Thursday 18 February 2016

LASAGNA


Assalamualaikum... Ha...dah berhabuk da blog saya..Alhamdulillah diberi kesempatan untuk melakar bait di lampiran kosong ini. Apapun, ini adalah entry saya  yang pertama tahun ni..hahaha..tahniah untuk diri saya. Saya sendiri pun tak sempat nak ucapkan selamat tahun baru 2016.

Apapun, saya just nak berkongsi resepi mudah lasagna saya ni. Buat penggemar cheessssseeeee macam saya yang menaikkan semua lemak di dalam badan, lasagna ini adalah satu hidangan yang sangat sedap. Tetapi untuk orang yang tak gemarkan cheeese, makanan ini di anggap memuakan. kerana cheese yang menyaluti atas lasagna tersebut. 

Ok lah, resepi yang saya pernah kemukan pada entry yang lalu. sila klik sini ya untuk lasagna mushroom


So untuk resepi lasagna bersos spaghetti ni, Jom intai resepi

Bahan-Bahan

5-6 keping lasagna(ada jual dalam kotak)
1 biji bawang merah sederhana besar
2 ulas bawang putih( optional)
1 botol sos sphagethi (saya biasa guna pregio)
1 plastic daging cincang 250g
10 biji straw mushroom
1 sudu cili kering
1 packet mozarella cheese cincang

Cara-cara

panaskan kuali dengan minyak, dan masukkan bawang serta bawang putih

masukkan  cili kering biarkan sampai garing

masukkan cendawan straw dan ayam cincang.kalau suka daging letak daging ya

kemudian masukkan  sos spaghetti tomato tradiitional dan msukkan sedikit air jika agak kering.

jangan banyak sangat. sebab kitanak melapis lasagna nanti

Dah siap semua, masukkan ked alam mangkuk. 
 
Panaskan air dan bila dah mendidih masukkan kepingan lasagna

dah kembang, toskan dan layerkan satu persatu dengan inti lasagna tersebut.

alaskan kepingan lasagna mula2, kemudian masukkan inti,sehingga memenuhi ruang aluminium bekas kita tadi.letakkan topping inti tadi dan taburkan mozarella memenuhi permukaan bekas.

masukkan ke dalam oven dan bakar sehingga 10-15 minit suhu 150c. sehingga permukaan cheese agak garing sedikit. bukan agak hangus ye.hehehe...

itu saja resepi simple dari saya...selamat mencuba gaisss...