Monday, 30 December 2013

KEK MINYAK KUKUS

Assalamualaikum sahabat sekalian..apa khabar iman? masih sehat kah? Alhamdulillah

Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang  kek minyak versi kukus. Saya dah buat kedua-duanya kek minyak versi kukus and bakar. memang ada perbezaan. Pendapat peribadi saya kek minyak kukus lagi lembut, sedap dan terasa asli. Tapi bakar, sedikit keras dan tidak berapa asli rasanya. So saya kongsi kan resepi kek minyak kukus.


BAHAN-BAHAN
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula castor
3/4 susu pekat(boleh dikurangkan ikut suka)
1 sudu kecil ovelete
1 sudu vanilla essence
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder

CARA-CARA
Panaskan kukus
ayak kan tepung dan baking powder letak ketepi
Masukkan telur, gula dan essen vanilla dan pukul sampai kembang
kemudian masukkan susu dan ovelette pukul
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup balik
bahagikan kepada beberapa jenis warna dan sama cara macam cara saya yang lepas buat kek minyak bakar.
masukkan kedalam pengukus, kukus selama satu jam

SELAMAT MENCUBA!!


Friday, 27 December 2013

APA BEZA NON-DIARY WHIPPING CREAM DENGAN DIARY WHIPPING CREAM

Assalamualaikum sahabat pembaca...ada sedikit info,mudah-mudahan dipermudahkan urusan dengan info yang saya dapat dari blog yang say mintai iaitu blog masam manis.Untuk sesiapa yang baru di dunia kek, saya ada sedikit info dan pengalaman yang saya sendiri telah lalui. Alkisahnya, saya pada mula-mula confius sangat antara Non-diary and Diary whipping cream. kedua-duanya berbeza kegunaan dan berbeza kandungan. So boleh check it out.

Whipping Cream atau krim putar, mudah didapati di kedai-kedai menjual bahan kek tapi tidak di pasaraya. Biasanya Krim putar tenusu Dairy Wipping Cream sahaja yang dijual di pasaraya kerana ia hanya perlu disimpan di tempat sejuk berbanding krim bukan tenusu Non Dairy Wipping Cream yang perlu disimpan di tempat beku untuk tahan lebih lama.  Krim ini dijual di dalam kotak. Krim ini bewarna putih bersih dan lebih digemari. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak muak memakannya. Tapi jangan salah faham, kerana terdapat perbezaan antara kedua-dua bahan tersebut dari segi bahan dan fungsi kegunaan.

Mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua bahan krim  tersebut.


Perbezaan antara Non Dairy Whipping Cream dan Dairy Whipping Cream


Non-Dairy Whipping Cream ~ Krim Putar Bukan Tenusu
Non-Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream

Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang 3~4x ganda daripada kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 300g krim dalam bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu. Biasanya krim ini terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja.


Kegunaan dan cara menggunakannya

  • Krim putar bukan tenusu hendaklah disimpan di tempat beku supaya tahan lebih lama. Oleh itu apabila kita hendak menggunakannya hendaklah dikeluarkan lebih awal untuk proses nyah beku. Tapi pastikan bukan pada suhu bilik ya.. ia hanya perlu dicairkan sahaja dan berada dalam kadar sejuk.
  • Oleh itu adalah penting kita mengoncang dahulu kotak supaya ia sebati kerana kandungan krim dan air biasanya terpisah semasa proses pembekuan dalam freezer.
  • Tuangkan hanya dalam sukatan yang diperlukan sahaja. Untuk 1 liter boleh digunakan untuk membuat 3 biji kek. Krim putar pula akan mengembang sehingga berkali ganda.
  • Sebelum melakukan proses memutar, pastikan semua bahan seperti mangkuk mixer dan alat pemukul dalam keadaan sejuk ( boleh simpan sekejap peralatan dalam peti ais) ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pengembangan krim. 


  • Mulakan proses memukul krim pada kelajuan perlahan dan tambahkan kelajuan apabila melihat krim sudah mula menngental. Perlahan kelajuan bila krim sudah mula licin dan bertanduk. Kebiasannya masa yang diambil untuk memukul krim lebih kurang 2 minit. Krim yang diputar sempurna biasanya licin dan halus tidak terlalu lembik dan tidak terlalu kaku. Untuk mendapatkan tekstur krim yang cantik putar pada satu arah sahaja.
  • Krim putar bukan tenusu ini telah tersedia kemanisannya, tetapi jika inginkan rasa yang lebih manis bolehlah tambahkan sedikit gula halus.
  • Krim putar ini boleh diwarnakan dengan pewarna masakkan gel. Letakkan pewarna sewaktu proses memutar. Jangan gunakan pewarna cecair kerana dibimbangi jika terlebih bahan cecair akan menganggu proses kekentalan krim.
Bagaimana pula caranya untuk menyimpan lebihan krim?

