Friday 29 November 2013

CHOCLATE INDULGANCE IN THE HOUSE SO YUMMY!!

Assalamualaikum....

syukur kepada Allah masih boleh bernafas dan berkongsi masakan dan resepi yang menjadi pendapatan sampingan saya di kala ini. Alhamdulillah...rezeki Mu yang tidak terhingga... Cuma perlu berusaha, nesccaya Allah berikan walaupun sesuap nasi untuk mengalas perut yang kosong. Apapun saya ingin berkongsi pengalaman dan resepi yang saya gunakan buat kek choclate indulgance saya ini...JOM CHECK IT OUT...

BAHAN-BAHAN CAKE


 Bahan A
30g cocoa powder - larutkan dgn 120ml air suam
4 biji kuning telur - asingkan putih & kuning
100g gula kastor
130g tepung naik sendiri
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
60ml minyak jagung @ butter- cairkan
1 tsp esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 tsp cream of tartar

CARA-CARA
Panaskan oven terlebih dahulu 180 degree

untuk bahan A; satukan semua bahan sehingga kembang menggunakan high speed
untuk bahan B; pukul semua bahan sehingga kental menggunakan high speed juga

satukan bahan A dan bahan B menggunakan kaedah kaup balik
Bakar sehingga masak (anggaran dalam 35 minit)

BAHAN-BAHAN CHOCLATE MOUSSE

1 1/2 sudu besar gelatin
50ml air
250ml whipping cream - Non-Diary
250g dark chocolate
1 sudu butter
2bji telur (asingkan putih dan kuning)
50g gula castor

CARA-CARA
Rendam gelatin di dalam 50ml air
kemudian panaskan dengan double boiler
kemudian angkat gelatin yang sudah cair ke dalam bekas lain

Kemudian, masukkan 250g dark chocolate dan cairkan secara double boiler

di dalam mangkuk lain, pukul putih telur dan gula sehingga kembang
dan di dalam mangkuk lain juga pukul whipping cream non diary sehingga kembang atau bertanduk(kalau kita terbalik bekas, dia tak jatuh)

setelah coklat telah cair keseluruhan, masukkan 1 sudu butter, gelatin yang telah dicairkan dan juga kuning telur, kacau sehingga sebati.

Angkat periuk tadi, masukkan putih telur yang dipukul kembang dan masukkan juga whipping cream tadi dan gunakan kaedah kaup balik sehingga rata.
BAHAN-BAHAN WHITE MOUSSE

2 sudu gelatin
50ml air
250ml whipping cream-Non-Diary
250g white choclate
2 biji telur (asingkan putih dan kuning)
40g gula castor( nak letak 50 pun boleh, saya kurangkan sebab white choclate sudah manis sgt)

CARA-CARA
Rendamkan gelatin di dalam air sehingga kembang.
Panaskan Gelatin yang direndam tadi secara double boiler

Di dalam mangkuk lain, Pukul putih telur dan gula sehingga kembang
pukul kuning telur sedikit.

Cairkan white coklat secara double boil

di dalam mangkuk lain, sama juga kaedah dengan membuat chocolate mousse
pukul putih telur dan gula sehingga kembang

di dalam mangkuk lain pukul whipping cream sehingga kembang/bertanduk

Setelah chocolate cair, masukkan kuning telur dan gelatin, serta susu

kemudian angkat dan masukkan putih telur yang dipukul bersama dengan whipping cream menggunakan kaedah kaup balik.

jika masih cair untuk di letakkan kepada kek, simpan semalam sebelum digunakan

BAHAN-BAHAN CHOCLATE GARNACHE

150g Dark choclate
150ml Whipping Cream - Diary
1 sudu butter

CARA-CARA

Panaskan Whipping cream secara double boiler sampai berbuih sedikit
Masukkan Dark Choclate bersama 1 sudu butter
Setelah mencair semua, Baru siap di tuangkan ke atas kek


CARA-CARA MELAPISKAN CAKE,

 Potong kek chiffon tadi kepada 4 layer
kemudian alaskan ke yang telah di potong sebentar tadi dengan pengalas
saya gunakan ring untuk melapiskan kek contoh sepeti dibawah, boleh laras mengikut saiz kek (harga lebih kurang dalam RM 12.50 di bakewell supplies gombak

 kemudian, lapisan pertama letakkan white mousse tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis
letakkan selapis lagi kek dan kemudian sapukan pula choclate mousse
lapisan ketiga selangkan kembali white mousse
lapisan terakhir kek lapisan yang keempat seperti gambar di bawah





simpankan kek semalaman di dalam peti sejuk dan kemudian baru sapukan tipis lebihan chocolate mousse disekeliling kek sehingga rata.

