Wednesday, 31 December 2014

2015

Assalamualaikum sahabat semua. Alhamdulillah Biiznillah saya dapat menaip entry yang pertama bagi tahun 2015 ini. Allah masih memberi ruang dan peluang buat saya menambah amal, memperbaiki diri dan bermuhasabah atas setiap kesilapan dan dosa yang telah dilakukan pada tahun sebelumnya. Allah masih mengizinkan saya menghirup udaranya dengan percuma dalam keadaan penuh kesyukuran. Allah masih memberikan saya ruang dan peluang untuk saya menambah Ilmu. Bagaimana dengan kalian?

Saya rasa kita semua diberi oleh Allah masa dan ketika buat kesekian kalinya bernafas di bumi Allah ini. Teramatlah sombongnya kita jika tiada sedetik di dalam hati rasa syukur kepadaNya. Barangkali terlupa dengan  F.O.C udara nyaman. Barangkali terlupa F.O.C hujan yang diturunkan. Apapun jangan sekali kita kufur nikmat yang Allah kirimkan buat kita.

2014...tahun yang penuh mencabar buat saya. Tahun yang membuatkan hati saya dirundung kesedihan berpanjangan. Bukan tidak redha dengan sesuatu yang ditetapkan, namun ada sedikit rasa sedih dan pilu yang masih terbuku lagi. Menyedari setiap kejadian itu penuh dengan hikmah yang indah, hati perlahan menjadi kental dan tenang. Perancangan Allah itu lebih hebat. Masakan saya mampu menandingi perancangan yang telah ditetapkan olehNya? Subhanallah. Satu persatu episode duka saya bukukan menjadi titik permulaan yang baru.Menjadikan setiap kesilapan yang telah saya lakukan sebagai guru yang paling berharga buat saya.

Pada permulaan 2014 agak lancar, sampainya ditengah 2014 kesedihan menjengah menyapa hati saya yang lara. Saat itu Allah hantarkan saya rakan-rakan yang penuh dengan motivasi dan penuh dengan cerita suka dan duka silap dan dosa buat pengajran kepada saya. Seolah Allah hantarkan kepada saya satu kisah yang saya lihat di dalam drama. Seolah Allah memberi amaran kepada saya bahawa ramai lagi yang kehidupannya lebih jauh diuji, namun Hidayah Allah itu terlalu luas. Hidayah Allah itu dalam pelbagai cara dan bentuk. Subhanallah. Itulah kawan-kawan saya tercinta di UM. Tiap kali saya berdoa saya panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pemberian Sahabat yang sangat berharga. Demi Allah, saya tidak pernah terbayangkan dapat bertemu mereka. Seolahnya mereka menadi sebahagian kekuatan saya dalam menempuh segala kesedihan.

Tahun 2014..tahun yang penuh ujian buat saya. Ujian Hati, Ujian kerja, Ujian Ketenangan. Allah sahaja yang mengetahui betapa saya terpaksa gembira dihadapan orang lain saat hati saya menangis kesedihan. Allah sahaja yang tahu betapa saya seperti kuat di hadapan insan lain, sedangkan airmata sentiasa gugur di saat tangan diangkat menadah doa. Bukanlah Sesuatu yang asing pada orang lain jika saya katakan hati saya snagt bersedih. Namun sifat saya yang tidak suka bercerita kesedihan dan menangis di depan insan lain terutama keluarga membuatkan saya terluka yang amat Parah didalam tanpa disedari. Allah sahaja yang tahu saat saya bergembira mengusik ibu dan kakak, namun di saat tidur saya menagis keseorangan. Ya saya tidak kering airmata sepanjang tahun 2014. Pengakhirannya 2014, saya semakin kuat. benarlah, bila kita kuatkan dengan Amal ibadah kepada Allah, Allah memang memberikan kekuatan yang extra odinary kepada kita. Sungguh saya merasainya sendiri.

Sesampainya 2014 hampir melabuhkan tirai, saya bermuhasabah buat diri yang penuh kesilapan ini. Masakan Allah memberikan kesdihan jika tidak untuk merawat hati yang parah dek kelalaian duniawi. masakanAllah kirimkan hadiah buat saya jika tidak demi membetulkan kesalahan saya. Ya Allah Allah Maha Besar. Betapa hikmah yang terkandung itu seolah-olah membuatkan saya semakin kuat, hati yang luka, saya jahit kembali. Biarlah apapun urusan Allah terhadap jodoh saya saya terima. Saya tidak mahu menyibuk dalam apa ynag terbaik untuk saya. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Sesungguhnya dia yang lebih mengetahui. Bila saya menghafal surah Ar rahman dengan maknanya sekali, saya seolah diketuk hati saya untuk tidak menjadi salah seorang insan yang mendustakan nikmat Allah, sedangkan pelbagai macam nikamat yang telah Allah kurniakan. Nikmat Ilmu, nikmat membuat kek, nikmat rezeki yang Allah hantar kepada saya. Saya dah mampu mengambil tempahan untuk membuat kek orang lain. saya dah banyak belajar tentang itu. Dalam beribu nikmat, kenapa nikmat pasangan yang saya perlu fikirkan? Astagfirullahal A'zim. Lalainya saya.

2014 juga di hari lahir saya, MH370 hilang tanpa jejak. seolahnya ghaib tanpa kata. MH17 di tembak jatuh  tanpa seorang pun yang hidup, QZ airasia hilan dari radar dan tiada semua pun yang terselamat. Allahu...dan penutupnya, banjir yang meranapkan sekalian rumah yang penghuninya terpaksa lari akur dengan kehilangan segalanya. Betapa Malayisa sedang di Uji. Atas berbagai nikmat yang kita kecapi, Allah turunkan bencana buat Kita supaya tersentak dan tersedar bahawa semua ini adalah pinjaman, jangan lalai dan leka dengan hiburan, jangan menzalimi diri, jangan mendustakan Allah. Betapa Allah mengetuk satu persatu bencana untuk diturunkan buat kesedaran kita bahwasanya setinggi mana kita, akhir sekali dahi akan menyembah bumi bersujud kepada Allah. Setinggi mana pangkat darjat dan harta ynag kita miliki, akhirnya tiada kemana-mana. Muhasabah buat saya yang terkadnag Alpa dan Leka.

buat Pembaca yang sudi membaca bait-bait coretan saya ini, Mudah-mudahan 2015 menjadi tahun kegembiraan buat kita semua, menjadi kekuatan buat kita. Moga apa yang hilang Allah mengizinkan untuk pulang, jika tidak menggantikan yang baru. Moga yang kuat, dipertingkatkan lagi. Tahun ini kita menempuh GST. saya yang sependapat dengan kawan saya, tahun ini agak mencabar pada kami.

Ya Allah,
Berikan ku kekuatan untuk menempuh satu lagi tahun yang engkau pinjamkan kepadaku,
Balaslah kasih sayang Mu kepada semua insan yang menyayangiku
Berikanlah kami semua ketenangan yang berganda'
Agar kami menempuh setiap ujianMu dengan tenang dan Redha.

Salam 2015
RNZRAS

Sunday, 28 December 2014

TEMPAHAN



Assalamualaikum semua. Moga sentiasa di dalam rahmat Allah dan keredhaanNya. Memandangkan beberapa negeri terlibat dengan banjir yang di luar kotak bayangan kita. namun itulah Kuasa Allah yang tidak siapa yang mampu menghalang. namun disebalik itu terkandung beribu hikmah yang sangat besar buat mangsa dan kita yang melihat. Semoga dengan bencana yang allah hantarkan ini menjadi peringatan yang tidak putus2 buat kita bermuhasabah dan berfikir sejenak di mana yang harus kita baiki buat diri dan juga masyarakat InshaAllah.

Alhamdulillah dalam hiruk pikuk bencana, masih ada insan yang merasa kegembiraan. baru-baru ini PERKIM menganjurkan event untuk cross culture wedding. Ada yang melayu berkahwin dengan cina, india berkahwin dengan melayu, philipine kahwin dengan melayu. Semuanya 8 Pasangan.

Tempahan dadih oleh dibelaispa dibuat kepada saya untuk desert mereka. Alhamdulillah tempahan kedua dari event perkim. Dadih yang saya tambah nata de fruit cocktail dan nata de coco untuk santapan mereka.

Apapun nikmati gambar yang saya sertakan ihsan dari D'belaispa. Mereka menyediakan pakej catering, pelamin, makan beradab, deco makan beradab dan lain2..sila ke page D'belaispa and bridal di FB untuk keterangan lanjut

Thursday, 25 December 2014

BAKED CHEESE CAKE

Assalamualaikum semua...Alhamdulillah minggu ni dapat cuti, dapatla saya membuat pelbagai koleksi cake yang saya nak buat. Walaupun makannya hanya satu slice, tapi puas hati dapat makan hasil air tangan sendiri. hari lepas saya membuat Baked cheese cake. Baked cheese ni mamam saya sangat menggemarinya. itulah salah satu sebab saya membuatnya.

Bila dah cuba buat, memangla senang. Alhamdulillah menjadi and teksturnya pun lembut. Saya sebenarnya ada copy dari sebuah blog, tapi saya tak ingt blog ape. Sebabnya, saya copy slalu masuk dalam word, pastu print, jadi terlupa letak ownernya punya recipe. Kalau ownernya terbaca, dia punya resepi, sila bgtau saya ye, saya masukkan dalam saya punya sources. Maaf sesangat. apapapun resepi ni awesome.

Jom Intai resepi

CHEESE CAKE
Bahan Bahan
250g cream cheese( TATURA CHEESE)
400 ml susu segar ~saya guna dutch lady
100 g mentega~saya guna anchor
100 g tepung gandum~saya guna tepung cake
100 gram gula halus
4 biji telur saiz A
1st esen vanila~white vanilla lebih sedap
1st jus lemon(xbubuh pn xpe)~saya x letak

Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Cheese
Masukkan susu segar dalam periuk.
Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk.
Masukkan pula mentega,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
Asingkan putih telur dan kuning telur
pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
Sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
Bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 50 min-sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah dikeluarkan supaya tep
i2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek yg licin gitu..JGN GATAL TGN NK MENCUNGKIL2 TEPINYA..KANG COMOT XLICIN LAK TEPI2 KEK TU..

Simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimkn time keknya sejuk...

TEMPAHAN PUDING



Assalamualaikum semua..semoga sihat hendaknya. Moga dirahmati Allah selalu. nak share tempahan Puding kasih bertaut.Tempahan ini dibuat oleh sahabat baik saya sempena kekasih hatinya punya birthday ke 26. Moga sentiasa dilimpahi berkat Allah, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam redha Ilahi.

untuk resepi puding kasih bertaut ni, sila klik sini . Selamat mencuba semua.


Monday, 22 December 2014

LAZIMI DHUHA

Assalamualaikum sahabat seperjuangan. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dari sekalian nikmat yang Allah kurniakan. Masih lagi dapat menjamu mata di blog sendiri sambil bait2 tangan melirikkan tulisan menulis melepaskan rindu di halaman muka blog yang dah lama kian usang. Alhamdulillah dek kekangan masa yang mencemburui, akhirnya dapat juga saya mengambil sebahagian masa rehat saya untuk berkongsi serba sedikit pengalaman saya melazimi dhuha.

diharapkan apa yang saya coretkan tidak disalah ertikan. Bukan untuk riya' ataupun takabbur bahkan tidak ujub dengan amalan yang ditunaikan buat mengisi masa senggang diri sendiri. Saya hanya berkongsi pengalaman bagaimana Dhuha itu memberi ketenganan dan menjemput rezeki.

Alkisahnya ditempat kerja saya rehatnya agak singkat sekitar jam 10.00am hingga 10.10 sahaja. hanya 10 minit. sebelum ini memang saya penuhkan masa saya dengan pergi menjamah makanan mengisi makanan. Jarang sekali saya melazimi dhuha. Pada kiraan saya memang tak sempat tamabhan pula dek waktu yang singkat sahaja untuk ke surau yang agak jauh dengan offcie.

Kebetulan saya ada group whatsap.penghuninya hanya 4 orang sahaja. tapi group yang penuh manfaat saya kira. semua ilmu dan good deeds kongsi bersama. Semuanya saya kenal di UM. Alhamdulillah Allah kurniakan mereka dalam hidup saya, menjadi sebahagian peringatan buat saya. Mereka ini sangat melazimi dhuha. berbeza dengan saya yang hanya melakukan dhuha sabtu dan ahad sahaja. Dan melazimi tahajjud.

Entah kenapa hari yang saya sangat bersedih, Allah hantarkan mereka untuk saya melakukan solat dhuha. Kebetulan whatsap samapai " jom Dhuha" saya yang ketika itu ada di production terus ke surau, berwudhuk. Subhanallah rasa tenang yang tak dijangka. Disaat orang lain tengah hiruk pikuk mengejar dunia, kita dapat mengisi sedikit masa untuk mengingati Allah. Masa saya baca doa Dhuha, airmata saya gugur sekali lagi. Allah Dialah pemberi rezeki dan nikmat Dia jualah perancang terhebat.

Saya tak pernah misout Dhuha sejak kejadian. Demi Allah, di saat orang lain berkejaran memikirkan dunia, kita berkejaran mengejar Allah, itulah nikmat yang paling berharga. Saya tak nafikan, sejak saya lazimi dhuha, duit itu bukan satu issue untuk saya lelahkan. sebelum ini pun tidak lah kesempitan mana, tapi kerap memikirkan, Tapi kali ini, luar biasa sekali rezeki Allah kirimkan, tempahan kek dan lain2 sentiasa datang bertandang. Bila kita ingat Allah, Allah sentiasa ingat pada kita. tak rugi pun luangkan tak samapi 10 minit untuk solat Dhuha.

Beza dhuha dengan tahajjud, kita berseorangan mengabdikan diri kepada Allah di saat orang lain tiada. (tidur). tapi dhuha Diwaktu semua ada dan berjaga, mengejar dunia, kita mengabdikan diri, rasanya sungguh luar biasa. Kerana kita terikat dengan kerja dan rakan-rakan. Namun kita ada pilihan.Rezeki itu datangnya dari Allah dan seharusnya kita berusaha untuk mendapat rezeki yang diberkati InshaAllah...

sekadar berkongsi. Jika rasa tidak selesa, abaikan setiap bait2. jika rasa bermanfaat, mulakan langkah. Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi hendaknya. InshaAllah.

Wednesday, 17 December 2014

CARAMEL CAKE LAGI DAN LAGI

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah moga kalian sentiasa dalam rahmat Ilahi. Syukur sangat minggu ni dapat lagi mencoret di ruang sendiri walaupun sebok dengan kerjaya sendiri, tapi dapat juga berkongsi dan membuat tempahan daripada rakan2 sekerja. Alhamdulillah

Jujur saya katakan, tempahan adalah side income untuk ornag yang bekerja makan gaji seperti saya. Tapi pada saya pula ia lebih kepada kepuasan hati sendiri yang dapat menyiapkan tempahan dan juga meet customer satisfaction. Itulah pencapaian sebenar pada saya. Dalam masa yang sama, saya dapat polish serba sedikit ilmu yang saya pelajari dan skill yang saya ada.

Benarlah orang kata, bukan mudah untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan tanpa usaha yang gigih. beberapa kali saya membuat sesuatu tapi kali ke2 atau kali ketiga baru dapat hasil yang cantik. Saya bukan tak nak pergi ke kelas hand-on or sebagainya, tapi kekangan masa saya dengan kerja, kelas dan ect, membuatkan saya kesuntukan masa untuk join kelas yang saya minat.tapi itulah Allah masih memberi saya kekuatan untuk belajar sendiri. So, dapatlah hasilnya yang tak terduga.

bermula dengan suka-suka sahaja, tapi sekarang saya dah mula mengnmbil tempahan utnuk orang ynag terdekat. Saya pernah membuat creampuff 5x baru jadi, karamel cake 2x baru jadi. chocolate indulgance 2x baru jadi. semuanya belajar dari kesilapan dan belajar dari blog orang-orang yang sifu dalam pembikinan cake. Alhamdulillah semua sangat membantu saya yang masih setahun jagung ni.

Ok lah dah melalut saya hari ni, so tengoklah cake yang baru famous di tempat saya dan mendapat tempahan ramai. Rainbow caramel cake. minggu ni saja dah tiga cake. tapi dua aje yang sempat saya ambil gambar.Tu pun ihsan daripada customer, sebab saya dah siap terus terlupa nak tangkap gambar.hehehe. resepinya boleh dapatkan di entry yang lepas2 ye.

Monday, 15 December 2014

TEMPAHAN 13-DEC-14

Assalamualaikum semua, nak share tempahan kek minggu lalu sabtu, 3 biji kek semuanya. disebabkan orang ni order 3 biji kek, tak kisah kek ape2 and  tak kisah deco ape, saya pun mempracticekanlah saya punya seni tangan yang telah dipelajari kat Norbaini Class last month. Alhamdulillah, walaupun ada sedikit kecacatan, tapi at least bolehla saya polish saya punya skill ni. takla terkubur lama.

nanti saya akan kongsikan respinya dengan anda semua ya. terlupa saya masukkan dalam file.tapi resepi kak Norbaini sangat awesome. sedap, keknya pun gebu dan moist. buttercreamnya pun sedap dan tak cair macam selalu yang saya buat. Alhamdulillah ilmu yang dicurah penuh kesabaran, akhirnya membuahkan hasil. Alhamdulillah






TEMPAHAN MIGGU 12-DEC-14

Assalamualaikum semua.moga sentiasa dirahmati Allah selalu. Saya sangat berbesar hati menyambut kelahiran insan dari jauh pada 12 December yang lalu. seperti biasa solat hajat diiringi untuk insan tersayang, agar perjalannanya mudah dengan apa yang diinginkan, berjaya dunia dan akhirat inshaAllah. Walaupun dari jauh, namun Allah jualah yang maha mengehtahui apa yang terbaik untuk segalanya. Ok dah melalut dah hari ini dengan emosi yang panjang.

Ok lah kek kali iniditempah oleh officemate untuk suami tersayang. memandangkan suami tersayang gilakan transformer, so dia pun  minta edible image untuk transformernya kek sponge chocolate, layer with chocolate mousse and coating with fresh cream.

Saya agak seronok coat dengan fresh cream sebabnya gebu aje teksturnya...hehehe.. apepun, untuk resepi klik sini ya

Sunday, 7 December 2014

TEMPAHAN CUPCAKES VANILLA KOSONG 1200 PCS

Assalamualaikum. kelmarin ada tempahan cupcakes vanilla 1200pcs kosong. sesiapa ingin menempah sila hubungi saya ya. Harganya termasuk dengan packing seperti didalam gambar RM 1.00 ke bawah...boleh dirunding lagi

RAINBOW CARAMEL CAKE



Assalamualaikum semua...diharapkan semuanya sihat dan di dalam rahmat Allah hendaknya. kali ni nak share dengan semua cake yang agak dah lama famous, tapi sekarang dah start famous balik di tempat saya. kek ni sangat simple dan bahannya pun tak lah susah, cuma agak renyah dan kalau salah teknik, memang tak jadi juga keknya. Alhamdulillah percubaan pertama mejadi 60% kali kedua menjadi 90% dan kali ketiga 100% perfect alhamdulillah. Dah ada orang tempah pun.

caramel kek ni sangat sedap dan tak muak makan sebabnya dia lembut dan rasanya sangat enak. ok la jom intai resepi buat yang mahu mencuba. Resepi yang saya guna ni 100% menjadi jika betul2 ikot step,. Terima kasih kak zu resepi yang akak share ini


RESEPI KARAMEL KEK
SUMBER: DARI DAPUR KAK ZU
BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1 cawan  susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan
LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 /2 tsp baking powder
50 ml minyak  jagung @ minyak masak (Saya guna minyak jagung)
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati
MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ada  walaupun setitik kuning telur ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 /2 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.
 *CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA ( adunan kek )

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. saya bahagi adunan kepada 3 adunan dan letakkan pewarna kesukaan saya
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang. (pastikan betul2 sejuk baru terbalik, kalau tak caramel akan berderai)
7. Terbalikkan kek perlahan lahan. Lapkan lebihan air gula yang melimpah jatuh. masukkan kedalam freezer, lepas tu baru makan. Lagi enak bila kek dalam keadaan sejuk.

VICTORIA SANDWICH CAKE

Assalamualaikum memandangkan sana sini orang dok publish Victoria sandwich cake ni, terliurnya saya. lantas terus mencari resepi. Mestilah resepi dari kak ita. Alhamdulillah berjaya juga akhirnya menyiapkan cake yang peneuh dengan strawberry ini so jom intai resepi





VICTORIA SANDWICH CAKE
Resepi Oleh : KG
Rujukan :
Yatie
Diambil dari: Azlita Masam ManisBahan Kek
220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
secubit garam

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor~saya kurangkan kepada 220gm
250 gm butter tanpa garam~saya guna anchor
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanilla~saya guna colourless vanilla esen
5 biji telur
Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.

Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata

Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan
Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata
Tambahkan tepung yang telah di ayak Kaup balik dengan spatula hingga rata Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
Bakar kek selama 30 minit.

Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jam atas kek.
Vanilla Cheese Krim
Resepi Oleh : 
Rima

1 1/2 cawan Heavy Whipping Cream ~ ita guna non Dairy Whipping Cream
56 gm cream cheese
2 sudu besar lemon paste~saya kurangkan kepada satu sudu
Putarkan cream cheese dan lemon paste hingga lembut

Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental
Satukan cream cheese dan cream putar dan kaup balik rata
Masukkan dalam piping bag.

Wednesday, 3 December 2014

CLASS BERSAMA NORBAINI

Assalamualaikum semua, diharapkan semua sihat Walafiat dan diberkati Allah hendaknya. Semoga hari-harimu indah dan nikmatila setiap nafas kurniaan Allah itu dengan penuh rasa kesyukuran. OK la saya nak menceritakan pengalaman saya ahad lepas. hari sabtu saya ada kelas di UM kemudian esoknya ambil kesempatan attend kelas KAK NORBAINI. Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan layanan, pengajaran dan juga ilmu yang dicurahkan.

Alkisahnya, saya ni teringin sangat la nak buat kek cantik2 macam orang lain yang menggunakan buttercream tu tapi bermacam bunga. Saya pun dok search la kat blog mana yang berkenan di hati. Ada tu harganya sampai ribu pulak berhari-hari. Saya nak belajar basic ajekan.

Search punya search, Alhamdulillah jumpa blog kak norbaini ni. Tengok proce boleh tahan reasonable lah pada saya. Then terus book. Hari ahad saya pun attend kelas dia, walaupun sesat ntah kemana-mana. HEHEH...sesampainya, kitorang blaja buat buttercream resepi kak norbaini. MasyaAllah, serius sedap. Saya rasa resepi kak norbaini ni memang sedap jika nak dibandingkan dengan rsepi yang lain-lain.

Kemudian kak nor start ajar basic nak buat bunga, nozzle ape nak guna untuk bunga yang macamana. Lepas tu dia ajar melempa kek dengan buttercream resepi beliau. dah sejukkan semua, kitorang lunch tengahari rumah kak nor. Hurm selera kampung. sedap dan puas hati. Hehehehe..lepas solat semua sambung blaja buat bunga ros pulak. dah setel semua, terus apply kat ats kek kitorang. serius nervous takot nanti turn up x cantik macam diharapkan.

at last...tadaaaaa...pandanglah lihatlah kek ku yang menawan.....hahahaha....saya tersenyum gembira dan bangga dengan hasil kerja saya. Dan dah boleh buka order...next.......Alhamdulillah.terima kasih Allah atas kurniaan Mu yang tidak terhingga.

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN YA

Wednesday, 5 November 2014

SUP EKOR DAN SAYUR CAMPUR HAILAM

Assalamualaikum semua. Alkisahnya cerita makan-makan lah ye. ssemalam kepingin sangat makan sup ekor dan juga sayur campur. bila pikir2 balik sayur campur ni nak masak apekan. terus teringat masak hailam ajelah kan.memandangkan dah lama beli ekor sebab teringin, masakla.

apepun, ekor ni kena rebus lama. kalau boleh rebuslah sehari sebelum nak makan, dan simpan dalam peti ais. esoknya baru masak. kalau tak..hurm alamatnya dapat makan kuah ajelah ye.hehehe

jom intai resepi!!

SAYUR CAMPUR HAILAM WITH EGG TAUHU



BAHAN-BAHAN
1 mangkuk brokoli
1 mangkuk cendawan tiram
2-3 keping hirisan carpcisum hijau
2-3 keping hirisan carpcisum merah
1 mangkuk carrot yang dipoting hiris bulat
1 paket taufu tekur yang dah siap digoreng

BAHAN-BAHAN TUMIS
2sudu bawang merah dah siap blender
1 biji bawang putih
2 sudu besar sos tiram
kicap manis secukup rasa
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air(air sejuk aje ye)
















CARA-CARA
tumiskan bawang putih, bawang merah

dah agak garing masukkan sos tiram

masukkan semua bahan sayuran tadi

masukkan air 1 - 2 cawan

masukkan kicap secukup rasa, garam dan gula sedikit

tutup semua dengan tudung periuk sekejap dalam 5 minit untuk masak menyeluruh kemudian masukkan taufu telur dan gaul sempurna

angkat dan hidangkan




SUP EKOR




BAHAN-BAHAN

1 mangkuk ekor yang telah direbus lembut
2 batang serai
2 ruas ibujari halia
3 biji bawang putih
3 sudu besar bawang merah dah siap blender
1 tangkai salary
1 biji tomato dibelah empat
5 tangkai cili dihiris nipis
daun sup daun bawang untuk hiasan


















CARA-CARA
blender halia dan bawang putih

tumiskan bawang merah bawang putih dan halia

masukkan ekor kemudian masukkan batang salary

masukkan air 3-4 cawan/ sehingga ekor tenggelam

masukkan cili dah dipoting nipis

masukkan garam dan gula serta serai

setelah agak mendidih barulah dimasukkan tomato kedalam

setelah siap letakkan sedikit tauge  keatas serta daun sup dan daun bawang serta bawang goreng

selamat mencuba!!