Assalamualaikum sahabat semua. Bagaimana Sambutan hari raya? Saya Alhamdulillah sambutan kali ini sangat bersederhana. Al Maklumlah umat islam sekarang sedang di Uji di GAZA, membuatkan hati rasa dingin untuk beraya sakan. Terkenangkan kita dihujani juadah yang tak putus-putus. mereka pula dihujani tembakan dan bom yang tak putus-putus. masyaAllah. Jangan lupa kita sama-sama berdoa untuk mereka disana.
Dah panjang saya berceloteh. sahaja saya ingin share sedikit tempahan yang saya dapat dari kawan-kawan sehari sebelum raya. Ya Allah memang tak menang tangan. Ordernya sedikit sahaja, tapi serentak order buatkan saya tak tidur semalamam. Apepun Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi last minute. Saya pun memang tak ambil ape-ape tempahan memandangkan sibuk sangat dengan project ditempat kerja. Apa yang saya buat ini adalah pasif income ataupun side income sambil mengasah bakat dan creativity saya sendiri.
Side income ini sangat mudah kita nak generate. bergantung pada kerajinan seseorang untuk mendapatkan dan menjanakan pendapatannya. Ada yang rasa tidak perlu. Ada surirumah yang berpendapatan 5 angka hasil daripada biss. online ini. Semuanya berdasarkan keyakinan dan kerajinan diri sendiri. Saya sendiri rasa sangat beruntung diberikan nikmat kreativity dan daya usaha yang tinggi. maka terhasillah blog ini dan karya masakan saya sendiri. Walaupun kadang-kadang sumber adalah dari orang lain, namun sekurang-kurangnya kita tetap dapat mencuba. Untuk tempahan tempohari, 2 chocolate cheese brownies, 100 biji cheese tart blueberry filling dan juga 200 apam bees and ladybird. nasib ada mama yang menghulurkan tangan. untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, sila refer disini
No comments:
Post a Comment