Monday 15 June 2015

HOTDOG BUN IN THE HOUSE

Assalamualaikum. Moga sentiasa sihat dirahmati Allah selalu hendahknya. Bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan dengan penuh kasih sayang.

So hari ni nak share resepi Bun sosej yang dah lama cuba, baru nak update hari ni. alhamdulillah bun sedap, gebu dan sedap di makan begitu sahaja.
Boleh refer sini or sini untuk gulung

BAHAN-BAHAN
190 ml air
400 gm tepung roti
5 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
2 sudu kecil yis
60 gm butter
**bahan2 lain**
12 batang sosej

Campurkan semua bahan dan uli. Sehingga tidak melekat

bahagikan doh kepada 12 bahagian.

bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.

ambil sebiji doh. canaikan

ambil sebatang sosej dan gulung

Biarkan lagi sehingga 15 minit

Bakar suhu 160c selama 15-20 minit (ikut oven masing-masing) saya kecil je

untuk berkilat, sila sapukan kuning telur di atas roti, dan lanser tray dengan marjerin or butter supaya bun tak melekat.

selamat mencuba


No comments: