Wednesday 7 January 2015

TEMPAHAN CAKE PEMBUKA TIRAI 2015(CAKE COFFEE WITH CREAM CHEESE TOPPING)

Assalamualaikum semua. diharapkan sentiasa diberkati Allah dan dilindungi Allah dari segala musibah dan kesedihan.Moga tahun baru ini membawa seribu rahmat, kegembiraan dan keberkatan dalam hidup Kalian InshaAllah.

Saya baru mendapat tempahan untuk pertama kali pada 2015 tahun ini. alhamdulillah selain mendapat tambahkan lagi koleksi cake saya, dapat juga saya polish skill saya yang dah lama syaa simpankan sebab kepenatan dari nak buat kek.

Kek kali ini permintaan dari saya punya officemate ialah cake coffee dan toppingnya cheese frosting. Memandangkan kek yang ingin ditempah adalah kek bentuk bola untuk anaknya, saya pun terpaksa mencari acuan lain. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya. Kek ni sebenarnya agak last kinute juga. Sebab orang yang menempahnya 2 hari sebelum tarikh, biasanya orang akan bgtau 1 mgu sebelum tarikh.Maklumlah saya ni part time saja membaking. Memang perlukan masa yang panjang sebabnya kek boleh disiapkan hanya waktu malam hari.

Ok dah puas membebel kan jom intai resepi.





RESEPI CAKE COFFEE
Bahan-bahan
125g tepung self raising flour  ayakkan sekali
15g ovellate
125g gula kastor
5 biji telur gred B
40g air
70g minyak sunflower
Satu packet Serbuk nescafe + 1 sudu emulco cappucino

Cara-cara: 
Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 170°C selama 10 minit.
Dalam mangkuk, satukan ovellate bersama gula sehingga sebati dan rata.
Masukkan telur dan tepung bersama bahan di atas tadi. Pukul sehingga gebu untuk lebih kurang selama 5 minit.
Perlahankan mixer, masukkan air serta serbuk nescafe + emulco cappucino. Pukul lagi sehingga gebu.
Perlahankan mixer, masukkan minyak masak. Pukul lagi sehingga rata dan kacau pula dengan spatula/senduk kayu.
Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak dan bakar pada suhu 170°C selama 35-40 minit atau sehingga masak. Setelah masak, terbalikkan dahulu, dan kemudian setelah 5 minit keluarkan kek dari loyang 
Biarkan sejuk sebelum disapu topping buttercream.

Resepi Cream cheese Frosting

1 cawan whipping cream
500g cream cheese

*Tambah 50g butter dan 1/2 cawan gula icing(ayakkan)

Cara-cara

Pukul whipping cream sehingga kental dan  asingkan

Pukul cream cheese sehingga gebu, masukkan butter dan gula icing untuk keras sedikit

Campurkan whipping cream dan cream cheese tadi gunakan kaedah kaup balik.

setelah itu masukkan dalam piping bag dan pipekan atas kek


SELAMAT MENCUBA SEMUA!!!

Sunday 4 January 2015

ROTI SARANG LEBAH KOSONG

Assalamualaikum semua,Moga kalian sentiasa diberikan rahmat oleh Allah hendaknya. Nak share semalam punya cerita ye..Alkisahnya barang untuk buat roti sarang lebah ni dah lama saya beli. Kononnya nak buat. semalam tengah uli punya uli, baru teringat almond flakes and pumpkin seeds tak ada. So jalankan juga project mega ni.

Memandangkan mama tak suka sangat benda-benda tu, jadi saya puntegar la x letak dalam roti saya. Setelah berhempas pulas mengeyeh doh saya, Alhamdulillah jadi jugak. Tu pun mama saya alter skit sebabnya anak dia sorang ni tak pernah meroti sebelum ni, tangan tak berapa nak kuat,hehehe.So walaupun dah lama femes dah roti ni, saya yang sibuk ni baru teruja nak buat. (ketinggalan zaman) hehehe....



Bee Hives Mini Bun/Roti Sarang Lebah
Resepi Asal : Lydia Honey
Dicuba oleh : Surianti Ramli

DOH
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air

Cara-cara :

jika menggunakan breadmaker, masukkan bahan cair dulu diikuti bahan kering.

jika menggunakan mixer, masukkan bahan kering dulu diikuti bahan basah.

Uli hingga doh menjadi licin dan kenyal.Gunakan tangan gonyoh tepung samapi tak melekat kat tangan. pastu Biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat sikit panas atau tertutup.

Bila doh sudah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar guli dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.

Buat sampai habis. Memang doh sedikit lembik, kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak.

Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2 kali ganda sekali lagi.

Sementra menunggu doh naik, panaskan oven anda. Masa pembakaran dan suhu bergantung pada jenis oven yang anda gunakan.

bakar pada suhu 180' selama 22 minit.

Keluarkan dari oven dan terus sapukan mentega di atasnya.

Tuangkan butterscotch sauce.

Sedia untuk dihidangkan.

Saturday 3 January 2015

BEBOLA CHEESE NYUMMY

Assalamualaikum semua, diharapkan sihat menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian dan dugaan. Pada saya, walaupun dalam keadaan gembira, kita juga sentiasa di uji. Di uji dengan kegembiraan, sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat gembira yang diberikan OlehNya..Apapun kisah kita, setiap orang mempunyai kisah yang berbeza dan pelbagai.Namun itulah kehidupan.Jalani dengan redha dan penuh dengan rasa syukur, kerana Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kita tidak.

Okla saya nak share sedikit resepi yang telah saya cuba malam tadi, bebola cheese. Sebenarnya, resepi yang dah saya print lama ni saya terbiar kaku aje. So semalam memandangkan sepupu saya yang suka makan balik, saya buatkan. Seriously sedap dan mengenyangkan, cumanya saya tak buat bebola yang kecil2...mama kata bebola saya besar penumbuk.hehehe, saya tengok macam cucur badak pun ada. Memandangkan dah penat, saya pun nak cepat aje, tu yang buat besar2 tu..cepat sikit habisnya.


BEBOLA CHEESE
Sumber Asal: rahel blogspot

Bahan-bahan:
200g serbuk roti
2 biji telur gred A~dipukul sedikit
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cheddar cheese secukupnya~disagat atau dipotong kecil

Untuk Doh:
Kentang (dibuang kulit kemudian timbang 490gram)~potong~rebus empuk
210g tepung gandum + 1/2 tsp serbuk penaik ~ayak
1/2 tsp serbuk lada putih
1 1/2 tsp serbuk pati ayam 
1 tsp garam
1 biji telur gred A
~saya tambah satu mangkuk daun sup(bau wangi)

Cara membuat:

Kentang yang sudah direbus panas2 dilenyek sampai halus bersama garam,lada putih,pati ayam.
(cara saya,saya rebus kentang dengan pati ayam, garam kemudian angkat,dan lenyekkan kentang, masukkan serbuk lada putih. masa rebus, air jangan banyak, memadai tenggelam kentang shaja.Setelah lenyek, gaulkan daun sup ke dalam doh)

Tambahkan 1 biji telur,kacau rata.

Tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli hingga boleh dibentuk.



Sapu sedikit minyak pada tangan,ambil sedikit doh,bulatkan,leperkan,beri sedikit cheddarcheese.Bulatkan kembali doh.

Setelah semua doh dibentuk,celupkan bebola ke dalam telur yg dipukul tadi.Kemudiangolekkan ke dalam serbuk roti.
Kepal2 bebola agar serbuk roti melekat dengan elok.
   
Celup kembali bebola ke dalam telur,kemudian golekkan lagi ke dalam serbuk roti.Buat sampai habis.

Panaskan minyak.Goreng bebola dengan api perlahan sambil dikacau agar ia masaksekata.

(bebola cheese akan merekah jika ia digoreng terlalu lama)

Selamat mencuba!!!

Friday 2 January 2015

ROTI LAPIS BERKEJU

Assalamualaikum semua. Salam maulidurrasul buat kalian. banyakkan berselawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Teringat zaman sekolah dulu. Bila sambutan maulidurrasul, kami semua akan berarak daripada pintu gate masjid SOKSEK (ringkasan daripada sekolah men. sains tun syed sheh shahabudin) sampailah main entrance SOKSEK. Semuanya untuk memupuk ingatan pelajar kepada baginda yang Mulia. Kemudian dalam tu ada diadakan pertandingan pakaina terbaik, sajak terbaik, tulisan khat terbaik. Ya Allah, rindunya zaman yang dah berlalu itu.

