Wednesday 25 November 2015

SARANG BURUNG TELUR EMAS!!

Assalamualaikum semua.Alhamdulillah..sempat lagi hari ni nak update cake yang telah dibuat untuk hantaran. Alhamdulillah sahabat saya telah membuat tempahan kek bertemakan sarang burung. 


Cake yang diminta chocolate moist cake dan disaluti dengan chocolate ganache. kemudian disaluti dengan buttercream yang menyerupai sarang burung

cake yang diminta oleh officemate saya ni sebenarnya berbentuk bulat rata shj seperti gambar yg diminta. Tetapi memandangkan sy sempat mengkreativekan sikit diri, jadinya saya pun membuat perubahan sedikit.

so inilah hasilnya. selamat menjamu mata semua.



Tuesday 24 November 2015

CAKE PERTUNANGAN/HANTARAN/PERKAHWINAN FONDANT

Assalamualaikum semua..di harapkan semuanya sihat sejahtera. Alhamdulillah dapat juga menulisuntuk bulan ini. Kekangan masa yang sya alami membuatkan sy sgt terhad untuk menulis di lembaran blog sendiri.

Kali ini saya nak update saya cake yang telah saya buat menggunakan fondant yang di uli sendiri, gumpaste, royal icing, buttercream dan buttercake.

Asasnya cake yang digunakan untuk diselaputi fondant mestilah cake yang kukuh seperti buttercake dan juga chocloate moist cake. Kerana lebih solid berbanding chiffon cake ataupun sponge cake. Tapi saya pun ada juga menggunakan sponge cake. Cumanya perlu lebih teliti dan tak berlebihan dalam deco diatasnya kerana bimbang cake runtuh.

So inilah hasilnya daripada pembelajaran membuat ruffle, drypry, ( fondant) ,royal icing dan juga bunga (gumpaste)  bersama Kak norbaini.selalunya, cake yang dibuat dengan fondant memerlukan perincian yang lebih supaya cake lebih nampak elegant dan suitable dan tak cacat. Pendek kata x nampak pelikla dengan elemen warna yang dicampurkan bersama. Dan yang paling cantik sekali jika bunga yang kita hasilkan daripada gumpaste tu nampak hidup.
Selamat menjamu mata.

Thursday 22 October 2015

MOIST CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum. semoga sihat hendaknya. Semalam sempat membuat tempahan daripada kakak untuk adik iparnya. Chocolate moist cake. diam tak diam, buat juga demi memenuhi tuntutan beliau.apapun, cubalah resepi yang telah saya gunakan di bawah ya.. selamat mencuba

CHOCOLATE CAKE MOIST
Resepi Dari :http://iamaproudmama.blogspot.my/2015/04/resepi-kek-coklat-moist-bakar.html

2 cawan tepung superfine. Boleh guna tepung gandum kalau tak ada.
3/4 cawan serbuk koko
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder

Satukan semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas, diayak dan letak ke tepi.

2 cawan gula kastor
1 cawan susu cair
1 cawan butter yang dicairkan atau minyak masak
1 cawan air suam
1 sudu meja coklat emulco
3 biji telur

CARA-CARA

masukkan kesemua bahan dan pukul sebati kecuali air suam, gunakan mixer sederhana speed

masukkan bahan yang diayak balik dan gunakan kaedah kaup balik, kemudia baru gunakan mixer

setelah sebati, masukkan adunan yang telah di alas kertas minyak

bakar dengan suhu atas dan bawah dalam temperature 150c selama 1 jam atau sehingga masak

selamat mencuba




Thursday 15 October 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN FISKE STEAK

Assalamualaikum wbt. Semoga sentiasa dirahmati Allah hemdaknya. Alhamdulillah dah sebulan berpuasa dan kini tiba kita menyambut eid ul fitri dengan penuh kesederhanaan. Kenapa kesederhanaan? kerana bila berlebihan nanti akan datangnya pembaziran. Apapun marilah sama-sama kita panjatkan rasa syukur kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk kita menyambut nya. Dan jangan putus berdoa supaya kita akan dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. InshaAllah.

Sebenarnya entry kali ini adalah entry yang tertangguh. Saya Iftar tempohari. Tapi disebabkan nak juga post mana yang tertangguh tu, jadi saya menaip juga. Supaya menjadi kenangan dan pautan hati untuk saya di amsa akan datang. Sekurangnya boleh juga jadi sumber ilham ataupun orang lain untuk makan atau sebagai rujukan orang2 yang sedang mencari tempat makan yang sedap2 kan.

