Thursday 6 April 2017

BROWNIES SIMPLE N MUDAH

RESEPI BROWNIES CHEESE SIMPLE DAN MUDAH


Semalam belek-belek buku teringin pulak nak makan brownies cheese. Resepi semua dah ada. satu dari Dapur Tanpa Sempadan satu lagi dari blog Citarasawan. Tapi saya olah sedikit resepinya mengikut kemahuan saya.

BAHAN-BAHAN BROWNIES

3 biji telur gred B
1 1/4 cawan gula halus
250g buttercup
3/4 cawan serbuk koko
50g coklat masakan
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil soda*

* yang bertanda sila gaul dan ayak

BAHAN-BAHAN CHEESE
250 gram cream cheese
1 cawan gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu susu segar
1 biji telur gred B

CARA-CARA MEMBUAT BROWNIES
Sapu rata butter loyang 12x12x3 inch
Alaskan kertas minyak. Biar kertas minyak lebih sedikit terkeluar supaya mudah diangkat
Panaskan oven

Secara double boiler, panaskan butter sehingga mencair
masukkan serbuk koko dan kacau sebati
masukkan coklat masakan dan biar mencair
Pukul telur dan gula sehingga kembang
Masukkan ke dalam butter, koko dan coklat telah mencair tadi dan gaul sebati
Angkat dan masukkan susu cair kacau sehingga sebati
kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati
keluarkan satu senduk adunan ke dalam piping beg untuk buat hiasan di atas kek
masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20-25minit dengan suhu 160 degree

CARA-CARA MEMBUAT CHEESE
Pukul telur cream cheese hingga kembang
masukkan telur kedalam adunan
masukkan esen vanilla dan pukul sebati
Masukkan susu segar

Tuang adunan cheese ke atas adunan brownies yang 3/4 masak

pipe kan adunan brownies yang lebih ke atas adunan cheese

lorekkan dengan lidi supaya kelihatan seperti bentuk marble

Ataupun buat pusaran dan pusingkan supaya nmpk mcm pusaran.ikut suka pndgn masing2 ye.

Masukkan ke dalam oven dan bakar lagi 15-20 minit

Siap dipotong dan ngap..selamat mencuba...

Bwh ni details cara ikut step di blog sy...selamat mencuba

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1263036240470092&id=632707716836284

http://seleraqasih.blogspot.my/2014/06/brownies-cheese.html?m=1



No comments: