Wednesday 5 November 2014

SUP EKOR DAN SAYUR CAMPUR HAILAM

Assalamualaikum semua. Alkisahnya cerita makan-makan lah ye. ssemalam kepingin sangat makan sup ekor dan juga sayur campur. bila pikir2 balik sayur campur ni nak masak apekan. terus teringat masak hailam ajelah kan.memandangkan dah lama beli ekor sebab teringin, masakla.

apepun, ekor ni kena rebus lama. kalau boleh rebuslah sehari sebelum nak makan, dan simpan dalam peti ais. esoknya baru masak. kalau tak..hurm alamatnya dapat makan kuah ajelah ye.hehehe

jom intai resepi!!

SAYUR CAMPUR HAILAM WITH EGG TAUHU



BAHAN-BAHAN
1 mangkuk brokoli
1 mangkuk cendawan tiram
2-3 keping hirisan carpcisum hijau
2-3 keping hirisan carpcisum merah
1 mangkuk carrot yang dipoting hiris bulat
1 paket taufu tekur yang dah siap digoreng

BAHAN-BAHAN TUMIS
2sudu bawang merah dah siap blender
1 biji bawang putih
2 sudu besar sos tiram
kicap manis secukup rasa
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air(air sejuk aje ye)
















CARA-CARA
tumiskan bawang putih, bawang merah

dah agak garing masukkan sos tiram

masukkan semua bahan sayuran tadi

masukkan air 1 - 2 cawan

masukkan kicap secukup rasa, garam dan gula sedikit

tutup semua dengan tudung periuk sekejap dalam 5 minit untuk masak menyeluruh kemudian masukkan taufu telur dan gaul sempurna

angkat dan hidangkan




SUP EKOR




BAHAN-BAHAN

1 mangkuk ekor yang telah direbus lembut
2 batang serai
2 ruas ibujari halia
3 biji bawang putih
3 sudu besar bawang merah dah siap blender
1 tangkai salary
1 biji tomato dibelah empat
5 tangkai cili dihiris nipis
daun sup daun bawang untuk hiasan


















CARA-CARA
blender halia dan bawang putih

tumiskan bawang merah bawang putih dan halia

masukkan ekor kemudian masukkan batang salary

masukkan air 3-4 cawan/ sehingga ekor tenggelam

masukkan cili dah dipoting nipis

masukkan garam dan gula serta serai

setelah agak mendidih barulah dimasukkan tomato kedalam

setelah siap letakkan sedikit tauge  keatas serta daun sup dan daun bawang serta bawang goreng

selamat mencuba!!






Tuesday 4 November 2014

CHAR KEOW TEOW UDANG&KERANG AWESOME



Assalamualaikum semua. apa khabar. Lambat skit nak update. Char Keow teow Udang Kerang yang menjadi kegemaran saya. Disebabkan dah lama sangat nak makan char keow teow, tapi x dapat sebab tak da yang melekat dijiwa saya di sekitar rumah saya, makanya saya pun membuat sendiri char keow teownya. Ok lah apepun jom intai resepi saya.

BAHAN-BAHAN(untuk 2pax)

5-10 ekor udang(nak lebih pun boleh)
1 mangkuk kecil kerang(saya beli yang dah siap kupas)
1 biji telur gred B
5-6 batang kucai di potong
1 mangkuk tauge
2 pinggan keow teow
sedikit daun sup dan bawang sebagai sebagai hiasan

BAHAN-BAHAN TUMIS

4 sudu besar bawang merah yang dah siap blender
1 sudu besar bawang putih dah siap blender
3 sudu besar cili blender
1sudu besar cili sos kimball(optional)
kicap manis secukup rasa
1 cawan air(nak basahh lagi lebihkan air)

CARA-CARA
panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis sehingga garing

Kemudian masukkan cili blendr dan sos cili dan biarkan garing sedikit dan masukkan udang serta kerang

Setelah itu kacau dan masukkan kicap secukup rasa, garam,gula secukup rasa

kemudian tambah satu cawan air terus pecahkan telur didalamnya

Masukkan keowteow dan terus kacau sebati bersama telur yang baru nak masak tadikacau jgan sampai pecah2kan keowteow tu ekh

Masukkan tauge dan juga kucai, gaulkan sekejap lagi angakt.(jangan masukkan awal2 kucai dan tauge nanti layu)

hidangkan didalm pinggan kemudian letakkan daun sup dan bawang sebagai hiasan. nak lagi sedap makan bersama cili jeruk.

Selamat mencuba


Sunday 2 November 2014

LACE MAKING CLASS

Assalamualaikum....saya nak share class demo yang saya join untuk membuat lace di tepi2 cake as a penyeri. Apapun sangat enjoy diz classs with too many pengisian yang bermanfaat from cheft. Alhamdulillah. have alook the pictures.

Warna purple menjadi pilihan cheft and how to put manik in a correct way supaya dia stik and tak jatuh. Wow. sangat bermanfaat. Before diz hentam keromo aje letak beads tu..hehehe..now dah ada knowledge. Alhamdulillah...

BUTTERCAKE GIFT BOX WITH FONDANT

Assalamualaikum semua. Dah lama rasa tak menulis dan menjengah ke blog sendiri. Almaklumlah..bila outstation aje mulalah tak da masa untuk online. Adat bekerja. Apapun itu fitrah manusia. Jika ada benda yang lebih penting perlu diutamakan, makanya perkara yang ke-2 ke-3 akan ditinggalkan dahulu.

alhamdulillah saya sudahpun register class di UM  untuk sem-2. Diam tak diam sahajakan. Apapun, doakan saya sentiasa success dalam bidang yang saya ceburi ini. Oklah dah melalut banyak kan. Saya nak berkongsi sedikit tentang kelas cake deco yang saya join haritu di bakewell supplies Taman Melawati. Alkisahnya, saya ni seorang yang tidak suka membazir masa. Jadi ada je masa yang saya boleh manfaatkan, saya akan manfaatkan sepenuhnya. Kebetulan hari ahad memang saya free, makanya, saya check2 website ada kelas ni. Wahhh. hati memang teruja nak value add tentang fondant and deco.

Alhamdulillah first sekali kelas demo yang chef ajar. memang berbaloi sesangt. Bukan saya sorang aje rasa macam tu. Termasuk rakan2 baru yang saya kenal juga. ya Allah. Sangat happening tau kelas ni dan berbaloi sangat dengan ilmu yang chef ni terangkan. Dia takl kedekut. Apa sahaja kita tanya dia akan tunjuk and jawabkan. Subhanallah. Sangat best.

Alkisahnya membuat gift box. Mula2 3 jam pertama chef ajar dulu membuat gift box.kaedah, jenis2 fondant, apa cmc, apa gum tragacant dan macma2 lagi. kemudian chef ajar lagi macamana nak pasang fondant dengan cara yang betul. suhu yang macamana dan bermacam lagi.

So lepas tu kita starts  dengan Hands on kelas habis aje kelas demo. Hasilnya anda boleh lihat seperti gambar dibawah. sangat mengujakan kan?begitulah perasaan saya yang teruja masa membuat deco ini. Walaupun saya kepenatan malamnya, namun tetap gembira kerana bertambah lagi satu ilmu. Alhamdulillah