RESEPI FONDANT HOMEMADE MUDAH
Assalamualaikum semua...seperti yg dijanjikan...sy share receipe fondant ya.. dan cara2nya..cuma x da gambarlah..nt ada masa sy update satu per satu gambar and tutorial ya.....insyaAllah..
Sy bg resepi dulu. Full tutorial beserta gambar sy update kemudian ya.maaf masa terhad...
Resepi dr chef norbaini rahwi
Bahan2 utk membuat fondant
1 tbs halal gelatin
3 tbs air
3 tbs syrup glukose
1 tbs glyserin
750 icing sugar diayak
1tsp clear vanilla
*masukkan gelatin kedalam mangkuk dan masukkan air. Biar mengembang.biasanya kurang dr 10 minit dah selamat kembang.
Sementara panaskan air dlm periuk/kuali
Dengan kaedah double boiled Masukkan gelatin yg dah kembang tadi
Setelah gelatin mencair, masukkan syrup glukos.denganbmenggunakan kaedah dua sudu masukkan kedalam mangkuk yg ada gelatin td kacau sebati
Masukkan glyserin dan kacau sebati.
Masukkan icing sugar yg telah diayak kedalam bowl mixer.
Lubangkan ditengah gula icing dlm bowl td
Tuangkan adunan tadi ketengah bowl mixer tadi. Kemudian dengan menggunakan hook_ hidupkan mixer perlahan biar dia sebati sediti.
Kemudian sy keluarkan dari bowl dan uli
Cara uli seperti uli roti
Sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan dan permukaan.wrap dengan plastic wrap. Letakkan ke tepi seblm digunakan.pastika semasa uli jauh pada kipas.nt cepat kering...
Selamat mencuba..
Nt sy up.tutorial bergambar ya.
Bunga..dari gumpaste ya..bukan fondant.dot dot tu dari royal icing
**masa menguli.pastikan diuli atas mosaic ataupun atas silicone mat untuk mengelakkan melekat lekat..
Nt sy update royal icing dan gumpaste resepi ya...
No comments:
Post a Comment