Sunday 23 March 2014

CARA-CARA MEMBUAT BUNGA UKIRAN DI ATAS CHEESE TART

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya. Sudah lama tidak nukilkan apa-apa di blog yang setia menunggu sang tuan mencoret kata.

Saya diminta sahabat saya untuk menunjukkan bagaimana melakar bunga di atas cheese tart. Previously saya telah siapkan bagaimana ingin membuat pastri dan cheese. So untuk melakar bunga mudah sahaja. Setelah dipaipkan cheese ke dalam shell yang telah diisi filling, barulah lakarkan bunga.

mula-mula sekali, ambil lebihan cheese dalam satu sudu besar dan letakkan di atas bekas leper.kemudian pilih warna yang bersesuaian dengan citarasa anda.

Picitkan warna diatas ke dalam cheese tart tadi dan gaul sebati

dengan menggunakan lidi, hujungnya celupkan kedalam pewarna tadi.

kemudian titipkan dalam 4-5 titik di atas cheese tart.

kemudian dari atas, tarik turun ke bawah dengan lembut di atas pemukaan sahaja.


Di harap dapat membantu kalian. Saya gunakan warna biru untuk blueberry dan red untuk strawberry. Moga bermanfaat. InshaAllah












Wednesday 19 March 2014

VACATION DAY 2: KUALA PERLIS--->LANGKAWI--->WANG KELIAN

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat lagi berkongsi pengalaman dan 1001 rencah dalam kegiduapan. Kali ni nak sambung cerita tentang Vacation ke utara tempohari. Dek kerana kekangan Masa yang yang menjengah, membuatkan sedikit terlewat menyambung pengalaman.

Hari kedua kami terus plan ke Langkawi dengan menaiki Feri. Ni lah first time saya naik Feri ke langkawi. Selalunya naik flight aje terus sampai di airport. Dari Hotel Brasmana tempat kami menginap lebih kurang jaraknya 200-300m sahaja untuk ke jeti. So memandangkan amat dekat jaraknya kami hanya berjalan kaki sahaja ke jeti untuk membeli tiket.

Alhamdulillah tiket kami ada pukul 12.00tghari. Rupanya dikhabarkan kepada saya beberapa orang yang duduk berhampiran kami, mereka dah sampai awal, tapi tiket untuk ke Langkawi awal pagi pukul 8-10am dah sold out. So diorang memang tunggu dari pagi untuk naik Feri yang sama dengan kami iaitu pukul 12pm.Alhamdulillah Allah permudahkan hari ni untuk kami sekeluarga.

Keadaan di dalam ruang menunggu agak padat dengan orang yang bermacam ragam. nasib baik ruang menunggu tu ada aircond, jadi semua orang pun berada dalam keadaan terkawal disebabkan sejuk. hehehe.

Mengikut pengalaman saya yang first time naik Feri ni, Feri akan tiba 30 minit sebelum waktu Feri di tiket kita. Kiranya Feri saya tiba pukul 11.30am la.Waktu begini sangat pack. Jadi jangan biarkan anak anda yang kecil berjalan sendiri. Dukungla, takut-takut terpijak or terlanggar. Dengar dulu announcement dari pihak management kita di pintu berapa. Kerana selalunya akan ada dua Feri serentak yang akan datang. Kalau salah pintu, jenuhla nak berpatah balik dengan orang yang berasak-asak. Pada saya keadaan di sini tidak teratur. Sepatutnya Management membuat announcement lebih awal lagi sebelum semua orang berasak-asak mahu menaiki Feri. Lagi satu Jika sesiapa yang mahu balik hari, sampai disana terus beli tiket pulang. Kalau tidak, tunggu je la esok hari pula. hehehehe.

Ok, dah masuk Feri, kami pun duduk dengan selesanya. Di tiket ada seat No. So, kenala tengok seat number tu. Alahmadulillah kami dapat seat  di tepi tingkap dapatlah menikmati Tasik Dayang Bunting dan pulau-pulau lain(padahal dah tengok).

Sesampainya di sana terus kami beli tiket balik ke Kuala Perlis dan juga terus cari kereta sewa. Memandangkan peek Hour, kereta agak mahal walaupun hanya sewa separuh hari dan ianya VIVA!!

Memandangkan Langkawi ni kami dah pergi buat kali ke-4, Jadi kami pun hanya pergi ke kedai yang kami betul-betul nak cari barang aje. Ismail Group, untuk beli coklat, Idaman Suri untuk beli beg raga. Dan last skali kedai Perfume, cinta hati saya.

Selepas itu terus berangkat pulang

--------------------------to be continued---------------------------










Thursday 13 March 2014

FLORA CAFE---AMP WALK

Assalamualaikum semua. AlhamdulillahSyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menghirup udara segar kurniaanya..tanggal 8 March tempohari genaplah usia saya 26 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesempatan beribadah menggenggam saham akhirat. Kadang-kadang kita lupa nikmat dikurniakan umur yang panjang beserta kesihatan yang masih baik. Walaupun banyak ujian dan dugaan yang Allah berikan, namun jangan lah bberputus asa kepadanya.Kerana Allah Maha Mengetahui. Tiada keraguan lagi.

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.“(QS. 2:152)

Kakak dan abg ipar kesayangan, rupanya sudah planning untuk menyambut hari kelahiran anugerah Allah ini bersama-sama dengan anak saudara saya. Tempat yang saya sendiri tak pernah lihat dan tahu. Namun bila jejak je kaki disana. MashaAllah....cantiknya...Patutlah kedai ini namanya FLORA CAFE. Hati pun berbunga-bunga tengok.Macam masuk satu tempat asing.

Mengikut kata kakak saya, perlu book dulu, baru dia hias meja kita dengan special table cloth yang glitter-glitter gitu.hehehehe..

So makanan boleh dikatakan variasi, sedap dan puas hati. Tak rugi kalau makan di sini. Range harga makanan dalam RM12-RM25. Dessert dalam range RM5-10. Minuman pula dalam range RM5-10. Pada saya ok la sekali-sekala menyambut hari gembira bersama keluarga tercinta kan.

Bolehla tengok gambar-gambar yang saya attachkan.

Ini adalah sotong kangkung. Rasanya sangat sedap dan banyak sotong di dalam. Selalunya sotong tak sebanyak ini kalau di tempat lain
Ini pula set ayam masak merah.

Ini Pula adalah mee udang, Chocolate ice
Mee Bandung(rencahnya hanya daging dan telur tidak boleh ditukar dengan rencah lain ye. yang darah tinggi tidak digalakkan makan.heheeh..tapi marvellous sangat
Ni dessert yang paling marvelouss...Pisang Sira with Ice Cream

 
Have a look sweet moment photo. TQ so much to My Love Mama, My Lovely Sister and My handsome Abg Ipar.

Baiti Jannati Dunya wa Akhirah Akhirah. Semoga Allah mengurniakan Rezeki, Kasih Sayang, Kesihatan serta RahmatNya Buat kalian. Amin Ya Robb


















Tuesday 11 March 2014

ROSES CUPCAKES

Alhamdulillah...11th of March genaplah 4th year my one only (setakat ni) anak saudara lelaki saya. ACU lOVE U SO MUCH. 8 March 14 cukuplah usia saya menginjak ke 26 tahun. Bersyukur kepada Allah kerana masih memberi saya ruang dan waktu untuk beramal dan beribadat untuk mengumpul saham akhirat pada masa yang telah ditetapkan.

Kebetulan birthday Farish(anak saudara saya) jatuh pada hari selasa. Jadi mamanya plan mengadakan sedikit jamuan di sekolah Farish. GENIUS AULAD. So kakak saya meminta untuk sayamenyediakan 20cupcakes untuk diberi kepada kawan-kawan sekolah FARISH.

Memandangkan saya kesuntukan masa untuk menyiapkan kek Farish dek kesibukan kerja dan tempahan dari orang lain dan juga kakak saya memberitahu agak last minute, jadi saya plan untuk membuat cupcake vanilla, with chocolate mousse filling inside.(idea serkap jarang)

So saya ingat nak letakkan printed figurine from any cartoon theme. Tapi di Bidor memang tiada barang seumpama itu.huhuhu.

Plan B is just toping dengan buttercream.so i make a rose on top of the cupcake. Alhamdulillah success!! Sebabnya before this mesti cacat roses saya. Tapi kali ni menjadi. Rezeki Farishla tu.. so have a look some picture of my roses cupcakes mix colour(baby blue, orange and pink)

Monday 10 March 2014

CHOCOLATE INDULGANCE FOR BIRTHDAY


Assalamualaikum w.b.t. Apa khabar sahabat di luar sana. Moga-moga Allah memberi kesihatan, kelapangan dan nikmat yang terbaik buat kalian menjadi ummat yang hebat. Alhamdulillah baru-baru ini saya di minta untuk menyiapkan kek chocolate indulgance bagi sebuah majlis hari jadi keluarga yang disambut beramai-ramai. Tempahan dari officemate saya.
Setelah siap meletakkan cocholate ganache yang menggunakan seni terbaru hasil dari ilmu kak ita masam manis, saya sangat teruja. Sebabnya, tak da lagi chocolate yang bersepah-sepah atas meja. Semuanya bersih. Selama ini saya menuangkan ke atas kek. memang completely bersepah dengan coklat yang berciciran ke atas meja. now. Alahamdulillah. so have a look some picture yang saya ada attached.
Bakul yag menghiasi kek saya pun di inspired by kak ita. Saya teringin sangat nak try buat bakul tu. so bila dah ada orang order teruslah buat. By the way, not perfect as her hasil tangan. But still get experienced how to do that. Alhamdulillah~

Untuk resepi, boleh dapatkan di entry yang lepas yer..bunga purple tu adalah bunga fondant.