Assalamualaikum semua. Dah lama rasa tak menulis dan menjengah ke blog sendiri. Almaklumlah..bila outstation aje mulalah tak da masa untuk online. Adat bekerja. Apapun itu fitrah manusia. Jika ada benda yang lebih penting perlu diutamakan, makanya perkara yang ke-2 ke-3 akan ditinggalkan dahulu.
alhamdulillah saya sudahpun register class di UM untuk sem-2. Diam tak diam sahajakan. Apapun, doakan saya sentiasa success dalam bidang yang saya ceburi ini. Oklah dah melalut banyak kan. Saya nak berkongsi sedikit tentang kelas cake deco yang saya join haritu di bakewell supplies Taman Melawati. Alkisahnya, saya ni seorang yang tidak suka membazir masa. Jadi ada je masa yang saya boleh manfaatkan, saya akan manfaatkan sepenuhnya. Kebetulan hari ahad memang saya free, makanya, saya check2 website ada kelas ni. Wahhh. hati memang teruja nak value add tentang fondant and deco.
Alhamdulillah first sekali kelas demo yang chef ajar. memang berbaloi sesangt. Bukan saya sorang aje rasa macam tu. Termasuk rakan2 baru yang saya kenal juga. ya Allah. Sangat happening tau kelas ni dan berbaloi sangat dengan ilmu yang chef ni terangkan. Dia takl kedekut. Apa sahaja kita tanya dia akan tunjuk and jawabkan. Subhanallah. Sangat best.
Alkisahnya membuat gift box. Mula2 3 jam pertama chef ajar dulu membuat gift box.kaedah, jenis2 fondant, apa cmc, apa gum tragacant dan macma2 lagi. kemudian chef ajar lagi macamana nak pasang fondant dengan cara yang betul. suhu yang macamana dan bermacam lagi.
So lepas tu kita starts dengan Hands on kelas habis aje kelas demo. Hasilnya anda boleh lihat seperti gambar dibawah. sangat mengujakan kan?begitulah perasaan saya yang teruja masa membuat deco ini. Walaupun saya kepenatan malamnya, namun tetap gembira kerana bertambah lagi satu ilmu. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment