Thursday 3 September 2015

LEISURE TIME AT KUALA LUMPUR AQUARIA & MUSEUM KESENIAN ISLAM

Assalamualaikum semua diharapkan sihat hendaknya disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah saya masih lagi dapat bernafas dan menghirup udara segar pemberian percuma oleh Allah yang Maha Kuasa. Apapun, setiap masa yang ada, gunakanlah sebaiknya. Baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain ataupun untuk orang tersayang. Kadang-kadang banyak sunggih hikmah dan rahsia yang Allah sembunyikan daripada kita atas ujian yang diberi supaya manusia itu sendiri lebih bersyukur dan beringat.


Memandangkan entry yang saya nak coretkan ini adalah entry yang lama yang tak sempat nak diupdate, hanya sempat draft sahaja. Baru minggu ini saya dapat mearikkan jari saya di keyboard ini. Kekangan Masa yang melampau membuatkan saya sendiri tak terdaya untuk menulis walauppun hanya sebaris perkataan. Benarla, lapang sebelum sempit di dalam 5 perkara sebelum 5 perkara.

entry kali ini adalah mengenai leisure time saya. Saya sebenarnya hampir dua tahun sibuk dengan kerja. Sibukkan diri dan jauhkan keseronokan menikmati alam sekeliling dek kerana tak mahu langsung memikirkan apa yang sedang,lepas dan akan terjadi.tapi itulah, kita lupa semua milik Allah. Kita lupa Allah sayangkan kita. Ujian yg dia bagi sebagai pendorong utk kita jadi lebih baik dan juga untuk beri kita yang terbaik. InshaAllah.

So pertama kalinya saya menikmati leisure time saya dengan penuh ketenangan dan kesyukuran. Saya sudah kembali  normal. Alhamdulillah. Hari yang telah dirancang untuk menghabiskan masa melawat keindahan ciptaan Allah dan juga melampiaskan stress  terlaksana jua. kali ni saya telah dirancangkan untuk melawat aquaria dan juga muzium kesenian islam.

Untuk yang dah pernah ke sana mesti terasa seperti " la...aquaria je pun..." tapi bagi saya yang berpuluh tahun hidup di KL saya tak pernah pun jejak kaki ke aquaria ni walaupun  kerap ke KLCC. kelakar kan.


Mula2 kami ke muzium kesenian islam dahulu. Memandangkan kami hanya menaiki public transport saja jadi mudah sikit untuk saya. Saya suka naik public transport aje. mudah dan tak perlu untuk pening kepala. naik samapai. yang letihnya perlu berpenat berjalan je. yang lainnya mudah. Tak perlu Pikirkan parking, jam.
Dari terminal putra saya park, terus naik LRT ke Pasar seni. Sesampainya disana, terus berjalan ada jalan access ke masjid negara, dan belakang tu adalah muzium kesenian islam.
salah satu replika masjid 3D



replika masjid dari pelbagai negara


Poster sempena Ramdhan
Alhamdulillah, di dalamnya penuh dengan sejarah islam. Apa yang menyeronokkan saya, saya dapat melihat kreplika 3D semua masjid terkenal di seluruh negara. Subhanallah.

Pedang replika


Kemudian, ada replika pedang yang digunakan oleh semua pahlawan agung islam. Serta semua jenis Alquran dari seluruh negara dari kecil hingga ke besar.. Setelah puas berjalan dan menikmatai di dlaam muzium itu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam, kami terus berpatah balik dan ke KLCC.

Sesampainya disana, kami memnunaikna solat dahulu, di masjid dan kemudian meneruskan perjalan ke AQUARIA. dia aquaria, ada masa yang ditetapkan untuk show seperti piranha feeding, fish feeding dan juga sebagainya. so have alook and enjoy the picture.

after that kami makan di restoran bumbu desa.Masakan asli indonesia. Saya agak tak berapa minat, kerana semuanya kering dan juga lauknya biasa saja. untuk try ok. But just nice saja.but still, Alhamdulillah rezeki orang belanja.after dat, pulang..itulah cerita untuk hari ini.