Monday 29 May 2017

TempAHAN Lepas

ELMO CREAM CHEESE PAINTING

Buat adila bodaruddin...orangnya asek nk kek...peminat tegar elmo...jafinya..ape lagi..khas customate utk dia....happy always ya..

Kek tengah2 oreo biscuit
Choc cake
1.3kg
6 inch cake
Fresh cream coating

Thursday 18 May 2017

Tempahan kek mini

Alhamdulillah..kek bajet mini laku keras..
Trima kasih semua....

DRIP CHOC CAKE

Alhamdulillah...selesai satu delivery buat adinda tercinta....cewahhhh

Kat slim river tu...hehehe..surprise dr mak mertua n kakak ipar...bsiknya..in law dia..alhamdulillah...

Choc hias dengan bueno, kitkat, herseys
Layer with cream cheese and choclate
Weight 1.5kg+-
6 inch cake 4 layer

UNTUKMU IBU

Tempahan lalu

Brownies Kedut malatoppss

Assalamualaikum semua...
Hari ni..nak share semua resepi yang dah digunakan.untuk menjual dengan jayanya..Alhamdulillah...rezeki Allah bg...doa dan diiringi usaha insyaAllah...


Orang dah lama buat..synbaru nak buat..hehehe...sebenarnya dulu pernah cuba...nak buat..tapi tiada kesempatan...sekarang....inilah yang asek dibakar...permintaan tinggi..alhamdulillah....

Ok.jom.intai resepi...

Resepi Asal:AydaZara AMKYP
Olahan whisknwhipbyne



BAHAN A
150g teoung gandum
35g serbuk koko
½ tsp baking powder
½ tsp soda

BAHAN B
3 biji telur gred B
200g brown sugar
1tsp butter vanilla

BAHAN C
150g butter/margarine ~ sy campur 100g daisy 50g butter
250g chocolate dark ~ sy guna beryl’s

CARA-CARA
Panaskan oven, Ayak Bahan A
Dengan kaedah double boil, double boiled untuk bahan C

Sementara itu pukul dengan hand whisk bahan B cukup sekadar dia sebati

Masukkan Bahan C yang di double boiled kedalam bahan B panas2 tu

Masukkan bahan A sedikit demi sedikit dengan kaedah kaup balik.

Alaskan Loyang 9inch, nak tebal guna 8 inch atau 7 inch

Tuangkan adunan ke dalam bekas
Bakar  dengan suhu 170c dalam masa 30 minit

Dah siap, biar dalam oven 10 minit.
Rasa dia crunchy sangat di atas. Dan lembut di bawah.



Nutella Ponds

Assalamualaikum...dah berhabuk dah...lama sgt x share resepi kan....

NUTELLA POND

Sedappppp sangat...

resepi asal:azlina ina
Olahan:whisknwhipbyne

Bahan A
1/2 cawan butter
3 sb gula halus~sy tmbh jd 4 sudu
1 biji kuning telur~sy guna gred B

Bahan B
1 1/2 cwn tepung gandum
1 sb tepung beras
3 sb susu tepung
1/2 sk soda
1/2 sk baking powder

Bahan C- optional
1 sb Badam hancur -ikut suka kalau nak banyak tambah lagi

Bahan D -utk hiasan
Nutella
Almond flakes
Almond slice
Sunflower seeds


Cara-Cara

1. Bahan B ayakkan.

2.Gaul bahan A kecuali telur kuning. Dah rata masukkan  kuning telur dan gaul sebati

3.Masukkan bahan B sikit demi sikit sehingga boleh dibentuk.

4.Dah sebati  kemudian bulat2 kan. Kemudian lubangkan dengan sudu metrik jadikam kolam..hehehe


Sy tambah sikit choc rice separuh dalam adunan dan bulat2kan dan jadikan pond

5. Bakar suhu 150c oven 100L selama 30 minit. Sy mula2 buat 130c 20 minit pertama dan tambah jd 150c utk 20 mint akhir.. atau judgement yg tepat sampai perang gittew....takut luar tergaring dalam tak masak.

6. Dah siap masak pipekan nutella kemudian.hiaskan bahan D


Boleh jual satu box rm8 ikut cikgu ina...sy memang juak gittew





Cake Cream Cheese Painting

Alhamdulillah..done...cream cheese painting class drp lola bites  pjj online class
Reasonable price and practical..
Anyone want the receipe and technic..
Et join this pjj cream cheese painting class

Friday 5 May 2017

ANNIVERSARY DAN DIDI

2 in 1
Didi & friends plus mommy daddy anniversary...

Wahhh...do sweeeett...
I put selamat pengantin baru.. sbb bila sambut anniversary...sama macam mula2 kawin kan..flashback a few years ago on their  solemnization..

Congratulation kak jamilah...may Allah shower both of u with mawaddah wa rahmah..

Opsssss didi figurine buat sendiri....hehehhe

2.5kg choc vanilla cake
Didi n friens
Roses

TUTORIAL BERGAMBAR BUNGA POENY BUTTERCREA

TUTORIAL BERGAMBAR BUNGA POENY

Assalamualaikum semua...maaf atas kelewatan...terima kasih setia me6nunggu...

Nak tengok video...click di link ni ya...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1287398598033856&id=632707716836284



BUNGA POENY BUTTERCREAM
BARANG/TOOLS YANG DIPERLUKAN

1. Kon 5 pcs (nak besar buat lebih)
2. Nozzle 104
3. Gunting
4. Inti bunga (ini boleh beli di kedai bunga)
5. Piping beg & coupler

Cara-cara;
A. Penyediaan kon;
~Potong  kon kepada 4 bhgn – menjadi segitiga.
~Kemaskan bucu segitiga tadi dengan memotong menjadi bulat.

B. Adunan buttercream yang dah dibancuh (lihat resepi di previous post ya) diwarnakan ~Gunakan coupler masukkan ke dalam piping bag, potong hujungnya.
~Masukkan adunan buttercream yang telah diwarnakan ke dalam piping bag.
~Pasang nozzle  104 di coupler tadi

C. Membuat kelopak bunga
~engan meletakkan bahagian besar dibawah, kecil di atas.
~Pipekan disekeliling segitiga tadi dengan melenggokkan sedikit.
~Pastikan ada sedikit lebihan di hujung untuk di pegang.

D. Cara Menyusun bunga
~ Susun setiap kelopak di atas kek dengan menyucuk sahaja ke atas kek
~Susun berbentuk bulatan
~Dan kembangkan
~Akhir sekali, inti bunga lipat dua, gumpalkan dan benamkan ditengah bulatan bunga

Boleh disimpan di chiller dan di cuaca panas, buttercream bukan jenis yang mudah cair
Selamat mencuba


TEMPAHAN PULUT KUNING BERHIAD REDAG AYAM