Thursday, 14 August 2014

PENANG ------> SANTAI BERSAMA BESTIESS



Assalamualaikum buat sahabat di luar sana. Dah pertengahan syawal kita. Alhamdulillah masih lagi beraya bersama keluarga tersayang dan kawan-kawan yang sentiasa ada di saat susah dan senang. ini adalah gambar bercuti bersama sahabat baik saya di universiti satu ketika dulu.memandangkan si kurus ni balik bercuti dari United Kingdom Warwick university, kami mengambil kesempatan untuk bercuti bersama. Kawan saya menyambung masternya, dan lagi sorang ni kerja satu tempat dengan saya.

Oklah saya nak berkongsi sedikit gambar dan juga  pengalaman sepanjang berada di Penang. Rasanya dah 8 tahun saya tak menjejakkan kaki di bumi Penang ini semenjak habis SPM. Saya bekas pelajar SOKSEK01-15. Jadi disebabkan kawan saya kedah dan saya dari Perak kami sepakat untuk berjumpa ditengah-tengah. lagipun penang ada banyak tempat untuk dikunjungi.

 hari pertama kami check in di hotel ditengah bandar. Lupa dah nama hotelnya dan tak sempat nak bergambar tempohari. Percutian 2 hari 1 malam ini sudah cukup mengamit kenangan. heheheh..macam kilauan emas pulak kan. Ok lepas aje check in kami bertiga tidur sampai zohor dek kepenatan yang teramat sangat. Lepas Usai solat zohor kami ke BUKIT BENDERA. Memang lain sungguh bukit bendera sekarang dengan yang dahulu. Beza...Memang Berbeza.

Di bukit bendera dah guna electric railway. Boleh memuatkan khampir 100 orang kalau tak silap kami yang bersembang dengan pakcik driver tu. Sampai aje di atas tak dala sejuk sangat. Biasa sahaja. Dapat lihat pemandangan, ada OWL MUSEUM, dan ada tempat untuk LOCK MANGGA kat atas tu macam ala-ala korea. Tapi kat sini pakai SOLEX. tersenyum saya tengok lock yang ada kat sini.

Setelah itu kami mencari cendol yang sedap. Berdekatan dengan  Nasi kandar line clear. Tapi hari tu line tak berapa nak clear.Usai berjalan di bukit bendera, kami ke tempat kapal pelabuhan. Gambarnya saya tak sempat rakamkan untuk melihat sunset. Selepas itu kami ke PADANG KOTA. tu dia syurga makanan. Tapi apa yang saya tidak berapa suka adalah tempatnya yang agak kotor dan tidak terurus. mungkin saya datang pada weekend yang menyebabkan terlalu sesak dan ramai orang. Apapapun pasembur dia sangat sedap.!!

Keesokan harinya kami breakfast di Di depan hard Rock hotel. ok kat sini kami agak terkejut, sebab Murtabak ayam sekeping adalah RM 10. kuang kuang kuang. Lepas bayar baru tau. hehehe. Selepas itu kami gerakkan langkah ke JERUK MADU PAK ALI di seberang perai. Sebelum berangkat kami melawat di sana dahulu. Kat sini kita boleh dapatkan jeruk yang fresh dan sedap.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Sebenarnya dah agak lama percutian kami ini. Taoi saya baru ada kesempatan untuk mengupdatenya.

No comments: