Tuesday 24 January 2017

Farewell cakes 16inch*8inch

Alhamdulilah...utk ika susanti yg bakal pulang ke indonesia..trima kasih atas tempahan

Kek 2kg ++
Kek choclate and vanilla
Layer fresh cream choc +ganache choc

Kek barbie muslimah

Alhamdulillah..tempahan utk minggun lalu kek barbie muslimah

Thursday 5 January 2017

Tempahan

Utk tempahan
0124094744


Kuaci cheese cake 5 inch rm25

Choc indulgance 5 inch rm30


Wednesday 4 January 2017

Kek padang bola

Assalamualaikum....
Alkisahnya kek padang bola...
Memandangkan customer order pkul 11 mlm untuk esok harinya...hanya ada padang dan tiada accesory lain..huhuhu..sy agak kecewa...tp apa kan daya..ini bidor bukn k.l senang nak dpt semua benda...
Alhamdulillah beliau faham dan bgtau dia yg ckp last minute..
So..
Kek choclate moist cake
Berat 1.8kg
9inch layer with choc moouse
Topping with fresh cream and choc ganache..

Roses pastel

Alhamdulillah...lagi roses cake..slmat menjamu mata

Bunga bunga cinta cake

Alhamdulillah..kek 2 tingkat
1st 2017 photo post...
2 tier cake with roses...less is more yet simple...
Utk insan yg jiwanya sentiasa hidup utkku..doanya sering sentiasa utkku..jauh dimata tapi dekat dihati..jauh..sentiasa dirindui dan disayangi..walaupun sekadar di angin lalu

Dia dan diriku hanya mampu melihat dari jauh...mendoakan yg terbaik dari jauh dek keadaan yg memaksa... 

Namun..sejauh mana rindu itu jika tidak bertemu..sehari itu bagai tidak ckup untuk mehamburkan semua perasaan itu..namun sudah ckup utk melepaskan sedikit demi sedikit rasa itu...

Pelukan itu masih hangat seperti dulu..senyuman itu masih sama seperti dulu..bicara dan kata2 itu masih juga sama ....biarpun ada rasa sesak di dada...namun hubungan itu masih utuh seperti dulu..seperti tiada apa2 yg berlaku..

Buat insan yg kuanggap seperti ibu... hanya karya dari air tangan ini dapat kuhadiahkan buat kesekian kalinya..tanda ingatan..yg tidak pernah pudar...buat kesekian kalinya aku dapat melihat mu walaupun penuh rasa sayu..bukan kerana keadaan dahulu..namun kerana doamu sentiasa utkku..

Bahawasanya perancangan dan sisipan Allah amat cantik buat diriku..moga ukhwah kasih ini tidak terpisah dek kekangan masa yg menyapa..

Kerana..kita hanya hamba...Dia yg menentukan sgala...
Buat kesekian kalinya.. Aku bersyukur kerana Allah mengirimkan insan2 yg baik buatku.....

Senyum selalu wahai ibu...kerana kebahagian sentiasa ada buatmu..kasihmu buat anak2mu membuatkan aku ingin menjadi spertimu..

Terima kasih utk hari itu...setiap senyuman mereka ku titipkan dalam diariku..bukan penamat memoriku..tetapi permulaan hari baru..

Buat insan yg sentiasa memahami hubugan ibu dan anak ini..terima kasih atas keizinanmu dan redha dgn keadaanku...sesungguhnya..aku bersyukur adanya kamu

Salam syg,
Raja Nur

#sayajualkek
#1st2017post
#buatibu
#whisknwhipbyne
#seleraqasih


Tempahan minggu lalu

Alhamdulillah syukur...tenpahan minggu lalu


1.6kg kuaci cheedeb9 inch rm55



Sunflower Cheese cake

Sunflower Cheese Cake by whisk n whip
Assalamualaikum semua...
Baru baru ni sy beli kuaci ralik dr sahabat sy..kyaci panggang yg sedap dan rangup..
Alhamdulillah..

Pk punya pk..eh baik buat kek..sy pun reka sendri..resepinya...
Olahan dari resepi2 yg ada
Sponge cake vanilla
Resepi:azlina ina
Olahan raja nur zalikha
Adunan A
4 biji telur gred b
3/4 cawan gula
1 sudu besar ovellete
1 sk Butter vanilla
Adunan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda(kalau kukus tambah)
*ayak
Bahan C
1/4 cawan minyak naturel(sy olah guna ini)
Or 1/4 butter yg dah dicairkan(resepi asal)
Cara2
Pkul adunan A sehingga kembang
Perlahankan mixer masukkan tepung sedikit demi sedikit
Padamkan mixer
Campurkan minyak gaul guna kaedah kaup balik
Sy masukkan 3/4 kedalam adunan sy guna 5 inch bekas dpt 3 adunan.
Bakar 170 dlm 35 minit sy guna oven 100L
*kalau kukus dlm 20-30minit api sederhana
Da masak cucuk tengah kemudian keluarkan dan korek tepi kek dan terbalikan di redai sekejap,keudian terbalikkan semula
Cream cheese layer cake
125g cream cheese
¼ cawan gula icing
1 sudu sos butterscotch (seperti dibawah) yang dibuat
1 sudu besar  butter
1 cawan whipping cream diputar kental
Cara-cara
Pukul gula icing butter dan cream cheese sehingga kembang
Masukkan satu sudu besar sos butter scotch dan putar lagi
Campurkan whipping cream non diary dengan adunan cheese tadi dan guna kaedah kaup balik
Sedia digunakan.
Untuk kek 5 inch saya boleh dapat untuk 2 adunan
Sos salted  butterscotch
4 sudu besar butter
1 cawan gula perang
½ cawan whipping cream diary
Cara-cara
Panaskan butter kemudian masukkan gula perang, whipping cream diary
Masak dengan api sederhana.
Masukkan 1 sudu kecil garam
Kacau sehingga likat
Masukkan ke dalam baling dan rehatkan
Layer cake,
Potong 2 bahagian cake menggunakan benang
Layerkan cake dengan cheese frosting tadi
Taburkan kuaci panggang atau kuaci ralik ( kuaci panggang rangup)  tadi ke atas cream cheese
Tutpkan dengan kek kedua
*jika ingin buat 3 layer pun boleh. Potong kek kepada 3 bahagian
Lepakan kek dengan fresh cream
Lepaan luar cake,
Saya putar whipping cream vivo dan  lepakan ke atas kek sehingga rata
Masukkan ke dalam peti ais, rehatkan sejam
Dan kemudian tuangkan sos caramel yang dah sejuk ke atas kek...
Hiaskan ikut suka anda...
Giler x sedap..sgt sedap..alhamdulillah
Alhamdulillah..skrg dah jd jualan terlaris
Jom intai resepi