kemudian barulah acara penuangan chocolate ganache ke atas kek yang telah disapu tipis dengan chocolate mousse itu tadi.

cara penuangan chocolate garnache, tuangkan di bahagian tengah terlebih dahulu dan hentak-hentakkan supaya chocolate rata di setiap bahagian kek. memang sesuatu yang agak sukar untuk menuangakn ganache ini, pastikan ada alas dibawah redai supaya tidak mengotorkan meja anda. pastikan chocolate ganache itu masih cair ketika dituangkan, jika tidak akan menjadi berketul-ketul

Layer dibahagian dalam kek untuk panduan

kek yang telah disiapkan. Maklumlah amateur lagi, deco tak berapa kemas 

SELAMAT MENCUBA KEKAWAN, jika ingin lebih terperinci bolehlan ke blog yang telah saya linkkan di bawah yer, tetapi ada saya ubah sedikit seperti kuantiti gula. Saya kurang sikit manis



Monday 11 November 2013

NASI GORENG KAMPUNG AWESOME

assalamualaikum

Hari ini teringat nak letakkan resepi nasi goreng kampung. Memang kebanyakan orang tahu macamana nak buat nasi goreng kampung, tapi saya nak berkongsi resepi Mama saya yang tersayang ni. Gambar tak de lagi nak attach..later i will upload untuk tatapan.. Teringat saya akan seseorang yang sangat gemarkan nasi goreng, tapi tak jadi bila dia buat, dia kata tak sama dengan apa yang saya masak...air tangan berbeza-beza..


BAHAN-BAHAN (untuk 5-10 orang makan)
Bawang merah 1 1/2 labu
Bawang putih 3 ulas
Cili padi setengah genggam (ikut citarasa nak atau tak nak pedas la)
Ikan bilis satu gengam disiang
Belacan satu genggam
Minyak Setengah cawan
Rencah ayam/sotong/udang (ikut citarasa masing-masing saya selalu guna sotong

CARA-CARA
Tumbuk atau Blender bawang merah, Putih, Cili padi , Belacan dan juga ikan bilis
Panaskan minyak masak di dalam kuali
Panaskan minyak di dalam kuali
dah agak berasap-asap, masukkan bahan yang diblenderkan tadi
masukkan garam setengah sudu besar
agak garing sedikit, masukkan nasi putih
gaul sampai rata dan api jangan terlalu kuat
setelah rata kesemuanya siap Hidang!!!
Selamat Mencuba

p/s: Garam mengikut citarasa, agak-agak belacan dan ikan bilis dah masin, kurangkan garam
     : Makan bersama telur dadar lagi enak dan menyelerakan

Sunday 10 November 2013

RESEPI CUPCAKE VANILLA SEDAP

BIMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

BAHAN-BAHAN

A ) 3 BIJI TELUR GRED B
      GULA CASTOR 300gram (ikut kesusaian jika tidak mahu manis kurangkan)
      ESSENCE VANILLA SATU SUDU KECIL

B)TEPUNG GANDUM 400gram
    SERBUK PENAIK 1 SUDU KECIL
    SERBUK SODA 1 SUDU KECIL

C) 250 ML MINYAK JAGUNG
     250 SUSU UHT


CARA-CARA

Pukul bahan A hingga kembang
Masukkan Bahan C dan pukul lagi
kemudian campurkan Bahan B. Jangan pukul terlalu lama takot nanti berlubang--lubang cake
masukkan bahan yang telah dipukul semua ke dalam cupcake 3/4
gunakan suhu 160 selama lebih kurang 35 minit.
cucuk dengan lidi. jika tiada yang melekat maksudnya sudah betul-betul masak.


BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING

500gram CREAMWELL
250gram ICING SUGAR
20gram GOLDEN SYRUP

CARA-CARA;

Campurkan kesemua bahan dan pukul sampai kembang
masukkan pewarna mengikut citarasa anda
dan sedia untuk deco mendeco..... selamat mencuba..

p/s: jika mahu cream toping nampak tinggi...ratakan cream diatas cupcake tadi jadikan base dia..baru buat cream topping macam menara tu..hehehe..then boleh tabur manik2 ikut citarasa dan kesusaian...
SAYA SERTAKAN BEBERAPA KEPING GAMBAR BUAT TATAPAN SEMUA
INI ADALAH TEMPAHAN CAKE DARIPADA OFFICEMATE :)






CUPCAKE CHOCLATE MOIST

BIMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

BAHAN-BAHAN

A ) 3 BIJI TELUR GRED B
      GULA CASTOR 300gram (ikut kesusaian jika tidak mahu manis kurangkan)
  
B)TEPUNG GANDUM 300gram
    SERBUK COCO 70 gram
    SERBUK PENAIK 1 SUDU KECIL
    SERBUK SODA 1 SUDU KECIL

C) 250 ML MINYAK JAGUNG
     250 SUSU UHT


CARA-CARA

Pukul bahan A hingga kembang

Masukkan Bahan C dan pukul lagi

kemudian campurkan Bahan B. Jangan pukul terlalu lama takot nanti berlubang--lubang cake

masukkan bahan yang telah dipukul semua ke dalam cupcake 3/4

gunakan suhu 160 selama lebih kurang 35 minit.

cucuk dengan lidi. jika tiada yang melekat maksudnya sudah betul-betul masak.


BAHAN-BAHAN UNTUK TOPING

500gram CREAMWELL
250gram ICING SUGAR
20gram GOLDEN SYRUP

CARA-CARA;

Campurkan kesemua bahan dan pukul sampai kembang

masukkan pewarna mengikut citarasa anda
dan sedia untuk deco mendeco..... selamat mencuba..


SAYA SERTAKAN BEBERAPA KEPING GAMBAR BUAT TATAPAN SEMUA
INI ADALAH TEMPAHAN CAKE DARIPADA OFFICEMATE :)



Monday 4 November 2013

RESEPI PIE AYAM LAZZATNYA... :)



ASSALAMUALAIKUM...

kali ini jom cuba PIE AYAM. Mudah dan sangat lazat dimakan sambil bersantai bersama keluarga.

(5 BIJI PIE BESAR & 6 BIJI PIE KECIL)
DOH PIE :
1.      150gram butter
2.      270gram tepung gandum(ayak)
3.      1 biji kuning telur (dipukul)
4.      secubit garam halus
5.      1 sudu teh gula halus

CARA-CARA MEMBUAT DOH

Keluarkan buttercup sejam sebelum process pengulian untuk memdudahkan pengulian.
Pukul kuning telur terlibih dahulu kemudian masukkan tepung, gula dan garam digaul rata.
Kemudian masukkan seterusnya buttercup yang telah sedikit cair/lembut. Uli doh sampai rata. Sekiranya doh masih melekat bermakna kurang tepung. Tetapi jangan ditambah butter lagi. Ia boleh menyebabkan doh  terlalu rapuh.

INTI PIE:
BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
1.      Setengah labu bawang merah dipotong dadu
2.      Dua hiris halia dicincang halus
3.      Setengah batang cili merah dicincang halus/dadu
4.      2 ketul ayam di potong dadu/dicincang (saya tidak menggunakan ayam kisar kerana ayam kisar selalunya tidak berapa bagus kerana ada campuran dan dikisar seluruhan termasuk organ dalaman)
5.      2 biji kentang dipotong dadu
CARA-CARA MENUMIS INTI PIE
 Panaskan minyak lebih kurang 3 susu besar
Masukkan bawang separuh labu yang telah dicincang dadu
Masukkan halia dua potong yang telah dipotong dadu (ikut citarasa jika tidak mahu boleh tidak masukkan)
Masukkan Cili merah yang telah dihiris dadu setengah batang
Setelah garing masukkan ayam yang telah dicincang halus /dadu
Masukkan secawan setengah air
Kemudian baru masukkan kentang 2 biji yang telah dipotong dadu
Tutup dengan tudung periuk agar cepat kentang melembut.
Setelah kentang melembut, sejukkan inti pie tersebut.

 CARA-CARA MEMASAK PIE AYAM
Doh yang telah diuli, diambil sedikit dan dimasukkan kedalam acuan, dan dikemek-kemekan mengikut acuan yang anda guna. Lebihan doh dibahagian tepi dibuang dan diratakan. Cucukkan
Masukkan inti pie sepenuh rata dibahagian atas.kemudian uli doh yang berlapikkan dua plastic menjadi ½ inch tebal. Telangkupkan doh yang diuli tadi ke atas acuan yang telah diisi dengan inti.
Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh. Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.

SELAMAT MENCUBA!!!
pie yang telah siap dimasak