Wednesday, 11 December 2013

FONDANT & CARA-CARA YANG SIMPLE

ASSALAMUALAIKUM..

sahabat-sahabat...moga diberkati Allah hendaknya...saya ada mempelajari benda baharu iaitu... FONDANT!!
saya ingat susah nak buat fondant ni..rupanya senang aje..sebab semuanya instant belaka..hihihi... so saya share sedikit pengalaman saya dalam pembikinan fondant ini..cewahhh..poyokan..

so first thing kita boleh beli instant fondant yang siap dijual di kedai-kedai bakeray raw material.. fondant ini terdapat berbagai brand dan jenis

1. SNOW  ICE(vanilla) 1kg, dalam 19.00++
2.Sugar paste. yang ini dalam packet ada yang dah siap2 warna harga lebih murah tapi tiada brand
3.Yong Fee Sugar. Ini dalam bentuk powder kena bancuh sendiri dalam ada 6 warna harga 69++
4. ada satu jenama yang saya tak ingat tapi dia macam playdoh dah siap letak warna-warna, ada yang white satu kg dalam 16++

so selepas saya teliti-teliti, saya pilih SNOW ICE, sebabnya ada rasa vanilla...dan well known jugak brand dia kan..



selain pada itu kita mesti ada pelapik untuk menguli fondant tadi...bukan guna sebarang pelapik ye kekawan, nanti melekat-lekat dan susah untuk di bentuk. ini di jual mengikut saiz ada berbagai-bagai warna dan corak. agak mahal jugak la jika dia besar.

kemudia penggelek juga perlu penggelek khas, bukan yang dok uli karipap tu tau..hehehe...

pewarna: pewarna ni boleh guna oil base and water base, saya beli berbagai warna dan juga setiap warna berlainan harga. dan yang terakhir sekali, Acuan yang ingin digunakan.


sebelum itu, lumur tangan dengan shortening supaya mudah mengendalikan fondat, ambil sedikit fondat dan diletakkan pewarna yang diinginkan, kemudian uli sehingga sebati, dan tempa. semasa process penempaan pastikan letakkn sedikit tepung jagung untuk mengelakkan melekat-lekat di acuan.

setelah selesai semua yang anda buat, jika ingin menyimpan fondant, gunakan plastic wrapping untuk membalut lebihan fondant dan simpankan kedalam bekas simpanan kedap udara pada suhu bilik. JANGAN disimpan di peti ais, habis keras dan rosak fondant korang... selamat mencuba kekawan






CONTOH KEK YANG SAYA GUNAKAN FONDANT NAMPAK LEBIH EXCLUSIVE
 

No comments: