Sunday 15 March 2015

KINTA RIVER FRONT IPOH

Assalamualaikum...sepertang bersama mama kakak and anak buah tersayang di Kinta River Front.Alhamdulillah masih Allah beri kesempatan ini untuk bersama-sama family tercinta. So apa yang menarik ya.

masa sampai sana, baru lepas hujan, jadinya orang disana tak beri naik basikal ala-ala korea tu lagi. katanya bimbang nanti terus masuk dalam sungai kinta tu. sebab break tak makan. So memandangkan dah nak maghrib, kami terus ke Kinta Riverfront Hotel di tingkat 8.Lepas solat, kami terus ke tempat yang saya katakan tadi.

kami menikmati dahulu 21grilled burger. memandangkan semuanya tak kuat makan, jadi ambil burger standard aje.Teringin juga burger giant tu. Tapi bila tengok besar sangat terus tak jadi nak beli.

mama tersayang
kakak dan anak buah tersayang
burger yang.....hehehee
nampak macam dah agak kering, terus kami sewa basikal. Saya dan mama ambil basikal yang double. Along pulak single + sit untuk anak dia kat depan. Deposit RM10. 30 minit. ha macam kejap je kan? tapi sebenarnya, 15 minit pun dah semput. Nilah akibat jarang nak bersenam.hahaha.

lepas tu, kami mengunjungi muzium Timah yang ada berdekatan. tengok-tengok dari luar aja. Mujurlah masa kami start aktiviti berbasikal tu masih kurang orang, kalau tak, mesti berlangar sana sini.

Usai semua, balik rumah Alhamdulillah selamat sampai. Begitulah masa dihabiskan hari ini?









Saturday 7 March 2015

I AM 27

Alhamdulillah syukur kepada Allah, hari ini merupakan hari kelahiran yang ke-27. 8thMarch, adalah tarikh yang sangat bermakna dalam hidup saya. Sebab, setiap 8th march itu sentiasa ada kejutan untuk saya. Kejutan yang menyedihkan ataupun kejutan yang sangat menggembirakan. Apapun, Saya bersyukur kerana Allah masih memberikan saya nafas, ruang dan peluang untuk saya beribadah, beramal dan bbertaubat sentiasa sebelum samapai ajal saya.

Mungkin tidak ramai yang menghargai hari penting ini, tapi tidak pada saya. tarikh ini adalah tarikh keramat, dimana saya telah dilahirkan oleh insan yang sangat saya kasihi. Mama saya. Mama saya telah membawa saya kesana sini dengan saya didalam rahimnya selama 9 bulan. Kenapa mesti saya lupa untuk sujud syukur tiap kali saya dilahirkan sempurna sebegini? sebab itu, setiap genapnya umur saya di tarikh kelahiran saya. Maha suci Allah telah memberikan segala kekuatan untuk saya bernafas sehingga ke hari ini.

jadi, apakah kita berasa rugi untuk beribbadah kepada Allah? sedangakan nafas yang kita hembus ini percuma diberi oleh Allah.Apakah susah untuk kita berbakti kepada Mak kita? sedangkan dia yang melahirkan, membesarkan, dan meyusukan kita? adakah susah untuk itu? Demi Allah, selagi saya punya kudrat saya akan cuba membahagiakan hati ibu saya agar dia merasa gembira dan terasa terbayar atas segala penat lelah dia menjaga saya sehingga dewasa.

Apapun, pemikiran kita berbeza...saya bersyukur saya disini, masih diberi kesempatan untuk menimba ilmu dan juga berbakti kepada orang disekeliling saya. Kepada yang sudi baca setiap entry saya, terima kasih diucapakan. Moga Allah sentiasa merahmati kalian.

RNZRAS
8-3-88

Tuesday 3 March 2015

PADANG-BUKIT TINGGI-INDONESIA DAY 3 & 4


 Assalamualaikum semua...tertangguh untuk update bercuti ke bukit tinggi indonesia untuk hari ke tiga dan ke 4 dek kekangan masa yang menyilimuti saya sejak akhir akhir ini. Apapapun syukur pada Allah kerana telah mengurniakan saya kesihatan yang baik uuntuk saya meneruskan kehidupan yang penuh dengan nikmat dan ujian ini.

Hari ketiga, Kami meminta Putra membawa kami ke pasar Aur Kuning. pasar Aur kuning ni, harganya Murah berbanding dengan dengan tempat2 membeli telekung, baju, kain pasang yang saya sebutkan di entri lepas. kakak saya lah orang paling excited sekali memandangkan dia jumpa baju perkahwinan untuk  butiknya dengan harga yang sangat murah. Dia Borong sakan disana. Di apasar aur kuning ni, kebanyakan yang datang dengan bas, tourist guide takkan ke sana kerana masalah parking dan tempatnya agak kotor. Jujur saya katakan, taklah kotor mana, cuma tempatnya agak sempit. Tapi barang2nya murah dan variati.Cumanya dari segi kualiti kainnya agak keras skit berbanding kedai-kedai yang kami singgah sebelum ini.
kakak sy yang giler tengok baju pengantin..hehehe

Selepas puas bershopping, Putra membawa kami ke Danau Maninjau. Untuk sampai ke Danau maninjau ini, kami akan lalui sungai lendir,sungai lendir ini adalah tempat untuk menikmati panorama yang sangat nyaman dan cantik. Luas mata memandang, sambil minum minuman panas.Wahhhh...sedapnya...
panorama sg lendir otw ke danau maninjau

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Danau manijau dengan melalui kelok 44 dan juga Embun pagi. Embun pagi ini sebuah kampung/daerah yang sangat terkenal dengan labu sebagai buah tangan.labu ini dengan pelbagai cara. Aiskrim, kerepek, jeruk, cendol. Disebabkan saya tidak berapa berminat dengan cendol, jadi hanya menikmati cendol labu sahaja.

Seterusnya kami meneruskan untuk melihat panorama tasik maninjau. Putra beritahu.Putra memberhentikan kami di kelok 44, depan skit daripada itu, tak silap kelok 33. Dari sini pun pandangannyaSubhanallah. Agungnya Allah ciptakan lukisan alam ini. Dari jauh, terserlah kecantikan alam ini.saya sempat merakamkan view yang cantik ini. Disebabkan jalan nya berkelok-kelok, kami memutuskan untuk tidak turun terus ke danau maninjau. lagipun airnya tidak berapa cantik seperti danau singakarak. Danau maninjau ini, keluasannya kecil dan kurang dalam berbanding danau singkarak. Kira-kira 16km luas, dalamnya 165m.

Danau maninjau ini ada kisah dongengnya tentang rasti dan pemuda cintaannya yang telah difitnah oleh 9 orang abag lelaki tersebut. Dalam kisahnya, perempuannya bersumpah jika dia tak buat perkara tersebut, akan meletuslah gunung berapi ini.Akhirnya terbukti bahawa dia tak bersalah dan gunung berapi pun meletus. Sehingga kini telah menjadi Danau iaitu danau maninjau.

setelah penat kesana, kami meneruskan perjalanan ke lubang japang. memandangkan dah gelap, kami hanya lalu sahaja dan tidak singgah ke sana. Kemudian kami berjalan sekitar jam gadang, mercu tanda bukit tinggi Ramayana Mall. disekitar jam gadang juga turut orang menjual T-shirt sekitar Rm 10 satu dan kainnya juga turut cantik dan sedap. 

kemudian Putra membawa kami ke Ummi Aufa sanjai. Disini kerepeknya terbaik  berbanding dengan kedai yang lain. saya dan kakak turut memborong kerepek pisang chocolate dan juga kerepek pedas.memang terbaik


selepas itu kami terus mengambil dinner kami di restaurant baru agak murah harganya berbanding yang sebelum ini.

Usai solat, kami megngambil baju yang siap ditempah di yennie bordir dan cahaya bordir. sebelum terlupa, cahaya bordir meruopakan kedai menjual kain pasang seperti yennie bordir, tapi agak murah harganya.jahitan kedua-duanya kemas sekali.

keesokan hari nya kami bersiap untuk ke minangkabau airport. sebelum itu putra membawa kami berjalan sekitar Kota padang. Kami dibawa melalui Jambatan siti Nurbaya yang sejarahnya Siti nurbaya ini terjun ke laut kerana ditentang oleh keluarga nya kerana bercinta dengan seorang alim yang bernama syamsul(kalau tak silap)

kemudian kami menikmati air kelapa di tepi laut sambil menikmati pemandangan di sana.Kemudian terus ke airport.alhamdulillah selesai semuanya.