Wednesday 21 September 2016

RAINBOW BUTTER CAKE CREAMY WITH ALMOND



Assalamualaikum semua...nak share lagi satu resepi rainbow creamy buttercake yang menggunakan serbuk santan. Alhamdulillah rasanya sedap...memang creamy..ditambah pula dengan badam cincang dia atas lagilah sedap...

okeh resepi ni sangat lah mudah semudah ABCDE...hehehe..kalau ikutkan...sy gunakan loyang aluminum ni 5cm x12cm dapat dua bekas.. modal nya tak banyak mana.. boleh nak jual dalam RM8-RM10 satu bekas.

Okeh resepi ini di ketengah kan oleh Azlina Ina yang fames kat fb sekarang..memang setakat ni saya gunakan resepi dia tak pernah mengecewakan. so untuk dapat kan step by step gamabr boleh direct ke fb dia Azlina Ina fans ya..


Resepi Oleh : Azlina Ina

kek butter creamy

Bahan2
1/2 cwn butter atau majerin
3/4 cwn gule halus kalau xnak manis letak separuh cawan
Sedikit esen vanila
50g serbuk santan atau 1 peket(ni la bhn secret hehe)
3 bijik telur
Pewarna kesukaan
1 cawan setengah tepung gandum+1sk baking powder
Badam flake sebagai hiasan
(untuk niaga boleh gandakan sukatan ye)



Satukan butter+gula+esen vanila

Baru masuk satu persatu telur..mix sebati

Masukkn 1 peket serbuk santan td mix rata

Masukkn tepung sket2 yg dah diayak dgn baking powder mix sebati

Bahagikan beberapa warne dan letak adunan kacau bg rata

Masuk dalam bekas beselang warne, kemudain lorekkan sikit

Tabur badam atau ceri

Pnaskan oven 180 darjah 5 mnt


Baru masukkn adunan dan turunkan 170 bakar 25 hnnga 30 mnt bergantung oven masing2
Api atas bawah


Untuk oven yang kecil, 150degree dan sy bakar sehingga 20 minit shaja

selamat mencuba semua

Tuesday 20 September 2016

CHEESETART MUNCIT MUNCIT GEBUS GEBAS

Assalamualaikum semua...

alhamdulillah dapat berkongsi lagi resepi..kali ini cheese tart gebu gebas di abad ini...sebelum ini...cheese tart yang agak creamy kan dan agak cair sedikit..

kali ini...sy sharekan resepi cheese tart yang terkini..khas buat penggemar cheese..mesti terliur...hehehe

resepi:  diambil dari azlita masam manis
rujukan: azlina ina

Shell Tart

125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream (sy skip)
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung
Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit. (sy gunakan oven yg kecil..jd suhunya 150c selama 20 minit)


** boleh gunakan resepi yang sebelum ni juga..


Cheese

500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
20 gm non dairy Whipping Cream ~ ( optional)
Sedikit esen vanilla


Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu
Masukkan telur


* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
Kemudian putar sekejap aje
Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream


* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )


Susun shell tart dalam tray
Letakkan filling di tengahnya
* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella


masukkan cream cheese dalam piping bag
Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.


Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak


Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh
Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C

(sy bakar 10 minit suhu 150c)

Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan




Cara saya, 

saya pipe kan semua filling , kemudian pipekan cheese mengikut 90 degree menegak.
kemudian sy letakkan filling ke atas cheese tadi ke atas tart.
jika mahu membuat ukiran  sila rujuk yang sebelum ini

untuk perisa chocolate,sy campurkan whipping cream non diary choco..dan kacau..kemudian pipe dalam shell..cuma hanya letak ikut citarasa dan kata hati supaya x mencair.hehehe

 

Alhamdulillah...




selamat mencuba ya semua

Tuesday 13 September 2016

BUTTERCAKE 2 RASA 1 ADUNAN

Assalamualaikum semua..alhamdulillah dapat juga menyiapkan kek inspired by azlita aziz ni... geram je tengok...so sempena Raya haji hari tu saya menyiapkanlah buttercake yang sgt senang bak kata kak ita ibu duit ni. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya Bolehla dijadikan juadah hi-tea dan kudapan tengok tv.

jom intai resepi dari kak ita dan saya olah sedikit

BASIC BUTTER CAKE
Resepi oleh : Chef Asma


Blog rujukan: Azlita Masam manis


Bahan A
250 gm margerine planta (saya guna margerine leaf)
50 gm butter (buttercup)
150 gm gula halus atau gula kastor
100 gm gula icing

Bahan B
250 gm telur ~ Tanpa kulit (lebih kurang 6 biji, tapi saya kurangkan putih telur)
1/4 sudu teh esen vanilla

Bahan C

250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

* Satukan bahan ini dan ayak



Satukan bahan A dalam mixer
Putar adunan bahan A hingga creamy atau putih pucat
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga sebati
Tambahkan esen vanilla gaul rata( sy guna butter vanilla)
Tuangkan tepung yang sudah di ayak sedikit demi sedikit dan pukul dengan speed perlahan
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak ( adunan ini untuk 3 buku kek yang berlainan perisa )
Sediakan juga 3 bekas aluminium ( 7 x3 inc )


saya hanya buat 2  jenis kek.. 1 neopolitan  yang diletakkan filling blueberry, satu lagi pandan mocha.Saya gunakan loyang petak yang agak besar size dari 7x3


KEK BUTTER PANDAN

Untuk kek butter pandan, bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak
1 bahagian, letakkan pandan emulco dan pewarna hijau
1 bahagian lagi biarkan plain ( kalau nak letak warna lain pun boleh )
sedikit badam keping untuk hiasan


Tuangkan 1 lapisan plain / putih dahulu ~ ratakan
Kemudian tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Tuangkan lapisan putih ~ ratakan
Tuangkan lapisan pandan ~ ratakan
Akhir sekali ambil belakang sudu dan swirlkan adunan
Taburkan dengan badam untuk hiasan atas
Ketepikan


KEK BUTTER NEAPOLITAN

Untuk kek butter Neapolitan bahagikan adunan kepada 3 bahagian yang sama banyak
1 bahagian letakkan perisa blueberry dan letakkan pewarna purple
1 bahagian letakkan perasa moca
1 bahagian lagi biarkan vanill ( saya leakkan perasa mocha)

Tuangkan 1 sudu adunan vanila di tengah bekas aluminium
Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan moca di atas dan di tengah-tengah adunan vanilla
Kemudian tuangkan pula 1 sudu adunan purple di atas dan di tengah-tengah adunan moca
Buat dan ulang cara yang sama hingga habis semua adunan
Ketepikan


KEK BUTTER BLUEBERRY

Untuk kek butter blueberry, sediakan blueberry paste dan masukkan dalam piping bag
masukkan sedikit adunan dalam bekas aluminium dan ratakan
Letakkan Blueberry paste secara rawak
Tutup semula dengan satu lagi lapisan adunan
Hiaskan atas kek dengan lebihan blueberry
Ketepikan

cara saya: 

bahagikan adunan kepada 3,
1 adunan mocha
1 adunan blueberry
1 adunan vanilla

masukkan layer mocha terlebih dahulu
kemudian ratakan adunan blueberry, picitkan filling blueberry ke atas adunan yang telah diratakan secara rawak

kemudian masukkan adunan vanilla di atas adunan tadi dan ratakan secara perlahan-lahan

Bakar adunan kek dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C api atas dan bawah selama 45 minit


selamata mencuba kawan-kawan...sangat seronok untuk dinikmati di juadah aidiladha dan minum petang