Assalamualaikum semua. Alkisahnya cerita makan-makan lah ye. ssemalam kepingin sangat makan sup ekor dan juga sayur campur. bila pikir2 balik sayur campur ni nak masak apekan. terus teringat masak hailam ajelah kan.memandangkan dah lama beli ekor sebab teringin, masakla.
apepun, ekor ni kena rebus lama. kalau boleh rebuslah sehari sebelum nak makan, dan simpan dalam peti ais. esoknya baru masak. kalau tak..hurm alamatnya dapat makan kuah ajelah ye.hehehe
jom intai resepi!!
SAYUR CAMPUR HAILAM WITH EGG TAUHU
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk brokoli1 mangkuk cendawan tiram
2-3 keping hirisan carpcisum hijau
2-3 keping hirisan carpcisum merah1 mangkuk carrot yang dipoting hiris bulat
1 paket taufu tekur yang dah siap digoreng
BAHAN-BAHAN TUMIS
2sudu bawang merah dah siap blender
1 biji bawang putih
2 sudu besar sos tiram
kicap manis secukup rasa
1 sudu tepung jagung dibancuh dengan air(air sejuk aje ye)CARA-CARA
tumiskan bawang putih, bawang merah
dah agak garing masukkan sos tiram
masukkan semua bahan sayuran tadi
masukkan air 1 - 2 cawan
masukkan kicap secukup rasa, garam dan gula sedikit
tutup semua dengan tudung periuk sekejap dalam 5 minit untuk masak menyeluruh kemudian masukkan taufu telur dan gaul sempurna
angkat dan hidangkan
SUP EKOR
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ekor yang telah direbus lembut
2 batang serai
2 ruas ibujari halia
3 biji bawang putih
3 sudu besar bawang merah dah siap blender
1 tangkai salary
1 biji tomato dibelah empat
5 tangkai cili dihiris nipis
daun sup daun bawang untuk hiasanCARA-CARA
blender halia dan bawang putih
tumiskan bawang merah bawang putih dan halia
masukkan ekor kemudian masukkan batang salary
masukkan air 3-4 cawan/ sehingga ekor tenggelam
masukkan cili dah dipoting nipis
masukkan garam dan gula serta serai
setelah siap letakkan sedikit tauge keatas serta daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment