Monday, 11 August 2014

MACARONI GORENG

Assalamualikum semua. Di harapkan kalian sihat sejahtera. Kali ini saja nak berkongsi resepi. iaitu Macaroni goreng. Macaroni ini adalah makanan asal itali yang divariasikan mengikut selera masing-masing. Termasuklah selera kampung kita ini, Masa saya di sekolah, ada seorang sahabat saya membawa macaroni goreng ini untuk santapan satu dorm kami. Mengenangkan dan teringat akan hal itu saya pun membuatnya semalam.

Sebenarnya saya patut guna macaroni yang bentuk semi u itu, tapi stock tak da pulak kat rumah, jadi terpaksalah saya  gunakan macaroni berbentuk siput ini.Apapun jon intai resepi.


BAHAN-BAHAN
1 mangkuk macaroni
1 biji bawang kecil
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 biji telur ayam
sedikit hirisan carrot
sedikit hirisan lada banggala atau kita panggil capcisum
1 sudu cili blender
1 sudu cili sos
1 gengam udang
gula dan garam secukupnya

CARA-CARA

Rebus macaroni ke dalam air panas dan biar sehingga lembut dan empuk kemudian toskan

hiriskan bawang merah dan bawang putih


panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau . masukkan capcisum, carrot dan tomato


masukkan cili blender dan biar sehingga garing. Masukkan gula dan garam secukup rasa, kemudian masukkan cili sos satu sudu. tambahkan air. kemudain pecahkan telur dan biar garing skit, kacau macam scramble egg tu 

kemudian masukkan udang dan macaroni. gaul sehingga sebati dan masak keseluruhannya.

Dah siap bolehla menikmatinya dengan penuh semangat. jangan lupa baca bismillah :)


No comments: