Thursday, 17 July 2014

AYAM KICAP LADA HITAM DAN MIX OMELLET

Assalamualaikum semua. diharapkan sihat sentiasa hendaknya. moga di 10 Ramadhan terakhir ini dapat sama-sama kita melonjakkan momentum dalam ibadah seharian kita. InshaAllah.



kali ini nak sgare resepi yang saya masak iaitu AYAM KICAP LADA HITAM dan juga MIX OMELLET. Memandangkan saya ni suka mereka makanan, ada sahajalah yang saya nak olah. benda yang senang pun kadang-kadang jadi susah.

AYAM KICAP LADA HITAM

BAHAN-BAHAN

3 ketul ayam
1 biji kentang dihiris nipis
1 labu bawang sederhana besar
1 ulas bawang putih dihiris nipis
1 ruas jari hali dihiris nipis
1 cubit lada hitam ditumbuk lumat
2 sudu sos tiram
1 sudu besar tepung jagung di rendam dengan air

Kicap manis Jalin

*garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA

Tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. masukkan kentang dan biar lama untuk dapatkan kentang empuk.

Masukkan sos tiram dan kicap manis secukup rasa dan baru masukkan ayam.

Untuk mendapatkan kentang lebih cepat empuk, tutup kuali anda dengan penutup periuk

masukkan lada hitam ditumbuk dan biar kan sekejap.

Kemudian masukkan tepung jagung yang telah direndam dengan air sebentar tadi

Siapp!!!!


MIX OMELLETTE

BAHAN-BAHAN

2 biji telur gred A
1/2 biji kubis di hiris nipis
1/2 labu bawang sederhana besar dipotong dadu nipis
5 tangkai cili hijau dihiris nipis
1/2 cawan daging kisar

CARA-CARA

MAsukkan semua bahan kedalam mangkuk

kemudian pecahkan telur dua biji kedalamnya dan Kacau sebati

Panaskan kuali dengan minyak yang cukup masukkan adunan tadi

kemudian tebalik balikkan

siappp!!!

Tuesday, 15 July 2014

SPAGHETTI MUDAH DAN CEPAT





Assalamualaikum semua. Diharapkan sihat sejahtera. Moga-moga hari ini lebih baik daripada semalam. Masih lagi saya di dalam mood Ber "PASTA". Semalam saya sempat juga membuat spaghetti yang dah lama saya mengidam. Ala-ala itali gitu.

Sepeti biasa semua sedia maklum Pasta ini adalah makanan yang sangat terkenal di Itali. Ada pelbagai jenis pasta dari segi cara, rasa dan pelbagai lagi. Ada juga Pasta yang dimelayukan. Hari ini saya nak berkongsi sedikit resepi ringkas saya menyediakan Spaghetti bolognese.


BAHAN-BAHAN

1 paket san remo spaghetti

2 sudu besar butter
1 tin pregio san remo tomato traditional
1 mangkuk ayam kisar
1 cawan cendawan butang dihiris nipid
1 cawan cendawan straw di belah 4-6 memanjang
1 labu bawang merah dicincang halus
3 batang sosej  cheese dipotong nipis
4 keping sotong di potong (optional)





CARA-CARA

Rendam spaghetti di dalam air panas sehingga kembang angkat dan toskan

Panaskan butter sehingga mencair

Masukkan bawang dan tumis sehingga naik bau

masukkan ayam, sotong  sosej dan cendawan sekali biar sehingga 1/2 masak

masukkan 1 tin tomato san remo kacau sehingga sebati

dengan sukatan tin tadi, masukkan air kedalam tin dan masukkan ke dalam bahan tadi ( 1 1/2 tin)

biar sehingga mendidih dan angakt ke dalam spaghetti dan siap di hidang

selamat mencuba!!






Monday, 14 July 2014

LASAGNA CENDAWAN SOS PUTIH

Assalamualaikum semua. Dah masuk Ramadhan pertengahan. Apa khabar iman? apa Khabar hati? Moga-moga kita diberikan kekuatan dalam menempuh segala ujian di bumi Allah. Jangan lupa untuk kita titipkan doa buat rakyat Palestin yang sedang diserang zionis laknatullah. Moga Allah memberikan kemenangan kepada umat islam. InshaAllah.


Alhamdulillah dalam saya kepingin memakan lasagna cendawan, saya berkesempatan membuat sendiri. Saya jumpa resepi ini di blog Kak wan. Jom lihat hasilnya. Ada yang saya olah sedkit dari resepi beliau.



Lasagna Cendawan

Bahan-bahan
4 keping lasagna segera
(rendam lasagna hingga lembut dalam air, toskan sebelum di masukkan ke dalam acuan)
** lasagna segera tidak perlu dicelur tetapi kerana sos cendawan ini agak kering, jadi rendam dulu kulit lasagna

Bahan Inti
1 labu bawang besar di cincang/dadu
3 ulas bawang putih di cincang
100gm cendawan hitam di hiris
100gm cendawan butang di hiris
100gm cendawan enoki di hiris
100gm lof ayam/daging di potong dadu ~Saya gunakan ayam kisar
3 sudu besar marjerin / minyak zaitun
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar parutan keju cheddar
100ml susu cair
2 biji telur ayam di pukul sedikit
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit lada sulah
*** marjerin agak masin, gunakan sedikit saja garam. Boleh gantikan dengan mentega tanpa garam atau minyak
zaitun.
**Untuk cendawan saya hanya menggunakan cendawan straw sahaja

Bahan Tabur
50gm parutan keju cheddar
100gm parutan keju mozarella
1 biji buah tomato di belah

Cara-cara :
1.
Bahan Inti : Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya. Masukkan
tepung gandum, gaul rata. Kemudian tuang susu cair sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.

2. Masukkan cendawan, loaf ayam dan keju, perasakan dengan lada sulah, gula dan garam. Gaul rata dan
biarkan sehingga agak kering. Angkat dan sejukkan dahulu.

3. Kemudian tuangkan telur yang dipukul ke dalam inti, gaul sehingga rata. Ketepikan.

4. Leser acuan dengan marjerin. Letak sekeping lasagna, letak bahan inti dan ratakan. Ulangi melapis sehingga habis. (Lapisan lasagna bergantung pada saiz acuan jika besar tambahkan lapisannya)

5. Untuk lapisan akhir, tabur dengan keju hingga rata dan hias dengan hirisan tomato atau cendawan
diatasnya.

6. Bakar pada suhu 160C selama 30 minit atau sehingga keju keperangan.





Thursday, 10 July 2014

ROTI SARDIN CELUP TELUR JUADAH RINGKAS

Assalamualaikum pembaca semua. Moga-moga hari ini lebih baik dari semalam. Semalam teringat ingat nak buat roti sardine goreng. Sekali memang ada resepinya yang saya ambil dari dapur tanpa sempadan. namun ada yang saya olah serba sedikit mengikut citarasa saya.

Sardin ini biasanya saya hanya makan mentah diperah dengan air limau kemudian cincang dan makan dengan roti ketika zaman belajar dahulu. Semuanya nak mudah dan senang. Sekarang ni dah ada dapur, bolehla nak mereka macamana cara memasak. Alhamdulillah menjadi juga.

Memandangkan saya bukan penggemar masakan atau makanan yang deep fry, jadi saya hanya buat dua keping sahaja untuk melepaskan gian di tekak saya yang teringin sangat nak makan roti sardin celup telur ni. Kalau beli di bazar Ramadhan rasanya dan intinya mungkin tak sama dengan selera saya. memandangkan saya agak cerewet.hehehe...

So jom tengok resepi!!


ROTI SARDIN CELUP TELUR
SUMBER: DAPUR TANPA SEMPADAN


BAHAN-BAHANNYA
16 keping roti sandwich
2 keping keju cheesedale, potong 4 setiap 1
2 biji telur, dipukul sedikit
1 tin kecil sardine, asingkan ikan dan sosnya
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping nipis hirisan halis, cincang halus
Secubit garam
2 biji limau kasturi, perah jusnya

** Saya tambah;
1 biji kentang dipotong dadu
2 batang daun sup daun bawang dihiris nipis
1 sudu cili blender

CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih,kentang  dan halia hingga harum dan bawang besar layu dan juga kentang empuk. Masukkan daun sup dan daun bawang. Gaul sebati. Masukkan cili blender dan biarkan sedikit garing.
  2. Masukkan ikan sardine (hancurkan), kacau rata dan tambah 3 camca besar sos ikan sardine. Tambah secubit garam dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Matikan api dan biar inti sejuk.
  3. Sekarang kita sediakan roti sardine.potong bahagian tepi roti. Ambil sekeping, sudukan kurang lebih 1/2 camca besar inti sardine, letakkan 1 potongan keju atasnya. Sapu telur pada bahagian tepi roti. Ambil sekeping lagi roti dan tutup atas roti berisi inti tadi. Tekan2 bahagian tepinya dengan belakang sudu hingga melekat. Kemudian trim biar nampak kemas. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Buat hingga siap
  4. Panaskan minyak, menggunakan baki telur tadi, celup sebiji roti sardine hingga rata dan goreng dalam minyak panas. Che mat goreng 4 biji sekali, goreng 2 minit untuk setiap bahagian atau hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Buat hingga siap. Boleh hidangkan untuk berbuka puasa. Sedap dimakan bersama sos cili..

Wednesday, 9 July 2014

CUCUR NASI IKAN BILIS JUADAH SAHUR

Assalamualaikum semua. Diharapkan masih segar menghirup udara di bulan yang penuh barokah ini. MasyaAllah sudah masuk ke pertengahan Ramadhan. Sekejap sahaja masa berlalu. Moga-moga kita semua diberi kekuatan dan keberkatan. InshaAllah.

Saya cuma ingin berkongsikan resepi yang saya dapat dari blog dapur tanpa sempadan. Cucur nasi ikan bilis. Saya selalunya hanya membuat cucur ikan bilis yang biasa sahaja tak pernah ditambahkan nasi di dalamnya. Kali ini saya tidak mahu nasi berlebihan terbuang begitu sahaja.

Cucur sangat sinonim dengan masyarakat melayu. Boleh dikatakan makanan yang ringkas dan enak. Selalunya cucur dibuat di petang hari dan dimakan bersama kopi "0". Selalunya saya akan memakan cucur ini bersama keluarga. Masa inilah kita nak bercerita dan bergurau senda dengan keluarga sambil menikmati cucur yang panas dari kuali.




CUCUR NASI IKAN BILIS


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  3. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.
Selamat mencuba!!
 

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA JUADAH BERBUKA





Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian. Alhamdulillah masih menikmati Ramadhan penuh barokah ini. Masakan tidak, seronok beribadah di bulan Ramadhan ini sangat terasa bahangnya. semalam membelek-belek resepi  untuk desert juadah berbuka puasa. Terasa tekak ingin menikmati agar-agar. Last-last tengok kat blog citarasawan ada agar-agar santan gula melaka ni. Terliur pulak tekak ingin menikmati. Walaupun agak terlambat meng'update' gambar hasil air tangan

Agar-agar ni sinonim sangat dengan masyarakat melayu dan yang lain. Ini kerana agar-agar menjadi satu desert yang divariasikan buat penyejuk badan. Tambahan cuaca sekarang. So bagi yang dah biasa membuat agar-agar, terasa kacang kan? Tapi bagi yang tak biasa macam saya ni...agak terkial-kial.hehehe. So bolehla check it out resepi di bawah


AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA

Bahan-bahan
10gm serbuk agar-agar
1 liter air (4 cawan)
250gm gula melaka
250ml santan pekat (1 cawan)/santan kotak
1 biji telur ayam
1/4 garam
2 helai daun pandan - simpul
Loyang atau bekas kecil - basahkan dahulu

Cara-cara :
Satukan santan, telur dan garam. Pukul ringan dengan garpu. Ketepikan.

Satukan air, serbuk agar-agar, gula melaka dan daun pandan. Masak hingga gula larut. Tapis ke dalam
periuk yang lain untuk membuang kotoran pada gula melaka.

Masak semula hingga mendidih, kecilkan api dan tuang campuran santan dan telur.

Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih

kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau untuk
mengelakkan adunan membuak keluar.

Bila adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

Tuang dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!!

Monday, 7 July 2014

JUADAH RAMADHAN KE 9




Assalamualaikum wbt buat pembaca sekalian. Rindu rasanya ingin menaip resepi-resepi kegemaran dan juga rindu juga ingin membuat resepi yang telah di kongsi oleh blogger-blogger lain. Namun kekangan masa yang memuncak, membuatkan masa untuk memasak sedikit terhad. Di bulan puasa ini, saya tidak pernah lagi dapat memasak sendiri. Semuanya hanya beli di bazar disebabkan tepaksa balik lewat. Nak masak pun tak sempat. nanti pukul 8.30 dah bersiap-siap bertarawih pula.

Alhamdulillah semalam 9 Ramadhan sempat saya melepaskan rindu dengan senduk dan kuali. Ok semalam saya masak yang simple sahaja. AYAM MASAK MERAH dan juga SAYUR CAMPUR TUMIS AIR

AYAM MERAH TAUFU TELUR

BAHAN-BAHAN
3 ketul ayam
2 paket taufu telur
1 ruas jari halia dihiris halus
1/2 labu bawang merah
2 ulas bawang putih dihiris halus
2 sudu cili boh/cili kering diblender
2 sudu sos cili kimball
1 sudu sos tomato
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA
potong nipis taufu telur dan goreng sehingga separuh garing, angkat dan toskan

Gorangkan ayam sehingga separuh garing angkat dan toskan

setelah angkat ayam, masukkan bawang, halia dan bawang putih
 hingga naik bau

kemudian masukkan cili boh/cili blender dan biarkan hingga garing

jika mahu lebih wangi boleh tambahkan bunga lawang ataupun kayu manis

setelah garing, masukkan sos cili dan sos tomato

masukkan sedikit air dan kacau sebati. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa

masukkan ayam tadi dan tutup kuali dengan penutup periuk supaya masaknya sekata

setelah itu agak-agak kelihatan ayam sudah masak, masukkan taufu telur goreng tadi dan gaul bersama ayam yang telah dimasak rata.

angkat kedalam pinggan dan hiaskan bersama daun sup dan daun bawang.


SAYUR CAMPUR TUMIS AIR

BAHAN-BAHAN

3 batang sawi organik
4 ke 5 tangkai brokoli segar dihiris nipis
1 gengam tauge
1/2 labu bawang merah dihiris halus
1 biji bawang putih dihiris halus
 secubit ikan bilis.

CARA-CARA

Panaskan minyak di dalam periuk

Masukkan bawang, bawang putih dan ikan bilis. Biarkan sehingga garing.

masukkan bahan-bahan sayuran tadi kecuali tauge

gaul sebati dan kemudian masukkan air sehingga tenggelam sayuran tersebut. masukkan secubit garam dan gula

masukkan tauge kemudiannya dan angkat ke dalam mangkuk

Siap dihidang. Selamt mencuba