Monday 15 June 2015

HOTDOG BUN IN THE HOUSE

Assalamualaikum. Moga sentiasa sihat dirahmati Allah selalu hendahknya. Bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan dengan penuh kasih sayang.

So hari ni nak share resepi Bun sosej yang dah lama cuba, baru nak update hari ni. alhamdulillah bun sedap, gebu dan sedap di makan begitu sahaja.
Boleh refer sini or sini untuk gulung

BAHAN-BAHAN
190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
**bahan2 lain**
12 batang sosej

Campurkan semua bahan dan uli. Sehingga tidak melekat

bahagikan doh kepada 12 bahagian.

bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.

ambil sebiji doh. canaikan

ambil sebatang sosej dan gulung

Biarkan lagi sehingga 15 minit

Bakar suhu 160c selama 15-20 minit (ikut oven masing-masing) saya kecil je

untuk berkilat, sila sapukan kuning telur di atas roti, dan lanser tray dengan marjerin or butter supaya bun tak melekat.

selamat mencuba


Sunday 14 June 2015

KEOW TEOW WITH PRAWN & CHICKEN DUMPLING SOUP


Assalamualaikum pembaca semua. Alhamdulillah moga-moga Allah panjangkan usia kita dan diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Dia Yang Maha Esa untuk bekalan di sana. Segala puji bagi Allah, Dalam kekangan masa ini dapat juga berkongsi sedikit resepi hasil air tangan saya. Sebenarnya, saya amat meminati soup and noodles. jadinya, memang saya akan selalu sangat buat makannan kegemaran saya ni. Kali ni saya tambahkan chicken dumpling dalam masakan saya. So resepi untuk membuat sup boleh lihat di bawah

Chicken dumpling ni boleh di buat sendiri ataupun beli siap di pasaraya. pastikan ada logo halal ya.Hehehe.Chicken dumpling boleh sahaja digoreng dan dimasukkan dalam soup, ataupun dikukus, ataupun masuk kedalam sup tanpa digoreng. Jika tanpa digoreng, jangan masukkan sedari awal. Bimbang nanti dia akan pecah, dan hilang rasa. masukkan setelah sup menggelegak, kemudian bila danh nampak macam masak, terus angkat

Bahan-bahan (2 pax)

4 ekor udang
4 keping chicken dumpling
keow teow 2 mangkuk (siap celur)
tauge satu genggam di celur sedikit
daun sup dan daun bawang sebgai hiasan
cili potong (optional)

Black Mushroom 4 biji dihiris
1 ruas ibu jari halia
1/2 biji bawang merah
2 biji bawang putih
kesemua barang di atas Blender
Satu bunjut sup adabi(untuk yang nak cepat)
Jika tidak
2 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
satu kayu manis
3 biji pelaga

garam dan gula secukup rasa

cara-cara
Panaskan minyak

Masukkan  bahan blender
Jika gunakan manual bukan sup bunjut, masukkan semua bahan ( bunga lawang, cengki, kayu manis,pelaga)

Jika tidak, setelah garing sedikit bahan blender, masukkan udang dan black mushroom

Setelah udang sedikit merah, tambahkan air dan masukkan sup bunjut

masukkan garam dan gula secukup rasa

Setelah menggelegak, masukkan chicken dumpling

dalam masa 5 minit, boleh tuangkan semua tadi ke dalam mangkuk yang berisi keow teow

Hiaskan dengan daun sup dan bawang, serta tambahkan cili jika yang mahu pedas

Selamat Mencuba

Monday 8 June 2015

FRIED RICE WITH SIZZLING BLACK MUSHROOM


Assalamualaikum..moga sentiasa ceria dan sihat dah lama rasanya tak update tentang makanan kan. Kali ni nak update Nasi goreng dengan Sizzling black mushroom. Kan selalu kalau g food court ada je orang letak nasi goreng dengan black mushroom ni kan. Ha..mushroom ni memang sedap dimakan dengan nasi dan sizzling. Memang sgt marvellous rasa dia. Tapi bila masa process pembuangan kecil-kecilan, bau dia macam petai. hehehehe..so selalunya, saya biasa makan mushroom ni masak sizzling or dalam soup. Rasa dia ideal dengan kicap and soup.

NASI GORENG
1 pinggan nasi
1 biji bawang kecil dikupas dan dihiris
2 ulas bawang puting di kupas dan diketuk
3 biji cili padi di hiris nipis(optional)
2 sudu sos tiram
sedikit gula dan garam

CARA-CARA NASI GORENG
panaskan Minyak

Masukkan bawang putih dan bawang merah sehingga garing

Masukkan sos tiram kemudian bila mana agak masak sedikit
masukkan garam dan gula secukup rasa

Kemudian masukkan nasi dan gaul rata kemudian masukkan cili kemudian angkat


SIZZLING BLACK MUSHROOM
2biji bawang merah dikupas dan dihiris nipis
1 ibu jari halia
6 biji black mushroom dihiris nipis2
1/3 cawan sos tiram
Kicap manis secukup rasa
1 gelas air
Gula secukup rasa

CARA-CARA SIZZLING MUSHROOM
Panaskan minyak  dan masukkan bawang merah serta halia

hingga naik bau atau garing

masukkan sos tiram sehingga garing sedikit dan masukkan cendawan

masukkan air, tambahkan kicap dan gula secukup rasa

Biarkan sehingga kering sedikit dan automatic akan jadi pekat kuahnya

Note: jika ingin menambah garam, rasa terlebih dahulu.Sebabnya sos tiram anda sudah berasa masin.bimbang nanti duoble masin dan tidak boleh makan.