So iftar yang pertengahan Ramadhan hari tu saya ke Fiske Steak di Keramat AU2. Jalan nak menghala ke Keramat AU2. Itupun sebab saya teringin nak makan western. Nasiblah ada orang meneman. Memandangkan bulan Ramadhan ni memang agak penuh. Kami solat dulu dan baru kesana. barulah Lapang sedikit rasanya.

Ini kali kedua saya kesini. Kali pertama bersama kawan-kawan UIA. Ini lah kali kedua saya kesini. Apa yang saya boleh comment. makanannya Ok. Not bad. Presentation food also cantik. Dan cepat. harga pun tak terlalu mahal. Affordable untuk average people. Kenyang, sedap, menyelerakan dan puas hati. Alhamdulillah

Haritu saya makan Special grilled chicken dan lagi satu ape ye.saya pun tak ingt. Untuk air, sesiapa yang x kuat minum air macam saya, better order satu je. Sebab jumbo size. saya pun x larat habis. Saya lupa airnya size macamana kan. Untuk yang ingin berkunjung, tempat ni sesuai untuk family, kawan2 dan pasangan. Sebabnya, tak terlalu santai dan tak terlalu formal. just nice.

Cubalah jika teringin western food for dinner anda..mana tahu kena dengan selera anda... Selamat Mencuba ya

Monday 12 October 2015

THE CURVE..JALAN-JALAN CARI MAKAN




Assalamualaikum...Alhamdulillah..dapat juga menulis untuk kesekian kalinya...memandangkan entry ni dah lama jadi draft..baikla saya publishkan. sebenarnya draft entry ni patutnya keluar sebelum raya lagi. tetapi tuan punya badan asik kisahkan kerja aje. termatilah di situ segala niat menulis di blog kesayangan sendiri.

Apa pun nak share apa yang ada di curve dan ikea. Boleh dikatakan,  orang KL kalau tak g sini tak KL la kan. Tapi apa yang menariknya di Ikea adalah Meetball yang lovidelicious. Walawei..Saya mememang boleh katakan selalu termimpi dan dan telan airliur masa teringat. Tambahan dengan desert nya adalah almond cake dan juga chicken wing yang mamma mia.. Walawei..telan airliur ni..heheeh

Apa yang saya nak share, di the curve ni, memang banyak tempat sedap2. tapi untuk yang nak cuba, meetball yang sedap, datangla di sini menikmati. Walaupun ramai orang, tapi tidak mengecewakan anda. Hehehe.

Selebihnya saya berjalan2 di Ikano, dan menikmati coconut stall. Disitu menjual aiskrim berunsur kelapa dengan divariasikan pelbagai toping. Alhamdulillah orang belanja. Sakan la kan. Heheheeh..

TEMPAHAN CHOCOLATE INDULGANCE DAN CARROT CAKE


Assalamualaikum semua..dah lama tak mengambil tempahan kek dek kekangan masa. Alhamdulillah baru-baru ini menguatkan hati untuk mengambil tempahan kek 2 biji. Satu chocolate indulgance dan lagi satu carrot cake.

Memandangkan masa yang sangat singkat, memang kena pandai2 adjust masa nak buat kek tanpa mengganggu masa tidur dan masa rehat.

Alhamdulillah semuanya selesai. Resepi boleh ambil di entry sebelumnya ya..selamat mencuba

ROTI KACANG DAN BUN SOSEJ

Assalamualaikum semua..diharapkan semua sihat sentiasa. Alhmadulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menaip dan berkongsi resepi, dan makanan yang menjadi bila dah buat. Alhamdulillah.

So dah banyak kali buat roti ni. Alhamdulillah menjadi. Menjadi juga resepi ni.Hasil bancuhan mama saya dan ulian yang menaikkan musle,hehehehe.. Apa yang boleh bagitahu memang roti yang dihasilkan, lembut, gebus dan sedap.
BUN SOSEJ

ROTI KACANG MERAH
Memandangkan resepinya saya puas cari dalam word tak jumpa nanti saya akan update kemudian ya..buat masa ni, hanya gambar2 saja yang boleh saya kongsikan.Entry yang lepas juga boleh digunakan. 

have a look dan selamat mencuba!!!
DOH ROTI SEBELUM DI CORAKKAN





Thursday 3 September 2015

LEISURE TIME AT KUALA LUMPUR AQUARIA & MUSEUM KESENIAN ISLAM

Assalamualaikum semua diharapkan sihat hendaknya disamping keluarga tercinta. Alhamdulillah saya masih lagi dapat bernafas dan menghirup udara segar pemberian percuma oleh Allah yang Maha Kuasa. Apapun, setiap masa yang ada, gunakanlah sebaiknya. Baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain ataupun untuk orang tersayang. Kadang-kadang banyak sunggih hikmah dan rahsia yang Allah sembunyikan daripada kita atas ujian yang diberi supaya manusia itu sendiri lebih bersyukur dan beringat.


Memandangkan entry yang saya nak coretkan ini adalah entry yang lama yang tak sempat nak diupdate, hanya sempat draft sahaja. Baru minggu ini saya dapat mearikkan jari saya di keyboard ini. Kekangan Masa yang melampau membuatkan saya sendiri tak terdaya untuk menulis walauppun hanya sebaris perkataan. Benarla, lapang sebelum sempit di dalam 5 perkara sebelum 5 perkara.

entry kali ini adalah mengenai leisure time saya. Saya sebenarnya hampir dua tahun sibuk dengan kerja. Sibukkan diri dan jauhkan keseronokan menikmati alam sekeliling dek kerana tak mahu langsung memikirkan apa yang sedang,lepas dan akan terjadi.tapi itulah, kita lupa semua milik Allah. Kita lupa Allah sayangkan kita. Ujian yg dia bagi sebagai pendorong utk kita jadi lebih baik dan juga untuk beri kita yang terbaik. InshaAllah.

So pertama kalinya saya menikmati leisure time saya dengan penuh ketenangan dan kesyukuran. Saya sudah kembali  normal. Alhamdulillah. Hari yang telah dirancang untuk menghabiskan masa melawat keindahan ciptaan Allah dan juga melampiaskan stress  terlaksana jua. kali ni saya telah dirancangkan untuk melawat aquaria dan juga muzium kesenian islam.

Untuk yang dah pernah ke sana mesti terasa seperti " la...aquaria je pun..." tapi bagi saya yang berpuluh tahun hidup di KL saya tak pernah pun jejak kaki ke aquaria ni walaupun  kerap ke KLCC. kelakar kan.


Mula2 kami ke muzium kesenian islam dahulu. Memandangkan kami hanya menaiki public transport saja jadi mudah sikit untuk saya. Saya suka naik public transport aje. mudah dan tak perlu untuk pening kepala. naik samapai. yang letihnya perlu berpenat berjalan je. yang lainnya mudah. Tak perlu Pikirkan parking, jam.
Dari terminal putra saya park, terus naik LRT ke Pasar seni. Sesampainya disana, terus berjalan ada jalan access ke masjid negara, dan belakang tu adalah muzium kesenian islam.
salah satu replika masjid 3D



replika masjid dari pelbagai negara


Poster sempena Ramdhan
Alhamdulillah, di dalamnya penuh dengan sejarah islam. Apa yang menyeronokkan saya, saya dapat melihat kreplika 3D semua masjid terkenal di seluruh negara. Subhanallah.

Pedang replika


Kemudian, ada replika pedang yang digunakan oleh semua pahlawan agung islam. Serta semua jenis Alquran dari seluruh negara dari kecil hingga ke besar.. Setelah puas berjalan dan menikmatai di dlaam muzium itu yang mengambil masa lebih kurang 2 jam, kami terus berpatah balik dan ke KLCC.

Sesampainya disana, kami memnunaikna solat dahulu, di masjid dan kemudian meneruskan perjalan ke AQUARIA. dia aquaria, ada masa yang ditetapkan untuk show seperti piranha feeding, fish feeding dan juga sebagainya. so have alook and enjoy the picture.

after that kami makan di restoran bumbu desa.Masakan asli indonesia. Saya agak tak berapa minat, kerana semuanya kering dan juga lauknya biasa saja. untuk try ok. But just nice saja.but still, Alhamdulillah rezeki orang belanja.after dat, pulang..itulah cerita untuk hari ini.




Friday 14 August 2015

MAGNUM ICE CREAM MID VALLEY

Assalamualaikum. Moga sihat sentiasa. Kali ni nak story tentang leisure activity on sunday. Memandangkan weekdays yang sangat hectic, a lot of work to do and  alot of things to think of, so sangat lah stress. Untuk orang yang menghadapai tekanan macam saya ni, elok lah ke tempat kerja dengan memasang alunan al quran dan zikir supaya kita pergi kerja rasa tenang dan bersemangat kembali. Walaupun hampir separuh nyawa berhempas pulas kan. Eh-eh, dah mealalut.

Ok apa yang saya nak share adalah weekend activity saya. memandangkan saya ni teringin nak makan ice cream magnum, jadi amatlah sukacitanya bila ada insan nak belanja saya ke Magnum restaurant. maklumlah orang tu rasa bersalah.jadinya, sebagai untuk memujuk, magnum ni lah belanjanya.hehehe

Saya pun first time juga ke sini. apa yang saya suggest, untuk orang yang tak berapa kuat makan ice cream macam saya ni, eloklah makan magnum yang RM9.90 ni. Ada je yang lain-lain jenis. Signature tu agak mahal juga. Tapi kalau dah penggemar tu, memang la x kisah.Ada yang harganya around RM30++

okeh, untuk magnum yang biasa macam saya ni, kita pilih dua jenis ice cream, vanilla or brownies. then pilih bahan nak topping,3 jenis Saya pilih cookies, pistachios and almond, kemudia salutan ice cream ada 3 jenis, dark chocolat, milk chocolate or white chocolate, saya pilih milk chocolate and topping pun pilih antara 3 tu, so sy combine kan white chcoco.

lepas tu kita carilah tempat duduk untuk mentelaah magnum tu, dan magnum tu memang bagi air masak, supaya kita tak hauuusss.heheeh..itu saja cerita saya untuk hari ini.





ROYAL BLUE ROSES CAKES


Assalamualaikum semua, diharapkan sihat hendaknya. Moga sentiasa dirahmati Allah selalu. Dah lama rasa nya tak post di blog kesayangan saya ni tentang cake. Memandangkan kesibukan dan waktu yang sanagt pack sekarang, niat untuk menulis di lupakan, dan lebih kepada merehatkan diri sendiri. Almaklumlah kekurangan rehat.

Kali ini hantaran untuk perkahwinan yang ditempah oleh sepupu saya sendiri. Temanya royal blue. Memandangkan beliau nak juga roses macam tu, jadi dalam keadaan jemu pun tetapkla menyiapkan roses tersebut.

Apappun, Alhamdulillah semuanya selamat di ambil dan siap pada waktunya. padahal masa sgtlah padat.

Thursday 6 August 2015

CHICKEN CORNISH MY STYLE


Assalamualaikum semua. Moga sihat hendaknya. Dah masuk pertengahan syawal dah pun. Harapnya semua menjaga makan dan kesihatan. Al maklumla, sekarang kan banyak open house. jadi makan tu kadang-kadang tak beringat. Setakat ni saya tak berkesempatan lagi nak pergi ke open house sesiapa dek sibuk kelas dan aktiviti bersama keluarga. Puasa 6 dah habiskah semua?

 so kali ni nak share chicken cornish yang diambil dari sebuah blog. memandangkan sya terlupa nak copy link, jadi jenuh cari siapa yang saya copy resepi ni. saya selalu terus paste dekat word. jadi tak ingat manablog yang mana satu. InshaAllah kalau jumpa nanti saya update.

CHICKEN CORNISH
Bahan pastri:
250g butter
300ml hot water
500g tepung gandum~saya guna 450g
1st garam

Untuk inti :
3 ketul drumstick
2 biji bawang besar di cincang halus
1 ulas bawang putih di cincang halus
3biji biji kentang besar-dipotong dadu
1/2 batang carraot dicincang dadu
Minyak  utk menumis
Garam gula secukup rasa
3 sudu Rempah kari ikan babas
1 sudu teh tepung gandum-bagi pekat
1 biji kuning telur untuk di sapu kat pastri

Cara-caranya:

Pastri doh
Butter dan air panas di campur bersama.

Masukkan tepung dan garam dalam adunan.Uli hingga sebati dan menjadi doh yg lembut.

Masukkan dalam peti ais selama 30 minit. Sementara buat intinya pulak.

Inti :

Panaskan minyak dalam kuali.

Masukkan bawang merah dan putih yg dah dicincang.

Masukkan serbuk kari dan masak hingga naik bau.

Masukkan daging 3 ketul drumstick,kentang dan carrot  tadi.tuangkan air masak, hingga semua bahan tadi tenggelam.untuk cepatkan kentang lembut, tutup bahan tadi dengan tudung periuk.

Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan garam dan gula.

Masukkan tepung dan masak hingga agak kering .Biarkan sejuk.

Drumstick tadi dah lembut, carikkan keluar isinya.tujuan saya tak rebus kerana tak nak rasa ayam tu hilang.kalau yang nak rebus dulu pun boleh kemudian gaul.

Taburkan sedikit tepung pada papan pencanai.Canai doh pastri setebal 5 mm.
Terapkan dengan penerap bulat.

Saya gunakan mangkuk kuah

Letakkan inti di tengah2 doh dan kelimkan tepinya cam buat karipap

Pastu letak dalam loyang yang dah di gris dengan butter.

Buat hingga abis doh dan sapukan semua pastri tu dengan kuning telur.

Panaskan oven pada suhu 180C, dan bakar pastri selama 30 -35 minit atau sehingga warna keperangan.Siap untuk di makan.

Selamat Mencuba!!!