Saturday, 31 May 2014

PARI SINGGANG DAN CENDAWAN BROKOLI



Assalamualaikum sahabat semua, dah penat updated kek, saya nak updated resepi masakan saya pulak. Memandangkan saya suka sangat dengan makanan yang berebus/ sup, saya buat pari masak singgang dan dimakan bersama cendawan brokoli. tak nak tulis panjang-panjanglah, jom tengok resepi


BAHAN-BAHAN PARI SINGGANG
ikan pari yang telah dibasuh bersih
1 ruas ibu jari halia
2-3 asam keping(kalau nak masam boleh tambah)
1/2 Bawang merah dipotong
3-4 biji cili padi(jika nak pedas boleh tambah lagi)
Optional serai

CARA-CARA
Panaskan Kuali dengan air 1/4

Masukkan bawang, cili padi dan hali

masukkan ikan pari

masukkan asam keping

masukkan sedikit garam dan gula

biarkan menggelegak

angkat dan dihidang

BAHAN-BAHAN CENDAWAN BROKOLI
1/2 bawang merah
2 sudu sos tiram
brokoli yang telah dipotong
cendawan tiram


CARA-CARA
Panaskan minyak dan masukkan bawang merah

Masukkan sos tiram dan kacau

Masukkan cendawan dan brokoli

Tambahkan sedikit air

masukkan garam dan gula sedikit

Siap dihidang

ANNIVERSARY CAKES




Assalamualaikum sahabat semua ingin berkongsi sedikit hasil semalam. Cake chocolate moist dalamnya dan luarnya dilempa dengan buttercream and deconya adalah fondant. have a look ya.


Choc Moist Cake + Buttercream + Deco = RM32/KG
Untuk Tempahan - BIDOR, TAPAH, KL
CALL/WHATSAPP - 0124094744

Untuk memudahkan anda melempa buttercream keatas kek, saya syorkan masukkan buttercream didalam piping bag, dan pipekan disekeliling ke. itu lebih mudah dari perlu menggunakan spatula untuk disapu di bahagian kek. Dan hasilnya pun lebih kemas 2x ganda. Untuk resepi buttercream dan chocolate moist cake anda boleh dapatkan di sini. Selamat mencuba ya.

CHOCOLATE MOIST CUPCAKE & BUTTERCREAM RESEPI


Assalamualaikum sahabat sekalian. Moga sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit cupcake yang ditempah oleh officemate saya dan menggunakan buttercream. Temanya pink purple juga. kek adalah kek chocolate moist. Jom Intai Resepi

BAHAN-BAHAN CHOCOLATE MOIST(15 CUP SEDERHANA BESAR)
250g tepung gandum*
50g serbuk koko*
1 sudu teh serbuk soda
1 sudu teh serbuk penaik*

3 biji telur
190g butter
250g gula castor(boleh dikurangkan)
300g air

CARA-CARA
Ayak  bahan yang bertanda *

Pukul butter dan gula high speed sehingga kembang

Masukkan Telur satu per satu pukul hingga kembang

Dengan menggunakan kaedah kaup balik, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ditambah air sehingga sebati

Jangan pukul dengan mixer, akan membuatkan kek anda berlubang-lubang

Panaskan Oven dahulu, kemudian tuang adunan kedalam papper cup 3/4.

Masukkan dalam oven menggunakan suhu sebanyak 170c


BAHAN-BAHAN BUTTERCREAM
250g creamwell
3/4 cawan icing sugar
1/2 cawan golden syrup
30g butter

CARA-CARA
pukul butter dan gula hingga kembang

Masukkan creamwell dan pukul hingga kembang

masukkan golden syrup dan pukul hingga sebati



20pcs/box +cup size L+ simple deco - RM44
Untuk Tempahan  - BIDOR,TAPAH,KL
Call/Whatsapp - 0124094744




CUPCAKES PURPLE PINK

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah sekalian. Moga Allah sentiasa merahmati kamu dan memberikan kita kekuatan iman menempuh hari-hari yang mendatang. Alhamdulillah bulan MAY-JUNE ini adalah bulan yang pada kiraan saya bulan ikatan. Kenapa saya katakan begitu, kerana 2 bulan ini adalah bulan yang banyak cuti sekolah dan banyak sambutan.

Bulan May sahaja; HARI GURU, HARI IBU, HARI BURUH itu tak termasuk lagi sambutan kelahiran. Ditambah pula dengan cuti sekolah. Nah! memang banyak jugalah Walimah yang kunjung tiba ditangan saya mahupun di facebook hinggakan saya sendiri tidak sempat menghadirinya dek kekangan masa.

Choc Moist Cake+fondant deco +16pcs L cup/box =RM45++
(jika deco seperti diatas fix price RM45)
Tempahan  - Bidor,Tapah, KL
Bulan ini jugalah saya menerima beberapa tempahan kek untuk pertunangan adik officemate saya 2 minggu berturut-turut. Alhamdulillah Rezeki Allah beri. Kebetulan saya tiada kelas dua minggu ini, dapatlah saya menyiapkan tempahan mereka dengan teliti.

Tempahan yang saya terima ini temanya warna pink purple. Saya deco kan dengan Fondant. Di dalamnya adalah chocoloate moist cake dan di toping dengan buttercream akhir sekali saya hiaskan dengan fondant. Permulaan yang baik bagi saya insan yang baru merangkak membuat deco menggunakan fondant. Kalau orang lain mungkin menyiapkan bunga fondant dalam masa 10 minit, saya mengambil masa hampir 2 jam. Tapi Alhamdulillah saya telah imrpove and polish skill saya. So have a look my cupcakes picture




Wednesday, 21 May 2014

CUPCAKES FONDANT BLUE -RED


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi pinjaman dan berkongsi cerita dan hasil tangan sendiri. Baru-baru ini saya diminta untuk membuat cupcakes menggunakan fondant. Memandangkan beliau mahukan yang simple sahaja, dan mempunyai huruf di setiap satu cupcakes yang ditempahnya saya mengaitkan dengan warna biru, biru muda dan putih, tulisan berwarna hitam dan bunga warna merah-pink.
Choc Moist Cake+ Simple fondant deco+
30pcs cup L  = RM70
Tempahan - BIDOR, TAPAH, KL
CALL/WHATSAPP - 0124094744


Walaupun tidak secantik hasil tangan orang yang lebih pakar dalam fondant, namun ini adalah kejayaan buat saya kerana dapat menyiapkan dalam masa yang singkat. Alhamdulillah.
Buat Kak Zana Husband, Selamat Hari Lahir yang ke 40. Semoga dirimu dilimpahi Rahmat Ilahi, Dipanjangkan Umur, Dimurahkan rezeki yang berpanjangan. InshaAllah

Sunday, 18 May 2014

KEOW TEOW GORENG BASAH

Assalmaualikum semua..hari ni nak berkongsi resepi keow teow goreng basah.

BAHAN-BAHAN
3 sudu besar cili kering blender/boh/giling
1  ulas bawang putih
4-5 hirisan bawang merah
1 sudu kecil kicap pekat
2-3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos(kimball)
1 pinggan keow teow
ayam/udang/sotong sebagai rencah
1 biji telur
Sayur pilihan (sawi/tauge)
 sedikit daun sup untuk hiasan

CARA-CARA
Panaskan minyak masak 2-3 sudu besar

masukkan cili blender biar sedikit garing

masukkan bawang putih dan bawang hirisan dan biar garing

Masukkan garam dan gula secukup rasa

masukkan rencah pilihan dan sayur sawi

masukkan sedikit 1/2 cawan  air

masukkan keow teow gaul sebati

masukkan kicap pekat dan manis gaul sebati

letakkan sos tadi dan gaul sebati

Pecahkan telur dan biar sedikit mengeras dan digaul sekali
bersama keow teow

Setelah itu masukkan tauge(tauge kast sekali mengelakkan layu teramat)
Tips penting: jangan kacau terlalu kerap dan kuat, nanti keow teow akan pecah-pecah
Angkat hidangan dan siap!!



Wednesday, 14 May 2014

NASI GORENG CENDAWAN

Assalamualaikum semua..kali ini nak berkongsi menu NASI GORENG CENDAWAN Resepi Bonda Tercinta. Tanpa melengah-lengah lagi jom check it out BAHAN-BAHAN dan CARA-CARANYA.


BAHAN-BAHAN (untuk 2pax)
2 pinggan nasi putih
1 gengam mix vegetable
5 biji  cendawan butang dihiris nipis
1 biji telur
udang/sotong/ayam- saya selalu guna udang
hirisan bawang merah
1 ulas bawang putih diketuk
Cili Padi 3 biji-ikut  tahap kepedasan

CARA-CARA
panaskan minyak terlebih dahulu

Masukkan bawang putih, bawang merah. Biar sehingga garing dan naik bau

Masukkan cendawan, mix vegetable dan rencah yang dipilih

Masukkan sedikit 1 1/2 sudu kecik garam atau ikut citarasa

Masukkan hujung sudu kecil gula

Masukkan nasi dan gaul sebati

ketuk cili padi masukkan ke dalam nasi goreng

pecahkan telur ditepi dan gaul sebati

Hidangkan di atas pinggan kemudian taburkan sedikit lada sulah.

Selamat mencuba!!!



UDANG GORENG TEPUNG MUDAH

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah ingin lagi berkongsi satu lagi resepi mudah yang selalunya kita g kedai untuk membelinya. Namun bila dah beli dengan harga RM5++, hanya dapat beberapa keping udang sahaja. Ini pengalaman saya sahaja.

Sebebnarnya kita mampu sahaja membuat sendiri dengan harga yang murah dan sedap dan dijamin kebersihannya, serta dapat banyak. Tidaklah rasa ralat untuk makan sekeluarga.

So kali ini saya ingin berkongsi resepi mudah membuat udang goreng tepung rangup dan enak.

BAHAN-BAHAN
Tepung Kogi (di dalam gambar) boleh didapati di mana-mana pasaraya
1 biji telur
10 ekor udang++




CARA-CARA
Tuangkan tepung Kogi di dalam mangkuk secukupnya

Pecahkan telur di dalam tepung tadi. Kemudian gaul rata

Jika masih pekat, sila Tambah air

gaul sehingga sebati dan likat(tidak terlalu cair). Macam buat jemput-jemput tu.

Panaskan Minyak didalam kuali

Gaulkan udang di dalam adunan tadi

Masukkan udang yang telah bersalut tepung ke dalam kuali.

Biar hingga nampak kekuningan, angkat. Terbalik-balikkan udang supaya masak sekata.

Jika ingin dapatkan hasil udang yang cantik, semasa hendak memasukkan udang, luruskan udang dan perlahan-lahan masuk ke dalam kuali.

Selamat mencuba





Tuesday, 6 May 2014

SOTONG SELERA QASIH

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan Rejab yang ke-8..Moga-moga sempatla kita berjumpa dengan Ramadhan yang hanya berbaki sebulan lebih sahaja lagi. Subhanallah..






Semalam punya cerita, lepas balik kerja teringin sekali nak makan sotong. Pergi lah Pasaraya ala-ala Tesco. Beli sotong. Cadangnya nak masak sambal.

Sesampai di rumah tengok-tengok cili blender/cili kering dah habis.Saya pun masak sahaja apa yang saya rasa sedap untuk dinikmati buat santapan berbuka saya. So Jom intai Resepi. Boleh cuba,sebab saya try sedap sangat. Sedap tu saya letak nama masakan ni Sotong Selera Qasih..

BAHAN-BAHAN
4 keping sotong
3-4 biji cili padi
1 ruas ibu jari halia dihiris secukupnya
1/2 labu bawang
1 biji bawang putih-diketuk
Sos Tomato dan garam secukupnya
1 paket tauhu jepun

CARA-CARA
Goreng tauhu jepun yang telah dipotong sehingga kelihatan garing diluarnya

siang sotong terlebih dahulu dan potong

Potong bulat-bulat tauhu jepun

hiris halia, bawang merah dan cili

panaskan kuali masukkan minyak masak

masukkan cili, halia, bawang dan bawang putih tunggu sehingga garing

Setelah naik bau, masukkan sotong dan digaul sehingga nampak sotong mula mengembang

masukkan sos tomato secukup rasa dan sedikit air. masukkan tauhu jepun dan digaul sebati.

Siap!! selamat mencuba

Monday, 5 May 2014

PUDING ROTI BUTTERSCOTCH

Assalamualaikum sahabat semua. Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis resepi yang telah saya cuba dan olah sedikit mengikut citarasa saya. Kali ini saya teringin sangat untuk membuat puding roti butterscotch yang saya lihat entrynya di blog My. Resepi

So jom intai resepi dan gambar yang telah saya cuba.

BAHAN-BAHAN
5-8 keping roti  gardenia butterscoth
2 sudu besar chocolate chip/lebih(ikut suka anda)

BAHAN A
1 cawan susu segar/ sejat
1 Sudu besar margerin/ buttercup
2 sudu besar gula castor
1 sudu teh esen vanilla
1 biji telur gred A

CARA-CARA
Mixkan bahan A dan pukul sebati (telur, gula  marjerin) kemudian masukkan susu sejat dan esen vanilla.

Susunkan roti butterscotch lapisan pertama, kemudian taburkan chocolate chip.

Lapiskan lagi satu lapisan roti butterscotch tadi, kemudian taburkan lagi chocolate chip

tuangkan bahan A yang telah dipukul tadi secara menyeluruh

Sebelum itu griskan dulu loyang dengan butter.

Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dengan menggunakan suhu 180c dan dibakar selama 30 minit.

untuk yang tidak suka lembik sangat boleh tambah lagi 5-10 minit pembakaran.

Setelah siap dimasak, biarkan sejuk dahulu dan hidangkan bersama sos kastad vanilla

BAHAN-BAHAN SOS KASTAD

1 Cawan susu segar
1-2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar air
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil essen vanilla

CARA-CARA
pukul tepung kastad bersama guladan susu sehingga tidak berketul.

Panaskan di atas api yang sederhana

kacau sehingga menjadi sedikit pekat dan masukkan 2 sudu besar air

setelah sebati masukkan esen vanilla

angkat dan siap dimakan bersama Puding roti butterscotch