Sunday 29 June 2014

BIRTHDAY CUPCAKES

Assalamualaikum...salam Ramadha semua. Alhamdulillah masih berkesempatan menunaikan puasa di bulan yang mulia ini. Allah masih mengizinkan kita untuk membuka tirai ramadhan.

So macamana terawih? Berkesempatankah kita? walaupun ia hanya ibadat sunat, tetapi inilah masa untuk melipatgandakan pahala. Banyak fadhilat dan manfaat. InshaAllah.

Hari ini nak share sedikit tentang cupcakes minggu lepas yang saya siapkan untuk 2 birthday serentak. Sorang nak warna biru and sorang nak warna pink. Selang sehari aje. Nasib baik saya sempat siapkan untuk mereka.

ok lah sila tengok gambar yer.. untuk tempahan boleh hubungi saya seperti yang tertera di contact.



 

Monday 23 June 2014

CUPCAKES RED CREAM FOR DOORGIFT

Assalamualaikum sahabat sekalian. Apa khabar? kali ini just nak share cupcake doorgift yang ditempah oleh rakan sekerja saya.

Memandangkan dia nak buat aqiqah untuk anak dia, dan temanya warna merah, saya pun gabungkan warna MERAH-CREAM supaya nampak lebih berseri. Wah gitu.

So saya ambil cupacake sebegini harganya RM1.30 sekali dengan bekas UFO tu ekh. cake adalah chocolate moist and topping buttercream. cupcake size L. Untuk tempahan lebih daripada 300 biji, saya boleh bagi diskaun lagi. So sesiapa yang berminat, sila PM or Whatsapp yer.

Monday 16 June 2014

APAM POLKADOT VERSI LADYBIRD DAN BEE

Assalamualaikum sahabat semua, hari ini nak berkongsi satu resepi apam polkadot yang telah saya cuba. Sebelum ini saya guna resepi 2-3 jenis resepi semuanya tak jadi. ada dekat 100 biji  yang telah selamat saya buang memandangkan bantat dan berlubang-lubang. Agak sedih. Tapi itulah namanya practise make perfect. Then saya terjumpa resepi ni. Daripada satu blog ni.

Tapi saya lupa nama blog apa. Puas dah saya cari blognya, tak jugak jumpa. Resepi ni saya copy past dalam word. diharapkan jika tuan empunya blog baca, bgtau saya yer. Maafkan saya. Diharapkan dapat keizinan daripada pihak anda.

Kali ini apam ni jadi sungguh gebu dan gebass. Cantik dan sangat smooth aje surface dia. ada juga berlubang-lubang sikit, tapi still cantik and acceptable. Terima kasih yang sudi pos resepi ni. Memang tak rugi buat. Alhamdulillah. so resepi sila rujuk bawah ya.



APAM STRAWBERI
Resepi : Ain Rusli
Sumber: Majalah Rasa

Bahan-bahannya:
140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus~saya guna 90g
75 ml susu segar atau susu cair~saya guna susu segar dutch lady
 2 biji telur
1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla / perisa strawberi
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
~saya guna filling coklat chip di dalamnya
30 keping mangkuk kertas

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

Diharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, semoga ianya bermanfaat.
~selamat Mencuba semua :)


~



Sunday 15 June 2014

BROWNIES CHEESE

Assalamualaikum semua. Salam Nisfu Sya'ban. Alhamdulillah telah menjengah kembali Nisfu Syaaban yang menandakan hampir tibanya puasa. Diharapkan Allah memberi kita kesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini. InshaAllah.,,

Semalam belek-belek buku teringin pulak nak makan brownies cheese. Resepi semua dah ada. satu dari Dapur Tanpa Sempadan satu lagi dari blog Citarasawan. Tapi saya olah sedikit resepinya mengikut kemahuan saya.


BAHAN-BAHAN BROWNIES

3 biji telur gred B
1 1/4 cawan gula halus
250g buttercup
3/4 cawan serbuk koko
50g coklat masakan
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda*

* yang bertanda sila gaul dan ayak

BAHAN-BAHAN CHEESE
250 gram cream cheese
1 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu susu segar
1 biji telur gred B


CARA-CARA MEMBUAT BROWNIES
Sapu rata butter loyang 12x12x3 inch
Alaskan kertas minyak. Biar kertas minyak lebih sedikit terkeluar supaya mudah diangkat
Panaskan oven

Secara double boiler, panaskan butter sehingga mencair
masukkan serbuk koko dan kacau sebati
masukkan coklat masakan dan biar mencair
Pukul telur dan gula sehingga kembang
Masukkan ke dalam butter, koko dan coklat telah mencair tadi dan gaul sebati
Angkat dan masukkan susu cair kacau sehingga sebati
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati
keluarkan satu senduk adunan ke dalam piping beg untuk buat hiasan di atas kek
masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20-25minit dengan suhu 160 degree


CARA-CARA MEMBUAT CHEESE 
Pukul telur cream cheese hingga kembang
masukkan telur kedalam adunan
masukkan esen vanilla dan pukul sebati
Masukkan susu segar

Tuang adunan cheese ke atas adunan brownies yang 3/4 masak
pipe kan adunan brownies yang lebih ke atas adunan cheese
lorekkan dengan lidi supaya kelihatan seperti bentuk marble
Masukkan ke dalam oven dan bakar lagi 15-20 minit

biarkan semalam dan baru potong untuk mendapatkan lagi sedap 








Saturday 14 June 2014

HASIL AIR TANGAN

Assalamualaikum semua...saja nak share hasil air tangan semenjak dua menjak ni. Sebelum ni masak aje..buat kek juga tapi tak pernah tangkap gambar or nak edit-edit. Dah ada blog sendiri, pantang buat ape aje mesti nak tangkap gambar. Ni rupanya kehidupan seorang blogger.



Saya pantang saja ada masa terluang rehat di tempat kerja, mesti edit gamabr. tak edit saya akan update masakan. Tak pun saya akan update blog lagi satu saya, indahnyahidupbermuhasabah.blogspot.com.  Ni adalah blog yang saya akan sharekan tentang feqah dan sebagainya yang berkaitan tentang keagamaan. Alhamdulillah sekurang-kurangnya dapat juga saya berkongsi informasi.
Mengenai baking, saya ada mengambil sebahagian blog buat rujukan. Tetapi kadang-kadang saya terlupa sumbernya. Banyak juga yang saya olah mengikut citarasa saya.Untuk masakan adalah 100% asli mengikut selera saya dan resepi bonda.
gambar-gambar yang saya attached  adalah hasil daripada sentuhan penuh kasih saya dalam dunia masakan dan baking. Cuma meroti saja saya belum nak mencuba. suka tengok sahaja, tapi belum eager untuk membuatnya.

Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya saya sendiri telah nampak improvement pada diri saya. Untuk baking,  from Nothing to something is the biggest achievement.

Terima kasih kepada yang sudi membaca, mencuba resepi yang ada di blog saya.

Hadis Rasulullah:
"Bukanlah kekayaan itu  dengan banyaknya harta, tetapi kaya jiwa"( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

BLOG YANG BANYAK MEMBANTU DALAM DUNIA BAKING

Assalamualaikum semua. Diharapkan semua dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. Apa khabar iman? diharapkan dalam sibuk kita membina jambatan silaturrahim dan memasak, sempatlah hendaknya kita meluagkan masa membaca Al-Quran dan tafsirnya sekali. Kalau kita sempat mengedit gambar dan menaip resepi untuk manfaat orang lain, alangkah baiknya jika kita sempat mentelaah walaupun satu muka surat ayat-ayat suci Al-Quran untuk pengisian jiwa kita sendiri.

Semalam ustaz di kelas ada berpesan, jika terlalu banyak masa untuk menonton televisyen bermakna hari-hari kita agak kurang beribadah. Lantas hati terdetik. Betul!! sungguh benar. Jika orang yang tidal lalai, pastinya hari-harinya akan sibuk dengan pengisian ibadah buat santapan rohani. Sepertinya kereta perlu masuk ke bengkel untuk diservis, begitu juga hati kita perlu ke bengkel untuk di servis waktunya adalah TAHAJJUD. MasyaAllah, indah bukan? ini lah amalan yang Rasulullah tidak pernah tinggalkan seumur hidup baginda. Subhanallah.

Dah habis serba sedikit tentang kelas tafsir semalam, hari ini saya nak kongsikan dengan kalian semua blog yang banyak membantu dan tunjuk ajar kepada saya tentang dunia baking dan cooking. Kalau memasak tu saya rasa kacang saja. sebab memang saya sudah biasa masak. Cuma dalam dunia baking, saya masih baru. So saya nak senaraikan blog yang telah banyak membantu saya. Moga Allah sentiasa merahmati Kalian. Walaupun saya hanya kenal mereka di alam maya, saya bersyukur masih ada yang sanggup berkongsi Ilmu dan sedikit pun tidak pernak lokek.


 Blog masam manis ni adalah bolo pertama yang saya kenal sekali masa saya nak buat red velvet. Strat pada situ saya follow blog ni. Manfaatnya terlalu banyak. Pelbagai teknik mudah untuk saya pelajari untuk membuat kek. Tidak pernah lokek ilmu untuk mengajar. Terima kasih kak ita

Blog ini juga banyak membantu dari segi resepi yang mudah, saya kerap juga go through resepi di blog ini. Saya akan buat 2-3 rujukan sebelum membuat sesuatu. Ini juga kerap saya kunjung kerana resepinya ringkas dan instructionya mudah.

Blog ni banyak bagi resepi masakan dan juga baking. Ringkas dan juga padat.

Dapur gee hut ni saya suka singgah juga untuk menatap segala resepi dan juga idea. Selain dari blog nya yang fancy membuatkan saya tertarik untuk membaca.

Blog ni banyak membatntu dalam dunia meroti saya. kalau nak meroti saya akan refer pada blog ni. Sangat mudah faham dan banyak juga tips-tips nya


Lain-lain yang kerap juga saya kunjung dan singgah juga turut membantu





Untuk yang baru dalam dunia membaking, meroti, memasak, silalah kunjung ke blog yang saya nyatakn. memang banyak membantu saya sendiri yang baru nak bertatih. Semoga segala penat lelah yang anda usahan terbayar dengan ganjaran yang tidak ternilai.insyaAllah..





Tuesday 10 June 2014

ASAM PEDAS IKAN PARI MELAKA

Assalamualaikum semua. Diharapkan sihat sejahtera dan sentiasa di dalam lingkungan rahmat Ilahi. Hanya tidak sampai 2 minggu sahaja lagi kita akan menemui Ramadhan, bulan yang penuh dengan intipati mengumpul saham pahala. Bulan yang membuat kita mengharungi ujian kelapran agar kita dapat muhasabah di mana letak duduknya nilai iman kita. InshaAllah.

Disebabkan saya dan raka-rakan sekerja sudah start memulakan pecutan ke Ramadhan dengan berpuasa di bulan Rejab dan Sya'aban, jadi kerap kali saya memasak di rumah buat juadah berbuka walaupun hanya berbuka seorang. Kerana bila memasak sendiri kita akan terasa kepuasan dan dijamin kebersihannya.

Dah panjang melalut, so saya nak kongsikan resepi asam pedas melaka. Memandangkan saya terlupa di mana saya ambil resepi ni, sayaminta maaf sekiranya tuan punya resepi ada terbaca. Ada yang saya ubah sedikit resepinya.

BAHAN-BAHAN
3 keping ikan pari (kalau nak tahu dia akan jadi liat ataupun lembut dah masak, cari pari yang gigi isi ikan tu banyak)
5-10 batang bendi muda
1 kuntuk bunga kantan
1 gengam daun kusum

1-2 senduk cili boh( saya guna cili kering besar rendam dan blender)
1 sudu cili  sos
1 sudu sos tomato
1 biji bawang merah besar*
2 ulas bawang putih*
1 ruas ibu jari halia*
2 ruas ibu jari belacan*
1 sudu besar lada hitam ditumbuk atau blend sekali*

*bahan di blender sekali dan sebati


CARA-CARA
Panaskan minyak di dalam kuali
masukkan bahan yang bertanda * sehingga garing
masukkan cili kering blender sehingga garing
Masukkan air
masukkan bunga kantan dan daun kusum beserta bendi
masukkan ikan pari dan tutup dengan tutup pengukus untuk dapatkan ikan pari yang lebih lembut.
Setelah nampak bendi lembut dan ikan pari masak, angkat kedalam mangkuk dan siap

~selamat mencuba




Sunday 8 June 2014

CHOC MOIST CUPCAKE WITH BUTTERCREAM PINK-GREY

Assalamualaikum semua ingin berkongsi tempahan yang ditempah oleh rakan-rakan office tersayang. kali ini mereka menempah cupcake temanya pink-grey. Saya hasilkan bunga dari gumpaste campuran grey dan pink supaya warnanya tampak lebih menyerlah. Jika hanya menggunakan hanya warna grey cupcake itu tidak kelihatan ceria.

So have a look ya kawan-kawan jika mahu membuat tempahan atau pertanyaan harga sila klik di sini

Untuk resepi buttercream ataupun chocolate moist cake mudah sila dapatkan di sini

Moga bermanfaat ya untuk kalian


CUPCAKE FONDANT PINK-GREY

Assalamualaikum semua...diharapkan semua masih segar di bumi Allah yang Maha Luas ini. Semoga sentiasa bersyukur dengna segala nikmat yang Allah beri kepada kita. Saya ingin berkongsi sedikit air tangan yang saya hasilkan untuk tempahan minggu ini dari officemate saya buat hari pertunangan adik beliau.


Cupcake L size fondant deco Choc Moist cake
16pcs=RM45++(deco di atas fix price)
Call/Whatsapp - 0124094744

Temanya adalah pink-grey. Disebabkan iitu saya memilih grey untuk menjadi base kepada deco fondant saya dan deco atasnya adalah warna pink striking and soft pink supaya nampak lebih catchy. Itu pandangan sayalah.

So have a look. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila lah email/whatsapp di number saya.