.
2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna mengikut suka.
3. Gentel bulat-bulat buat hingga habis.
4. Didihkan air hingga mengelegak di dalam periuk. Masukkan bebola pulut dan masak hingga timbul di
permukaan air. Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.


5. Kuah : Masak santan, gula, garam dan daun pandan, tambahkan ekor santan yang dikocak air kedalam kuah tadi hingga mendidih. Kemudian masukkan bola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan.

Thursday 14 August 2014

BIHUN SINGAPORE

Assalamualaikum sahabat semua, ingin  berkongsi sedikit resepi BIHUN GORENG SINGAPORE. Ada setengah orang panggil BIHUN GORENG PUTIH. Saya cipta sendiri mengikut citarasa saya dan menambah beberapa item mengikut selera saya. maklumlah saya ni selera lain macam skit dan obsesses dengan sayur sayuran.

Oklah jom intai resepi

BAHAN-BAHAN (untuk 2pax)
1/2 biji carrot di potong halus
1 biji bawang merah sederhana besar
1 ulas bawang putih
2 mangkuk bihun yang telah direndam dengan air biasa hingga lembut
1 sudu besar lada hitam
1 tangkai cili merah dihiris halus
3 potong cili benggala (optional)
1 biji tomato sederhana besar diotong dadu(optional)
1 keping sotong dipotong
6 ekor udang di buang kepala

CARA-CARA
Panaskan minyak di dalam kuali

Masukkan bawang putih dan merah tumis hingga naik bau

masukkan carrot, cili benggala dan rencah

kemudian masukkan tomato  dan cili merah

masukkan sedikit air untuk tidak kering

Tumbuk lada hitam di dalam lesung kemudian masukkan di dalam kuali.

tambahkan gula dan garam secukup rasa, kemudia masukkan bihun dan sedia digaul

Pastikan bihun anda sudah lembut baru masukkan kalau tak...hurm

kemudian kacau sehinnga sebati. Jika agak kering, boleh masukkan lagi air.

setelah itu hidang di atas pinggan dan hiaskan dengan bawang goreng

untuk lebih nampak menyelerrakan, dadar telur dia atas pan kemudian biar sehingga garing sedikit, gulungkan dan hiris nipis, taburkan di atas bihun tadi.

Siap !! bolehla mencubanya.





PENANG ------> SANTAI BERSAMA BESTIESS



Assalamualaikum buat sahabat di luar sana. Dah pertengahan syawal kita. Alhamdulillah masih lagi beraya bersama keluarga tersayang dan kawan-kawan yang sentiasa ada di saat susah dan senang. ini adalah gambar bercuti bersama sahabat baik saya di universiti satu ketika dulu.memandangkan si kurus ni balik bercuti dari United Kingdom Warwick university, kami mengambil kesempatan untuk bercuti bersama. Kawan saya menyambung masternya, dan lagi sorang ni kerja satu tempat dengan saya.

Oklah saya nak berkongsi sedikit gambar dan juga  pengalaman sepanjang berada di Penang. Rasanya dah 8 tahun saya tak menjejakkan kaki di bumi Penang ini semenjak habis SPM. Saya bekas pelajar SOKSEK01-15. Jadi disebabkan kawan saya kedah dan saya dari Perak kami sepakat untuk berjumpa ditengah-tengah. lagipun penang ada banyak tempat untuk dikunjungi.

 hari pertama kami check in di hotel ditengah bandar. Lupa dah nama hotelnya dan tak sempat nak bergambar tempohari. Percutian 2 hari 1 malam ini sudah cukup mengamit kenangan. heheheh..macam kilauan emas pulak kan. Ok lepas aje check in kami bertiga tidur sampai zohor dek kepenatan yang teramat sangat. Lepas Usai solat zohor kami ke BUKIT BENDERA. Memang lain sungguh bukit bendera sekarang dengan yang dahulu. Beza...Memang Berbeza.

Di bukit bendera dah guna electric railway. Boleh memuatkan khampir 100 orang kalau tak silap kami yang bersembang dengan pakcik driver tu. Sampai aje di atas tak dala sejuk sangat. Biasa sahaja. Dapat lihat pemandangan, ada OWL MUSEUM, dan ada tempat untuk LOCK MANGGA kat atas tu macam ala-ala korea. Tapi kat sini pakai SOLEX. tersenyum saya tengok lock yang ada kat sini.

Setelah itu kami mencari cendol yang sedap. Berdekatan dengan  Nasi kandar line clear. Tapi hari tu line tak berapa nak clear.Usai berjalan di bukit bendera, kami ke tempat kapal pelabuhan. Gambarnya saya tak sempat rakamkan untuk melihat sunset. Selepas itu kami ke PADANG KOTA. tu dia syurga makanan. Tapi apa yang saya tidak berapa suka adalah tempatnya yang agak kotor dan tidak terurus. mungkin saya datang pada weekend yang menyebabkan terlalu sesak dan ramai orang. Apapapun pasembur dia sangat sedap.!!

Keesokan harinya kami breakfast di Di depan hard Rock hotel. ok kat sini kami agak terkejut, sebab Murtabak ayam sekeping adalah RM 10. kuang kuang kuang. Lepas bayar baru tau. hehehe. Selepas itu kami gerakkan langkah ke JERUK MADU PAK ALI di seberang perai. Sebelum berangkat kami melawat di sana dahulu. Kat sini kita boleh dapatkan jeruk yang fresh dan sedap.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Sebenarnya dah agak lama percutian kami ini. Taoi saya baru ada kesempatan untuk mengupdatenya.

Monday 11 August 2014

MACARONI GORENG

Assalamualikum semua. Di harapkan kalian sihat sejahtera. Kali ini saja nak berkongsi resepi. iaitu Macaroni goreng. Macaroni ini adalah makanan asal itali yang divariasikan mengikut selera masing-masing. Termasuklah selera kampung kita ini, Masa saya di sekolah, ada seorang sahabat saya membawa macaroni goreng ini untuk santapan satu dorm kami. Mengenangkan dan teringat akan hal itu saya pun membuatnya semalam.

Sebenarnya saya patut guna macaroni yang bentuk semi u itu, tapi stock tak da pulak kat rumah, jadi terpaksalah saya  gunakan macaroni berbentuk siput ini.Apapun jon intai resepi.


BAHAN-BAHAN
1 mangkuk macaroni
1 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 biji telur ayam
sedikit hirisan carrot
sedikit hirisan lada banggala atau kita panggil capcisum
1 sudu cili blender
1 sudu cili sos
1 gengam udang
gula dan garam secukupnya

CARA-CARA

Rebus macaroni ke dalam air panas dan biar sehingga lembut dan empuk kemudian toskan

hiriskan bawang merah dan bawang putih


panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau . masukkan capcisum, carrot dan tomato


masukkan cili blender dan biar sehingga garing. Masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan cili sos satu sudu. tambahkan air. kemudain pecahkan telur dan biar garing skit, kacau macam scramble egg tu 

kemudian masukkan udang dan macaroni. gaul sehingga sebati dan masak keseluruhannya.

Dah siap bolehla menikmatinya dengan penuh semangat. jangan lupa baca bismillah :)


Monday 4 August 2014

BERBUKA DI SHABU-SHABU IPOH


Assalamualaikum. Apa khabar kalian yang masih lagi meraikan kedatangan Syawal? Moga kalian terus istiqamah dan bersabar dalam menjalani ibadah sehingga kita berjumpa lagi pada Ramadhan yang akan datang. InshaAllah.

Sebenarnya saja nak share sedikit cerita ceriti dengan kawan-kawan yang tersayang masa berbuka tempohari. Saya memang tak ramai kawan yang rapat kerana semua adalah kawan saya. Satu perkara yang saya takutkan adalah apabila mempunyai kawan rapat, saya akan sayang sangat kawan-kawan saya (untuk perempuanlah). Tapi sekarang saya memang ada teman yang susah dan senang bersama di Office saya. Alhamdulillah. So hari tu hang out dengan officemate saya (sabrina, Azzua, Shariffuddin&isteri dan Sabri& isteri) MasyaAllah ini adalah hari yang seronok buat saya. Sebab masing-masing bawa keluarga(maklumlah saya dan dua lagi bujang trang tang tang). kami habiskan waktu di shabu-shabu.

Saya nak bercerita sedikit tempat makan yang kami kunjung ini. SHABU-SHABU ini adalah ala-ala SEOUL GARDEN. Tapi bezanya SS tiada grilled. kalau nak makannan bergrilled, kena ambil di luar dan ada pekerja SS yang akan grilledkan dan hantar kemeja anda (waahhhh heaven kan). Macamana dia nak tahu mana meja kita kan? haaa dekat meja kita duduk dah ada penyepit. So bawak penyepit tu kat tempat grilled, pilih makanan grilled dan sepitla pinggan tu. Ha. best kan?

Untuk steamboat pula dia boleh pilih 2 jenis soup. kalau seoul garden 1 je kan? ini boleh pilih dua. So kami pilih tomyam dan soup tulang. Tak silap dia ada 4 jenis  soup. Lepas tu pergi kat tempat amik makanan, amik segala apa yang ada, masuklah dalam periuk tu. hehehehe. Sesiput dia pun berbagai-bagai. SS ni sediakan, kekapis yang susah nak dapat tu pun ada tau.

makanan buffet pun sentiasa dia refill, saya pergi 3 kali, tiga kali makanan berlainan.  Mula-mula spaghetti bolognese, pastu Nasi bubur and nasi goreng pastu sphagetti seafood pulak. serius tak rugi tau. Yang dia dah masak lain pulak. Udang masak sambal satu tray, sotong masak sambal satu tray. Memang sangat teruja. Nasi lemak pun ada. Patu kalau kat SEOUL GARDEN sambal dia hanya lebih kurang 6-9 jenis aje kan? kat SS ni berlambak sambal. Tempoyak pun hado..hehehee,,tak tipu. try la gi nanti korang akan rasa keterujaannya. Maaf saya tak sempat nak amik gambar view makanan kat situ sebab terlalu teruja sangat.

Dessert sia usah cakaplah. sentiasa refil yang baru. Puding disirami susu cair, bubur dua jenis, kek redvelvet, hokkaido cake, tart buat. memang sangat menyelerakan sampai kornag tak termakan tau. Patu buah dia pula satu peti ais. Ha pilih sampai lebam.

Kebetulan hari tu kitorang book by call, dah penuh, tapi rezeki, dapat bilik VIP privacy lah skit kan. Tapi tempat and service memang tiptop. Ada surau bilik air, dan tempat makanan pun sangat selesa walaupun ramai sangat orang time tu. Alhamdulillah. Owh lupa nak bagitau, grilled kat luar, dan makanan yang dipilih untuk grilled pun kat luar. Termasuk ada satay dan juga ayam percik, semua di luar.

Apa yang penting kami dapat bersama iftar. Itu yang lebih membahagiakan. Alhamdulillah Allah hadirkan mereka ini buat saya. 

Sunday 3 August 2014

MURTABAK AYAM CREAM CRACKER

Assalamualaikum pembaca semua. Pasti kalian selalu memakan biskut cream crecker dicicah dengan air panas koppi atau pun teh kan? kali ini saya ingin berkongsi resepi dari ibunda tersayang, MURTABAK CREAM CRECKER. mungkin orang yang veteran tahu tentang murtabak ini. Tapi kalau saya tanya orang muda, ramai yang belum perbah dengar

Pembikinannya gak renyah, tapi mudah. Kenapa saya kata macam tu?? jom lihat dan intai resepi kemudian anda nilai sendiri ya.