Bila dah masuk U, sambutan dah berlainan. Bersifat lebih professional dan Ilmiah. namun jarang-jarang dapat menyertai dek kesibukan. Bila dah bekerja, Sambutan Maulidurrasul dapat saya sertai dimasjid-masjid berdekatan. Tiap peringkat berbeza cara sambutan. Apapun, saya sangat bersyukur dapat melalui zaman-zaman tersebut. Kerana ada antara budak-budak zaman sekarang tidak dapat menyertai activity seperti itu lagi dek kesibukan ibu bapa yang merancang activity mereka sendiri.

Oklah, dah banyak sangat melalut kan. Saya hari ni nak sharekan satu resepi yang sangat ringkas, mudah, sedap, dan kenyang buat kalian. Ha...resepi package ni.  4in1 hehehe.. Resepi yang saya cuba dan olah sendiri ini daripada Kongsi resepi juga. sambil dok cari-cari resepi, tengok2 ada terkeluar resepi yang menggiurkan hati saya ni. Jom intai resepi.

Roti lapis berkeju
Resepi Asal : KAK NOR SECUBIT GARAM


Bahan bahan(olahan daripada saya)
(LOYANG PETAK 7X7)

12kpg Roti gardenia
3 biji telur gred A
200ml susu fresh dutch lady(warna ijau)
8 kpg slice cheese
cheddar  cheese diparut
segenggam Mozarella cheese
3-4 urat daun sup(dihiris nipis) /sayur2 ikut suka/optional
Untuk Inti:

Bahan inti (boleh guna daging/ayam)

Ayam bahagian dada dihiris dadu 
2 ulas bwg putih
1 biji bwg besar
Black paper maggie/apa-apa sahaja
sedikit air
garam dan gula
minyak

Cara cara Inti:

Panaskan minyak, tumis bawang putih, masukkan bawang besar dan daging, goreng hingga daging/ayam  empuk.

Masukkan  black paper dengan sedikit air. Masak sehingga daging/ayam masak dan kering.

ketepikan n biar sejuk.

Cara-cara roti lapis

Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter or mentega. saya alas dengan kertas minyak dan lebihkan sedikit supaya boleh angkat keluar

Gaul telur dengan susu sehingga sebati menggunakan whisk

Celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dlm bekas sehingga penuh. jangan celup lelama ye nanti lembik roti tu

Tuang kan separuh dr inti tadi keatas roti dan ratakan.

Taburkan daun suo yang dihiris di atas daging tadi

Susun slice cheese keatas daging.

Tutup dgn lapisan roti yg dicelup seperti langkah pertama

Akhir sekali tabur cheddar parut kat lapisan atas sekali dan taburkan segenggam mozarella dengan rata diatas cheedar cheese tadi

Jika ada lebihan telur  siram diatas roti .

Bakar dalam oven  pada sushu 180c lebih kurang 40 minit @ sehingga masak.

Siap dan boleh dihidangakan

Thursday 1 January 2015

TEPUNG TALAM JAGUNG

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih lagi sempat menulis di sini. Semalam tekak saya teringin sangat nak makan tepung talam jagung ni.Maka, alkisahnya buatla tepung talam jagung yang enak ini. Alhamdulillah menjadi. Memandangkan saya ringan aje tangan untuk menambah santan lebihan sebab tak nak membazir, jadinya agak lembik sedikitlah saya punya Tepung Talam Jagung ini

Kuih talam jagung
Bahan-bahan:)
Untuk lapis bawah:



1 cawan jagung manis berkrim
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
2 cawan santan
½ cawan gula
addkan sikit perwarna kuning.
(untuk potongan yang cantik, blender bahan tadi supaya jagung tidak terlalu besar2 nanti potong x cantik)

Untuk lapis atas:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
-add sikit perwarna hijau dan essen pandan.(saya biarkan warna putih suci)


Cara :
Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati.

Masukkan dalam loyang yg telah disapu rata minyak/ alas dengan plastik .

Kukus selama ½ jam.

Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.

Kacau sebentar di atas api kecil.

Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakar -cakarkan sedikit dan tuangkan perlahan perlahan adunan lapisan atas.

Kukus selama 20 minit.

Sejukkan dan potong.Sedia untuk dihidangkan.