  • Krim yang lebih boleh diguna semula. Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais. Ia boleh digunakan semula bila diperlukan. Biasanya krim ini tidak tahan lama. 
  • Krim ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. Ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan.
 Di bawah ini adalah beberapa produk Non Dairy Wipping Cream yang selalu kak ita gunakan

 

Ini adalah yang biasa dan selalu digunakan juga oleh kebanyakan. Kita hanya perlu putar sahaja hingga ia kental, selepas itu boleh lah diguna pakai untuk hiasan kek.



Yang ini pula sama juga seperti di atas tapi ia ada perisa coklat. Menurut Kak Ita, yang ni selalu kak ita guna untuk base kek sebelum kak ita tuangkan ganache. Atau boleh juga untuk disalutkan pada permukaan kek jika inginkan kek yang berkrim coklat.


Ini pula kak ita guna pakai bila kak ita inginkan perisa pada topping cake. Cara menggunakannya sama cuma kaedahnya sedikit berlainan. Ia menggunakan kaedah 2:1, dimana 2 cawan Whip Topping dan 1 cawan jus atau susu atau apa2 cecair yang kita inginkan.

Dairy Wipping Cream ~ Krim Putar Tenusu
Dairy Whipping Cream atau juga dikenali sebagai ~ Thick cream atau Double Cream

Adalah merupakan hasil tenusu dan mengandungi 35 % lemak susu. Ia sesuai digunakan dalam masakan-masakan Barat, membuat kek seperti tiramisu atau hiasan mudah untuk aiskrim atau pencuci mulut ala Barat.
Ia hendaklah dipukul dengan kelajuan sederhana hingga ia menjadi kental dan bolehlah dimasukkan dalam masakan-masakan tersebut. Tetapi krim ini tidak sesuai untuk hiasan kek seperti Black Forest dan lain-lain kerana warnanya kekuningan dan kurang stabil. Ini bermakna ia tidak boleh mengekalkan bentuknya dalam masa yang lama.

Kesimpulannya, Dairy Whipping Cream yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream tidak sesuai untuk dibuat hiasan kek kerana faktor-faktor yang telah jelaskan diatas. Krim ini terdapat dalam pelbagai jenama dan boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar.
Berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.

Selain itu, whipping cream atau thick/double cream kerap digunakan dalam pembuatan kek untuk digunakan sebagai thickening agent (ejen pemekat) sebagai contoh untuk penyediaan Ganache. Ia boleh digantikan dengan bahan lain, namum tidak boleh digantikan sebarangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kuantiti cecair dalam masakan.

Kegunaan dan cara menggunakannya

Seperti Non-Dairy Whipping, krim jenis ini perlu disimpan di dalam peti sejuk tapi tidak perlu disimpan ditempat beku. Gunakan sebelum tarikh luput yang tertera pada kotak krim tersebut. Sebaiknya sebelum putarkan krim, simpan bekas mixer, alat memukul dan krim putar di dalam peti sejuk. Ini kerana krim putar akan lebih mudah mengembang dalam keadaan yang sejuk. Resepi yang menggunakan krim putar jenis tenusu ini contoh: triffle atau tiramisu mudah cair pada suhu bilik, jadi sebaiknya simpan dessert tersebut dalam peti sejuk dan keluarkan ketika hendak dihidangkan sahaja.

Cara memutarnya perlulah dalam kadar sedrhana, tapi pastikan adunan tidak terlebih pukul. Adunan whipping cream yang terlebih di pukul akan mencair semula, dan boleh 'seperate' atau terpisah, menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan). Jika ini terjadi, jangan dibuang. Sebaiknya tapis dan gunakan homemade 'butter' anda itu untuk melepa roti dan gunakan cecair buttermilk yang terhasil untuk menggantikan susu segar atau cecair di dalam sesuatu resepi seperti  pancake, kek, biskut dan lain-lain. Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.

 

Antara contoh product Dairy Whipping Cream di pasaran. Pastikan tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli. Hanya Anchor sahaja yang kak ita pasti boleh digunakan, 2 lagi jenama tidak pasti pula tanda halalnya.

OREO CHEESE CAKE EASY & SIMPLE

Assalamualaikum sahabat yang sentiasa diberkati Allah. saya sempat lagi menyiapkan satu lagi cheese cake oreo semalam kerana hari tu saya buat tak dapat rasa sebab nak dihadiahkan kepada orang lain. so semalam buat untuk rasa sendiri dan bagi kawan-kawan rasa.





so resepinya boleh klik disini

sila pastikan whipping cream di mix dahulu yer. sebabnya, ada resepi yang tidak memberitahu untuk pukul whipping cream sehingga kembang. campurkan terus semua adunan. If tak pukul dahulu whipping cream, kek akan tidak meninggi kerana tidak menggunakan kaedah kaup balik antara cheese yang dah dipukul dengan whipping cream. Selamat Mencuba!


GELATIN

Assalamualaikum sahabat yang dirahmati Allah;

Info untuk saya share hari ni adalah mengenai GELATIN. Saya ada membuat sedikit research daripada blog-blog yang lain mengenai gelatin. Since saya menggunakan untuk membuat kek, amat penting dalam pembikinan kek saya tiada nuansa syubhah diadalam  makanan saya. Kita terikat dengan amanah orang yang mengharapkan agar makanan yang dipesan itu halal, enak lagi mengenyangkan. haruslah kita menitik beratkan apa kandungan yang ada atau kita gunakan dalam pembikinan makanan kita supaya tidak dipersoal Allah di muka pengadilan nanti. Sedangkan kita sudah senang pada masa kini untuk mendapat pelbagai maklumat di hujung jari Subhanallah..

Ok.. gelatin ni adalah daripada bahagian haiwan  sepeti tulang ataupun kulit haiwan. Perosalannya, adakah haiwan yang dijadikan gelatin itu adalah haiwan disembelih ataupun daripada babi. Mengikut kajian gelatin yang digunakan daripada haiwan tidak disembelih ataupun tidak halal, ada berbau sepeti busuk masa kita buat double boil untuk mencairkannya. Ini maklumat daripada blogger lain baca paragraph di bawah yer.


(http://kaahil.wordpress.com/2009/02/03/gelatin-halal-dan-gelatin-haram/)
Pada prinsipnya gelatin dapat dibuat dari bahan yang kaya akan kolagen seperti kulit dan tulang baik dari babi maupun sapi atau haiwan lainnya. Akan tetapi, apabila dibuat dari kulit dan tulang sapi atau hewan besar lainnya, prosesnya lebih lama dan memerlukan air pencuci/penetral (bahan kimia) yang lebih banyak, sehingga kurang berkembang karena perlu investasi besar sehingga harga gelatinnya menjadi lebih mahal.
Sedangkan gelatin dari babi jauh lebih murah dibanding bahan tambahan makanan lainnya. Itu karena babi mudah diternak. Babi dapat makan apa saja termasuk anaknya sendiri. Babi juga bisa hidup dalam kondisi apa saja sekalipun sangat kotor. Dari segi pertumbuhan, babi cukup menjanjikan. Seekor babi bisa melahirkan dua puluh anak sekaligus. Karena sangat mudah dikembangkan, produk turunan dari babi sangat banyak. (www.republika.co.id/infohalal)

C. Manfaat gelatin dan jenis-jenis produk yang menggunakannya
Gelatin sangat penting dalam rangka diversifikasi bahan makanan, karena nilai gizinya yang tinggi yaitu terutama akan tingginya kadar protein khususnya asam amino dan rendahnya kadar lemak. Gelatin kering mengandung kira-kira 84 – 86 % protein, 8 – 12 % air dan 2 – 4 % mineral. Dari 10 asam amino essensial yang dibutuhkan tubuh, gelatin mengandung 9 asam amino essensial, satu asam amino essensial yang hampir tidak terkandung dalam gelatin yaitu triptofan.
Fungsi-fungsi gelatin dalam berbagai contoh jenis produk yang biasa menggunakannya antara lain :
1.Jenis produk pangan secara umum: berfungsi sebagai zat pengental, penggumpal, membuat produk menjadi elastis, pengemulsi, penstabil, pembentuk busa, pengikat air, pelapis tipis, pemerkaya gizi.
2.Jenis produk daging olahan: berfungsi untuk meningkatkan daya ikat air, konsistensi dan stabilitas produk sosis, kornet, ham, dll.
3.Jenis produk susu olahan: berfungsi untuk memperbaiki tekstur, konsistensi dan stabilitas produk dan menghindari sineresis pada yoghurt, es krim, susu asam, keju cottage, dll.
4.Jenis produk bakery: berfungsi untuk menjaga kelembaban produk, sebagai perekat bahan pengisi pada roti-rotian, dll
5.Jenis produk minuman: berfungsi sebagai penjernih sari buah (juice), bir dan wine.
6.Jenis produk buah-buahan: berfungsi sebagai pelapis (melapisi pori-pori buah sehingga terhindar dari kekeringan dan kerusakan oleh mikroba) untuk menjaga kesegaran dan keawetan buah.
7.Jenis produk permen dan produk sejenisnya: berfungsi untuk mengatur konsistensi produk, mengatur daya gigit dan kekerasan serta tekstur produk, mengatur kelembutan dan daya lengket di mulut. (www.indohalal.com)


So, daripada ilmu diatas, sahabat semua dapat tak sedikit info apa itu gelatin? gelatin ni banyak digunakan di dalam makanan, puding, jelly, dan kek. Saya menggunakan halal gelatin untuk membuat chocolate indulgance saya. Mula-mula saya ragu-ragu. Namun setelah membeli yang halal. Alhamdulillah semuanya tidak was-was lagi. So sebelum membeli pastikan halal tanpa was-was. Moga Allah memuliakan Sahabat sekalian.

Wednesday, 25 December 2013

OREO CHEESE CAKE



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur kepada Allah dengan limpah kurnianya dapat juga saya meneruskan berkongsi sedikit resepi saya. Saya sempat menyiapkan oreo cheese kek saya untuk orang tersayang walaupun dalam serba kekurangan kerana first time buat dan masa untuk deliver keknya pun agak suntuk.Tapi saya usahakan juga untuk menyiapkan kek saya ni.

resepi cheese kek nye seperti di bawah. Check It Out!!!

BAHAN-BAHAN
2 satu packet oreo/1 packet oreo kosong(tiada filling)/yang telah dismack halus(ada jual dikedai bakeri)
50g buttercup
1 sudu besar brown sugar
15gm halal gelatin
50ml air
100ml whipping cream(non diary)
100ml susu segar
250g cream cheese
1 cawan gula icing

CARA-CARA


Jika gunakan oreo yang ada filling, keluarkan fillingnya tinggalkan hanya biskut sahaja. jika gunakan yang kosong, teruskan smack niskut oreo tu sampai jadi halus







setelah semua kelihatan halus, masukkan butter yang sudah berada dalam suhu bilk kedalam oreo yang dah dismack tadi dengan rata


kemudian masukkan brown sugar dan gaul sebati



masukkan kedalam ring, penyek2kan sampai mampat kemudian, bakar 180degree selama 10 minit artau sampai renggang sedikit. ini untuk jadi base kek kita ye.







dalam masa yang lain, gelatin di rendam dalam 50 ml air  di dalam bekas sehingga kembang.kemudian double boil kan dia sampai cair.ketepikan





dalam bekas lain, masukkan cream cheese pukul dengan gula hingga kembang.dan di dalam bekas yang berasingan, pukul whipping cream sehingga kembang







masukkan susu kedalam cream cheese kemudian masukkan aduanan ke dalam whipping cream dengan menggunakan kaedah kaup balik

untuk lebih kemas, masukkan adunan yang telah dikaup balik ke dalam piping beg untuk penyediaan kek





base yang telah masak tadi di sejukkan. Gunakan ring untuk meletakkan cheese. mula-mula letakkan cream cheese rata di atas base. kemudian susun oreo beberapa keping mengikut citarasa kalian. kemudian topup lagi dengan cream cheese di atasnya. kemudian letak sekali lagi biskut oreo di atas. kemudian sudahkan baki cream cheese dengan menutup keseluruhan oreo siap!!! ( cream cheese atas base----> susun oreo---->cream cheese tutup oreo---->susun oreo lagi---->cream cheese keseluruhan)












saya gunakan chocolate mousse  untuk hiasan dikeliling kek dan juga bunga ros tu saya piping, kemudian saya letakkan oreo diatas chocolate mousse dan serbuka lebihan tadi saya taburkan diatas ke...selamat mencuba!!!

Sunday, 22 December 2013

CHOCOLATE INDULGANCE FOR 6TH WEDDING ANNIVERSARY


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...Alhamdulillah segala puji bagi Allah dapat lagi kita berkongsi pengalaman memasak dan membuat kek. So minggu lepas saya ada membuat sebiji kek buat hadiah anniversary kakak kesayangan saya dunia akhirat. wedding anniversary yang ke-6



so dah berkali-kali buat kek cchoclate indulgance, ni lah pertama kali saya dapat buat ganache yang smooth sangat. sebabnya, saya buat finishing kali-2 lepas dah toping atas sekali ganache tersebut. saya gunakan plate rata untuk meratakan keseluruhan kek itu, so nampak smooth dan cantik. Alhamdulillah. semuanya Ilmu. Jika kita tak praktikkan, memang takkan jadi-apa2. sebab itu, segala apa yang kita tahu, sebaiknya praktikkan, baru kita dapat tahu kebaikan dan juga keburukan


So,Ilham kek ni saya dapat masa tengok sugar stars TLC kat astro dan juga tengok blog masam manis azalita.
saya gunakan fondant keliling kek yang nampak seperti tali, warna putih menunjukkan sebuah ikatan penuh kasih sayang dan suci bersih sebab tu saya tambah love2 kat atas fondant putih tu.

yang love besar penghubung tali tu saya letakkan manik2 silver supaya tampak sedikit seri. keliling kek saya letakkan chocolate mousse sama juga yang disebelah atas pun gunakan chocolate mousse jugak.

merah putih sangat menyerlahkan warna kek yang gelap legam tu. hihi..so alhamdulillah siap sudah satu kek...


Saturday, 21 December 2013

BUTTER CAKE



Assalamualaikum..

bismillahirrahmairrahim.. Syukur kepada Allah dapat menyiapkan butter cake ini yang diminta oleh makcik kesayangan saya. Maklumlah, asyik sebuk buat tempahan kek pelanggan aje, sekali sekala ingin juga menghiburkan hati orang-orang tersayang di sekeliling saya.

panjang lebar pulak berceloteh. so butter cake ni pada saya sangat mudah di sediakan. kejap je dah siap. Bukan bangga diri ye sahabat, tapi memang hakikat. kalau orang yang dah selalu bergelumang dengan kek, akan dapat rasa kesenangan untuk menyiapkan kek ini. so jom tengok resepinya

BAHAN-BAHAN

5 biji telur (kuning 5 biji, 4 biji je putih: nak kurangkan kek jadi keras)
1 cawan gula castor
250gm buttercup
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla essence

CARA-CARA
ayakkan tepung gandum bersama baking powder asingkan
pkul gula dan butter sehingga kembang(warna putih)
masukkan vanilla essence
masukkan telur keseluruhannya dan pukul lagi
masukkan tepung sedikit demi sedikit menggunakan kaedah kaup balik
kemudian masukkan pewarna mengikut ctarasa dan masukkan ke dalam loyang
Selamat mencuba!!!





Friday, 20 December 2013

BEGEDIL AYAM


ASSALAMUALAIKUM...

Bismillahirrahmanirrahim..buat pembaca yang sudi membaca dan berkongsi ilmu, seribu kesyukuran dipanjatkan supaya kita sama-sama sentiasa mendapat keredhaan dan rahmat dariNya.

Hari ni menu pilihan adalah Begedil dan Bihun sup. Disebabkan makcik saya datang singgah di rumah, so saya siapkanla menu kesukaan dia dan anak2nya. Begedil ni sebenarnya mudah saja untuk dsediakan dan rasa dia pun enak sangat, tambahan jika dimakan bersama bihun sup. MasyaAllah...rasa yang tidak terhingga.
So jom kita tengok resepi begedil  ciptaan saya ni

BAHA-BAHAN (10 BIJI MINI BEGEDIL)

6 biji kentang separa besar
Ayam di cincang (ikut citarasa berapa banyak)
Bawag merah satu labu
Bawang putih satu ulas dicincang halus
1/2 sudu besar cintan manis
1/2 sudu besar lada hitam ditumbuk
2 biji telur (diasing putih dan kuning)


CARA-CARA
hiris halus bawang merah dan cincang bawang putih
kemudian hiris halus ayam. Saya tak hiris hanya potong dadu
sementara itu kuali dipanaskan dan minyak dilteakkan dalan 5 sudu besar. tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga garing. kalau boleh ada sedikit kehitaman.
 Setelah itu masukkan ayam yang dipotong dadu. biarkan beberapa minit. masukkan sedikit garam, gula dan sedikit stock ayam(optional)





Masukkan kentang, dan masukkan air sehingga keseluruhan kentang hampir tenggelam
Tutupkan kuali tadi dengan penutup periuk agar kentang cepat empuk. Untuk memastikan kentang seduah betul-betul empuk, tekan dengan senduk. jika mudah pecah, bermakna kentang sudah cukup empuk dan sedia untuk diangkat


setelah itu, angkat bahan tadi kedalam mangkuk dan sejukkan. kemudian sediakan dua biji telur yang telah diasingkan kuning dan putih

Masukkan kuning telur kedalam bahan tadi dan gaul sebati



setelah itu jadikan dia ketulan bulat atau bulat leper untuk digoreng. bulat itu celup didalam telur putih keseluruhan barulah dimasukkan kedalam kuali yang berminyak panas






 setelah begedil kelihatan agak garing angkat begedil dan toskan minyaknya








siap dihidang...selamat mencuba semua