Sunday, 17 May 2015

MY BESTFRIEND EVER WEDDING BARAKALLAHULAKUM

Assalamualaikum semua moga dilimpahi rezeki dan rahmat. Bulan May ini adalah mUsim orang-orang mendirikan masjid serta merapatkan silaturrahim.Barakallhulakum buat kalian yang diberi rezeki oleh Allah untuk hidup berpasangan dan melangkah ke alam yang baru. Moga Ikatan yang dibina dilimpahi Mawaddah Wa Rahmah dan kekal hingga ke syurga. Moga ada kesempatan untuk saya juga membina masjid sepeti sahabat di luar sana. Moga Allah mudahkan dan memberikan yang terbaik buat saya.InshaAllah. Saya yakin, setiap kesedihan itu akan diganti dengan kegembiraan yang juga turut diberi oleh Dia.

Alhamdulillah Tanggal 9 May 2015 adalah perkahwinan my bestfriend Shafina Cazrina Bt Shamsul Bakri. Ini adalah bestfriend saya semenjak saya menjejakkan kaki di Matrik UIA sehingga ke hari ini. Hampir 8 tahun persahabatan dan ukhwah yang dibina. Pahit manis suka dan duak kami tempuh sepanjang bergelar seorang student di UIA. Demi Allah, inilah sahabat terbaik yang saya ada antara yang terbaik.

Mesti kalian pelikkan kenapa saya abadikan beliau di dalam blog saya? sebab saya tak rasa untuk melupakan kenangan kami sepanjang belajar, sehingga ke hari ini. 3 tahun kami kelas bersama. lecturer yang sama, kelas yang sama, kawan2 yang sama, dan masa di main campus gombak, 2nd year, kami ambil major yang lain, saya manufacturing, dan nana Automotif. Walaupun jauh, dan tak sama kelas, masih berhubung. Ada masalah je mesti call.

Tak kisahla masalah kawan, masalah lecturer ke, apa saja masalah mesti share. Bila jumpa, mesti cerita tak habis. Rasa serasi tu sangat banyak. Rasa sayang sy terhadap sahabat saya yang satu ini Allah berikan sangat unik. Sungguh. Saya tak pernah rasa jemu untuk berkawan dengannya. 
Tudung kuning Ni Nabila Huda, or Bell, dia yang andam saya dan fesyenkan tudung kami di dalam gambar ni
. Kredit untuk Bell !!

masa saat dia bagitahu tentang perkahwinannya, saya rasa berat hati untuk ke sana. Saya tak mahu pergi sesiapa student UIA berkahwin. itu janji saya. Saya tiada kekuatan untuk itu. Demi allah saya tiada kekuatan untuk berhadapan dengan semua orang. tapi bila mana nana memujuk saya, saya rasa bersalah, dan terus bersetuju. Alhamdulillah, sekarang Allah dah pun kirimkan bahagia buat saya. Tidak tahu selama mana Allah berikan dan pinjamkan, saya sentiasa bersyukur. Nikmat rasa Sayang itu Allah berikan untuk saya terus bahagia. Benar. Itu semua dugaan untuk dapat yang terbaik dan to be better. InshaALLAH.


Automotive students plus Manufacturing student (sy sorang je wink wink)

Inilah sahabat saya Sahfina Cazrina Shamsul Bakri disatukan dengan pasangannya Azraei Samad. Tempatnya di D'Sangkot Villa Hulu Langat.  BAju ditempah di D'Belai Spa and Bridal Creation. Baju Dusty Pink tu. Rasanya tempat ni selesa, untuk orang yang rumahnya kondo or apartment, buat di sini senang, terus aje villa dan mudah bagi pihak keluarga. cumanya nak angkut barang la seksa sikit. Tapi mudahnya sebab bersiap kat sini, homestay untuk family yang lain pun ada sekitar tu juga. Kena survey. Moga yang mendirikan masjid yang lain juga, sentiasa bahagia hingga syurga. Mabruk!!!

No comments: