Thursday, 19 December 2013

KEK MINYAK BAKAR

 


 Assalamualaikum...Salam Jumaat yang Mulia, semoga kalian dimuliakan Allah hendaknya. Seribu syukur dipanjatkan kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di atas bumi pinjaman Dari Allah ini. Subhanallah Maha suci Allah, dapat juga saya berkongsi resepi baru yang pada kira saya sangat mudah untuk di cuba bagi minum-minum petang bersama keluarga. Jom tengok resepi yang boleh menaikkan selera dengan hanya melihatnya sahaja. Jom!!


BAHAN-BAHAN

2 cawan tepung gandum (saya buat 1 1/2)
5 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/4 cawan susu pekat

1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovellete
minyak satu cawan( saya guna minyak jagung)
CARA-CARA
Ayak tepung dan baking powder ketepikan
Pukul gula dan telur sehingga kembang
kemudian masukkan ovellte dan minyak
masukkan tepung yang sudah diaayak secara sedikit demi sedikit
gunakan kaedah kaup balik

panaskan oven 180degree, masukkan adunan kek dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak mengikut oven kehebatan oven masing-masing. heheh


CARA-CARA UNTUK DAPATKAN BENTUK BUNGA

setelah siap adunan tersebut, bahagiikan adunan kepada tiga bahagian dan diletakkan warna yang berlainan
ikut suka anda jika mahu lebih. saya menggunakan orange,green and pink



Kita start dari tengah. contohnya, 2 senduk untuk warna pink, kemudian diselang selikan warna hijau, letakkan warna hijau dua senduk tadi di atas warna pink yang mula-mula kita buat tadi. kemudian warna orang pula di atas warna hijau. Mula-mula kita akan rasa pelik macamana jadi layer kan? tapi bila dah buat tak rasa pelik lagi.. heheh, sebabnya, setiap kali kita letak warna yang berbeza, warna sebelumnya tadi dah mengembang ketepi, sebab tu nampak sepeti ada layer.heheheh..boleh faham ke karangan saya ni.



ni gambar yang setelah semua warna saya dah letakkan, so nampak tak pergerakanadunan tu?
so beatuiful



Untuk menghasilkan corak bunga itu, gunakan lidi, letakkan di tengah, kemudian tarik ke hujung, ikut citarasa nak buat berapa banyak.

so hasilnya, boleh lihat dibawah ye...






No comments: