Assalamualaikum semua. Salam maulidurrasul buat kalian. banyakkan berselawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Teringat zaman sekolah dulu. Bila sambutan maulidurrasul, kami semua akan berarak daripada pintu gate masjid SOKSEK (ringkasan daripada sekolah men. sains tun syed sheh shahabudin) sampailah main entrance SOKSEK. Semuanya untuk memupuk ingatan pelajar kepada baginda yang Mulia. Kemudian dalam tu ada diadakan pertandingan pakaina terbaik, sajak terbaik, tulisan khat terbaik. Ya Allah, rindunya zaman yang dah berlalu itu.
Bila dah masuk U, sambutan dah berlainan. Bersifat lebih professional dan Ilmiah. namun jarang-jarang dapat menyertai dek kesibukan. Bila dah bekerja, Sambutan Maulidurrasul dapat saya sertai dimasjid-masjid berdekatan. Tiap peringkat berbeza cara sambutan. Apapun, saya sangat bersyukur dapat melalui zaman-zaman tersebut. Kerana ada antara budak-budak zaman sekarang tidak dapat menyertai activity seperti itu lagi dek kesibukan ibu bapa yang merancang activity mereka sendiri.
Oklah, dah banyak sangat melalut kan. Saya hari ni nak sharekan satu resepi yang sangat ringkas, mudah, sedap, dan kenyang buat kalian. Ha...resepi package ni. 4in1 hehehe.. Resepi yang saya cuba dan olah sendiri ini daripada Kongsi resepi juga. sambil dok cari-cari resepi, tengok2 ada terkeluar resepi yang menggiurkan hati saya ni. Jom intai resepi.
Resepi Asal : KAK NOR SECUBIT GARAM
Bahan bahan(olahan daripada saya)
(LOYANG PETAK 7X7)
12kpg Roti gardenia
3 biji telur gred A
200ml susu fresh dutch lady(warna ijau)
8 kpg slice cheese
cheddar cheese diparut
segenggam Mozarella cheese
3-4 urat daun sup(dihiris nipis) /sayur2 ikut suka/optional
Untuk Inti:
Ayam bahagian dada dihiris dadu
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
Black paper maggie/apa-apa sahaja
sedikit air
garam dan gula
minyak
Cara cara Inti:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawang besar dan daging, goreng hingga daging/ayam empuk.
Masukkan black paper dengan sedikit air. Masak sehingga daging/ayam masak dan kering.
Cara-cara roti lapis
Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega. saya alas dengan kertas minyak dan lebihkan sedikit supaya boleh angkat keluar
Gaul telur dengan susu sehingga sebati menggunakan whisk
Celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas sehingga penuh. jangan celup lelama ye nanti lembik roti tu
Tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti dan ratakan.
Taburkan daun suo yang dihiris di atas daging tadi
Susun slice cheese keatas daging.
Tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama
Akhir sekali tabur cheddar parut kat lapisan atas sekali dan taburkan segenggam mozarella dengan rata diatas cheedar cheese tadi
Bakar dalam oven pada sushu 180c lebih kurang 40 minit @ sehingga masak.
Siap dan boleh dihidangakan
No comments:
Post a Comment