Monday 11 July 2016

SODA HERBS MENYEGARKAN

Assalamualaikum...pembaca sekalian..hampir berbulan tiada pembait kata pembuka bicara disini. dan langsung tiada resepi dikongsi untuk juadah berbuka ramadhan seperti tahun-tahun terdahulu. Ampun dan maaf dipinta sekiranya ada kekurangan tersalah kata sepanjang penulisan di blog sendiri. maklumlah...saya hanya insan biasa.

Disebabkan berpindah rumah, maka semua barang-barang baking telah di seal. tak kira lagi nak berkemas rumah yang bersepah keranakan asakan tebukan lubang disana sini. belum lagi dikira ditipu dengan orang wiring dan pembuat mozek. bila diteliti dan berteleku  bermuhasabah. Mungkin ini bahagian dugaan dan ujian sepanjang tempoh berpuasa. kesabaran perlu digamit. malah belum kira lagi jiwa dan hati yang terluka dek kesakitan daripada insan sekeliling. Namun Perancangan Allah itu lagi Maha cantik dan teliti adunannya.Alhamdulillah atas semua dugaan dunia yang perlu sy tempuhi. Dan alhamdulillah berjaya ditempuh walaupun hati perit dan sakit.

Bila ditenung nasib insan lain yang tiada berbumbung. Berbuka dengan juadah hanya sepinggan nasi dan bercatu ayam. MasyaAllah mewahnya lazatnya dunia saya.Cuma saya diuji dengan kesakitan jiwa sahaja. APalah kiranya jika sy boleh bersabar. Nikmat Allah lebih lagi bukan? sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Walaupun ada batasnya.

Ok bila dah melaut.. jom intai resepi SODA HERBS DARI AZLITA MASAM MANIS


maklumlah bulan syawal panas nya menyengat. jadi untuk penghliang dahaga dan sgt refereshing, sy hidangkan soda herbs. Bak kata jiran sy air serai. apa ajelah janji bahagia.heheheh


SODA HERBS
resepi : diambil dari azlita masam manis

BAHAN-BAHAN

1 tin laici saya belah dua semua laici
1 biji lemon dihiris nipis
2 batang serai di titik
daun pudina secukup rasa
asam boi 5 biji- sy letak 3 biji
1 botol air aiskrim soda



CARA-CARA

campurkan kesemua bahan  kedalam jug atau kelalang anda

campurkan air aiskrim soda kedlaamnya

tambahkan air batu secukup rasa

untuk lemon, sy perah untuk mengelakkan pahit bila direndan terlalu lama di dalam air

siap dihidangkan dan minum