BAHAN-BAHAN PENYEDIAAN AYAM KARI
 1 mangkuk ayam di potong dadu
1/2 biji bawang merah kecil dicincang halus
1 biji ulas putih dihiris halus
2 sudu serbuk kari

CARA-CARA
 panaskan minyak dan masukkan bawang dan bawang putih sehingga naik bau

masukkan ayam dan gaul sebati

masukkan serbuk kari dan kacau sehingga sebati dan masak, angkat ke dalam mangkuk


BAHAN-BAHAN PENYEDIAN MURTABAK
Loyang 7x8
500g biskut cream crecker (saya beli yang timbang)
1 tin susu
1 biji bawang merah besar dicincang halus
4 batang daun sup dan daun bawang dihiris halus
2 tangkai cili besar merah dihiris halus
3 biji telur dipukul sebati
1 mangkuk ayam yang telah ditumis kari


CARA-CARA
Letakkan bawang yang dihiris, cili, daun sup dan daun bawang serta ayam didalam satu bekas agar mudah untuk penyediaan

masukkan 1 tin susu cair kedalam kuali dan panskan dengan api yang sederhana

Setelah susu panas, masukkan kepingan biskut dan biar sehingga biskut separa lembik (jangna terlalu lembik kerana biskut akan patah dan hasilnya tidak cantik)

Angkat biskut separa lembik ke atas loyang dan susun rapat-rapat  mengikut besar loyang tersebut.

Setelah itu taburkan  ayam, cili, bawang merah, daun sup dan daun sup,bawang. Tuangkan sedikit demi sedikit telur yang telah dipukul ke atas permukaan murtabak. (fungsi telur adalah untuk bagi lapisan melekat)

Ulang langkah di atas sehingga habis kesemua bahan anda. (saya dapat 6 tingkat)

Jika susu sudah mulai kering, tambahkan air untuk mencairkannya.

Susu yang berlebihan, tuangkan di atas permukaan murtabak tersebut dan ratakan.

bakar murtabak di dalam oven selama 30 minit denga suhu 150 atau mengikut oven masing-masing




TEMPAHAN SEHARI SEBELUM RAYA

Assalamualaikum sahabat semua. Bagaimana Sambutan hari raya? Saya Alhamdulillah sambutan kali ini sangat bersederhana. Al Maklumlah umat islam sekarang sedang di Uji di GAZA, membuatkan hati rasa dingin untuk beraya sakan. Terkenangkan kita dihujani juadah yang tak putus-putus. mereka pula dihujani tembakan dan bom yang tak putus-putus. masyaAllah. Jangan lupa kita sama-sama berdoa untuk  mereka disana.

Dah panjang saya berceloteh. sahaja saya ingin share sedikit tempahan yang saya dapat dari kawan-kawan sehari sebelum raya. Ya Allah memang tak menang tangan. Ordernya sedikit sahaja, tapi serentak order buatkan saya tak tidur semalamam. Apepun Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi last minute. Saya pun memang tak ambil ape-ape tempahan memandangkan sibuk sangat dengan project ditempat kerja. Apa yang saya buat ini adalah pasif income ataupun side income sambil mengasah bakat dan creativity saya sendiri.

Side income ini sangat mudah kita nak generate. bergantung pada kerajinan seseorang untuk mendapatkan dan menjanakan pendapatannya. Ada yang rasa tidak perlu. Ada surirumah yang berpendapatan 5 angka hasil daripada biss. online ini. Semuanya berdasarkan keyakinan dan kerajinan diri sendiri. Saya sendiri rasa sangat beruntung diberikan nikmat kreativity dan daya usaha yang tinggi. maka terhasillah blog ini dan karya masakan saya sendiri. Walaupun kadang-kadang sumber adalah dari orang lain, namun sekurang-kurangnya kita tetap dapat mencuba.   Untuk tempahan tempohari, 2 chocolate cheese brownies, 100 biji cheese tart blueberry filling dan juga 200 apam bees and ladybird. nasib ada mama yang menghulurkan tangan.  untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, sila refer disini