Assalamualaikum pembaca semua. Moga-moga hari ini lebih baik dari semalam. Semalam teringat ingat nak buat roti sardine goreng. Sekali memang ada resepinya yang saya ambil dari dapur tanpa sempadan. namun ada yang saya olah serba sedikit mengikut citarasa saya.
Sardin ini biasanya saya hanya makan mentah diperah dengan air limau kemudian cincang dan makan dengan roti ketika zaman belajar dahulu. Semuanya nak mudah dan senang. Sekarang ni dah ada dapur, bolehla nak mereka macamana cara memasak. Alhamdulillah menjadi juga.
Memandangkan saya bukan penggemar masakan atau makanan yang deep fry, jadi saya hanya buat dua keping sahaja untuk melepaskan gian di tekak saya yang teringin sangat nak makan roti sardin celup telur ni. Kalau beli di bazar Ramadhan rasanya dan intinya mungkin tak sama dengan selera saya. memandangkan saya agak cerewet.hehehe...
So jom tengok resepi!!
ROTI SARDIN CELUP TELUR
BAHAN-BAHANNYA
16 keping roti sandwich
2 keping keju cheesedale, potong 4 setiap 1
2 biji telur, dipukul sedikit
1 tin kecil sardine, asingkan ikan dan sosnya
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping nipis hirisan halis, cincang halus
Secubit garam
2 biji limau kasturi, perah jusnya
** Saya tambah;
1 biji kentang dipotong dadu
2 batang daun sup daun bawang dihiris nipis
1 sudu cili blender
- Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih,kentang dan halia hingga harum dan bawang besar layu dan juga kentang empuk. Masukkan daun sup dan daun bawang. Gaul sebati. Masukkan cili blender dan biarkan sedikit garing.
- Sekarang kita sediakan roti sardine.potong bahagian tepi roti. Ambil sekeping, sudukan kurang lebih 1/2 camca besar inti sardine, letakkan 1 potongan keju atasnya. Sapu telur pada bahagian tepi roti. Ambil sekeping lagi roti dan tutup atas roti berisi inti tadi. Tekan2 bahagian tepinya dengan belakang sudu hingga melekat. Kemudian trim biar nampak kemas. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Buat hingga siap
- Panaskan minyak, menggunakan baki telur tadi, celup sebiji roti sardine hingga rata dan goreng dalam minyak panas. Che mat goreng 4 biji sekali, goreng 2 minit untuk setiap bahagian atau hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Buat hingga siap. Boleh hidangkan untuk berbuka puasa. Sedap dimakan bersama sos cili..
No comments:
Post a Comment