Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur kepada Allah dengan limpah kurnianya dapat juga saya meneruskan berkongsi sedikit resepi saya. Saya sempat menyiapkan oreo cheese kek saya untuk orang tersayang walaupun dalam serba kekurangan kerana first time buat dan masa untuk deliver keknya pun agak suntuk.Tapi saya usahakan juga untuk menyiapkan kek saya ni.
resepi cheese kek nye seperti di bawah. Check It Out!!!
BAHAN-BAHAN
2 satu packet oreo/1 packet oreo kosong(tiada filling)/yang telah dismack halus(ada jual dikedai bakeri)
50g buttercup1 sudu besar brown sugar
15gm halal gelatin
50ml air
100ml whipping cream(non diary)
100ml susu segar
250g cream cheese1 cawan gula icing
CARA-CARA
setelah semua kelihatan halus, masukkan butter yang sudah berada dalam suhu bilk kedalam oreo yang dah dismack tadi dengan rata
kemudian masukkan brown sugar dan gaul sebati
masukkan kedalam ring, penyek2kan sampai mampat kemudian, bakar 180degree selama 10 minit artau sampai renggang sedikit. ini untuk jadi base kek kita ye.
dalam masa yang lain, gelatin di rendam dalam 50 ml air di dalam bekas sehingga kembang.kemudian double boil kan dia sampai cair.ketepikan
dalam bekas lain, masukkan cream cheese pukul dengan gula hingga kembang.dan di dalam bekas yang berasingan, pukul whipping cream sehingga kembang
masukkan susu kedalam cream cheese kemudian masukkan aduanan ke dalam whipping cream dengan menggunakan kaedah kaup balik
untuk lebih kemas, masukkan adunan yang telah dikaup balik ke dalam piping beg untuk penyediaan kek
base yang telah masak tadi di sejukkan. Gunakan ring untuk meletakkan cheese. mula-mula letakkan cream cheese rata di atas base. kemudian susun oreo beberapa keping mengikut citarasa kalian. kemudian topup lagi dengan cream cheese di atasnya. kemudian letak sekali lagi biskut oreo di atas. kemudian sudahkan baki cream cheese dengan menutup keseluruhan oreo siap!!! ( cream cheese atas base----> susun oreo---->cream cheese tutup oreo---->susun oreo lagi---->cream cheese keseluruhan)
saya gunakan chocolate mousse untuk hiasan dikeliling kek dan juga bunga ros tu saya piping, kemudian saya letakkan oreo diatas chocolate mousse dan serbuka lebihan tadi saya taburkan diatas ke...selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment