Tuesday 25 April 2017

Choc indulgance cake with poeny buttercream.flower

Alhamdulillah...

Double the happiness with the 2 tier cake.


Congrats on your promotion dear lovely customer

did you know that peony flower is a symbolic of riches and honor? With their lush, rounded bloom, it also can create romance and prosperity and a good fortune. Good luck on your future endeavors....

Order from uitm lecturer....tq so much


Choc indulgance cake
2 tier stacking
9 inch + 6 inch cake
White ganache choclate deco
Buttercream Poeny flower



Tempahan kek april 3rd week

Choc cake with custom printing edible image

K6aci cheese cake

Choc cheese indulgance versi upin ipin

Alhamdulillah...choc cheese indulgance versi upin ipin

Thursday 20 April 2017

DEVIL'S FOOD CHOC CAKE

RESEPI DEVIL'S FOOD CHOC CAKE


Resepi dari:azlita masam manis
Olahan:whisknhipbyne

Sediakan kek choclate.
**boleh gunakan mana2 resepi choc moist cake ya..
Choc moist cake sy ada di post sblm ni...

Bahan bahan cream l Cheese
125g cream cheese
30 g butter
1/2 cawan gula icing

Cara-cara
Putar cheese, butter hingga sebati
Masukkan gula icing
Putar sehingga kembang
Ketepikan


Bahan bahan choc ganache
200g dark choc beryls
1 cawan  diary whipping cream
1 tbsbutter
1 tbs golden syrup
1 tbs nutella

Cara-cara
Cairkan choc secara double boiled
Masukkan diary  whipping cream dan kacau sebati
Masukkan butter, nutella
Setelah sebati masukkan golden syrup
Setelah sebati
Keluarkan dan rehatkan di tepi



Cara-cara layer cake

Potong kek choc untuk jadikan base.
Ikut ketebalan masing-masing(sy guna balance kek sy yg ada x nk potong-potong a lagi)

Sy gunakan kek 6 inch

Gunakan kek ring untuk kek

Masukkan adunan cream cheese diatas kek dan ratakan

Jika choc ganache da sejuk...boleh tuangterus atas kek...tak perlu tebal. Untuk kek sy, sy nk hbiskan baki ganache sy..jd sy tuang bg tebal..

Sejukkan kek semslaman.

Keluarkan cake ring

Selamat ngappp...

Ketenalan yg sy dspat adalah utk loyang 6 inch ya...

slamat mencuba...




Monday 17 April 2017

Tempahan april

Tempahan pulut kuning 2 tier

RESEPI BUTTERCREAM KHAS UTK BUNGA

BUTTERCREAM RESEPI (KHAS UTK BUNGA)


Untuk resepi ini khas utk bunga shj, agak manis, tetapi cantik terbentuk dan tahan ketika di tengah panas. Bunga ini sesuai utk majlis kahwin,kenduri yang berkeadannpanas atau bukan di dewan yg berhawa dingin.. ok jom check it out resepi yg sy belajar  kelas dari chef norbaini...


RESEPI ASAL: Chef Norbaini Rahwi

BAHAN-BAHAN
360g icing sugar
120g creamlite
1 1/2 sudu kecil butter vanilla


Cara-cara
Masukkan sebahgian icing sugar dan creamlite kemudian putar sedikit dmi sedikit.

Kemudian masukkan sedikit demi sedikit lagi gula yg berbaki.

Putar hingga sebati. Sedia digunakan.

** putar sedikit demi sedikit gula..jgn terus putar laju. Alamatnya berdebu muka dgn gula. hehehe

**creamlite kalau tak da boleh guna creamwell .


Sy suka guna creamlite sebab kurang berminyak berbanding creamwell

Dah siap masukkan pewarna oil base dan kacau sebati. Sy selalu gunakan ameri color.

Masa untuk  buat bunga pastikan jangan masuk terlalu banyak  adunan dalam piping bag. Sebab adunan agak kental. Nanti sakit tangan nak pipe. Jangan tamak nak letak semua dlm.piping beg ya.hehehe..

Selamat mencuba...nanti sy update tutorial bunga rose,poeny,sunflower,carnation.

Untuk biru dan merah gambar dibwah, sy gunakan
Ameri color super red dan royal blue.
Untuk warna lebih gelap, masukkan s3malaman dlm chiller dan keluarkan sedia digunakan.





Thursday 6 April 2017

Pulut kuning berhias,kari ayam dan daging

Pulut kuning berhias...2 tier stacking

BROWNIES SIMPLE N MUDAH

RESEPI BROWNIES CHEESE SIMPLE DAN MUDAH


Semalam belek-belek buku teringin pulak nak makan brownies cheese. Resepi semua dah ada. satu dari Dapur Tanpa Sempadan satu lagi dari blog Citarasawan. Tapi saya olah sedikit resepinya mengikut kemahuan saya.

BAHAN-BAHAN BROWNIES

3 biji telur gred B
1 1/4 cawan gula halus
250g buttercup
3/4 cawan serbuk koko
50g coklat masakan
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda*

* yang bertanda sila gaul dan ayak

BAHAN-BAHAN CHEESE
250 gram cream cheese
1 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu susu segar
1 biji telur gred B

CARA-CARA MEMBUAT BROWNIES
Sapu rata butter loyang 12x12x3 inch
Alaskan kertas minyak. Biar kertas minyak lebih sedikit terkeluar supaya mudah diangkat
Panaskan oven

Secara double boiler, panaskan butter sehingga mencair
masukkan serbuk koko dan kacau sebati
masukkan coklat masakan dan biar mencair
Pukul telur dan gula sehingga kembang
Masukkan ke dalam butter, koko dan coklat telah mencair tadi dan gaul sebati
Angkat dan masukkan susu cair kacau sehingga sebati
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati
keluarkan satu senduk adunan ke dalam piping beg untuk buat hiasan di atas kek
masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20-25minit dengan suhu 160 degree

CARA-CARA MEMBUAT CHEESE
Pukul telur cream cheese hingga kembang
masukkan telur kedalam adunan
masukkan esen vanilla dan pukul sebati
Masukkan susu segar

Tuang adunan cheese ke atas adunan brownies yang 3/4 masak

pipe kan adunan brownies yang lebih ke atas adunan cheese

lorekkan dengan lidi supaya kelihatan seperti bentuk marble

Ataupun buat pusaran dan pusingkan supaya nmpk mcm pusaran.ikut suka pndgn masing2 ye.

Masukkan ke dalam oven dan bakar lagi 15-20 minit

Siap dipotong dan ngap..selamat mencuba...

Bwh ni details cara ikut step di blog sy...selamat mencuba

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1263036240470092&id=632707716836284

http://seleraqasih.blogspot.my/2014/06/brownies-cheese.html?m=1