ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN DI BLOG SELERA KASIH INI
Pertamanya dipanjatkan syukur kepada Allah SWT dengan limpah izin dan kurnianya dapat saya menciptakan Blog saya sendiri walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Al-maklumlah saya masih lagi baru di dalam dunia blogging ni. Masih merangkak-rangkak membuat Blog Dan part time sahaja untuk meng'update' blog.
Dunia pekerjaan sangatlah mencabar, masa belajar dahulu saya rasa menjadi seorang engineer adalah sangat seronok. kerana minat. Tapi tanpa saya sendiri saya juga mempunyai minat dan cinta dalam dunia masakan. Bila sudah menjadi seorang engineer, tekanan yang dihadapi di tempat kerja, membuatkan saya menyalurkan tekanan kepada hobby saya iaitu cooking N baking world. Bersyukur sangat Allah mengurniakan seni masakan pada saya.
Pada mulanya saya hanya membuat mengikut hobby saya sahaja. Selepas balik kerja, selepas maghrib, jika tidak berasa letih, saya sendiri akan memikirkan apa yang saya akan baking pada hari ini. Biasanya resepi saya akan mengambil dari blog-blog yang saya kagumi dan juga follow. Mereka adalah sumber inspirasi saya dalam menghasilkan kek ataupun makanan. Juri tetap saya adalah Mama saya sendiri(sufiah othman), Kakak saya, (raja nur alaina) rakan-rakan office (noorazzua, sabri,solihin,Roszaliza,Kak wa, Abg Zan,Hilmi, Nuar,Shart,Noni,Wani Kak Adah dan kak Soleha). Mereka merupakan juri tetap saya. Maksudnya mereka akan merasa dan memberi feedback kepada saya sekiranya ada kekurangan dimana-mana.
Pada asalnya saya menggunakan nama blog saya coret-coret resepi. Memandangkan saya merasakan memasak dengan kasih sayang merupakan perasa asli dalam masakan saya, jadi saya menukarkan nama Blog saya kepada SELERA KASIH. Apa yang saya masak khas untuk orang tersayang dengan penuh Kasih sayang..WAhhh..
Oleh sebab itu, Blog SELERA KASIH ini dicipta untuk berkongsi menu, resepi masakan dan juga kek yang saya dan sekeluarga suka serta orang yang tersayang saya suka. Memandangkan orang tersayang suka makan tapi tidak reti memasak, jadi bolehla mengambil resepi di dalam blog ini menjadi panduan. Apa yang saya tahu dan faham saya akan kongsikan tanpa sedikit pun saya merasa rugi jika berkongsi kerana semua nikmat yang terlakar adalah milik Allah. Tiada satu pun yang tetap milik saya.
sabda Rasulullah "Sebaik-baik sedekah seorang muslim ialah belajar ilmu dan kemudian mengajarkan kepada sahabat" (H.R Ibnu Majah)
semua tips ataupun nasihat yang saya utarakan di dalam blog saya adalah melalui pengalaman saya sendiri. Jadi Jika ada pandangan, nasihat komen, teguran atau apa sahaja, Saya persilakan untuk email, whatsap kepada saya di rajanurzalikha88@yahoo.com ataupun call/whatsap 0124094744.
Tempahan Cupcake Chocolate |
memandangkan saya masih baru dalam dunia baking,
banyak kek yang saya buat tidak sehebat mana, jadi saya meminta komen membina dari sahabat sekalian untuk saya sentiasa memperbaiki hasil seni saya dari semasa ke semasa dengan Izin Allah. Apa yang saya termampu saya akan coretkan buat tatapan sahabat sekalian dari semasa ke semasa dan untuk anak-anak saya akan datang sebagai panduan.
wassalam
nurzalikha
No comments:
Post a Comment