Monday, 18 August 2014

BUBUR GENTEL/ CANDIL

Assalamualaikum semua. Hari ini saya just nak share bubur  yang selalu mama saya buat. tapi selaluya tak dala colouring macam yang saya buat ni. Kenetulan blog citarasawan buat bubur ni, so saya pun ikut resepi beliaula.

Bubur sangat terkenal pada masyarakat melayu. Kalau nak dapatkan aneka bubur, tunggu sahaj nanti di bulan Ramadhan, rambang mata nak memilih. Bubur juga adalah santapan harian yang selalu di makan di waktu petang bersama keluarga tersayang. Sebabnya, bubur amatlah mudah untuk dihidangkan.

So jom tengok resepi di bawah. Saya selalu panggil bubur gentel aje. sebab kena menggentel tepung jadi bebola

Bubur Tepung Pulut / Bubur Candil

Bahan-bahan
2 cawan tepung pulut
1 cawan air
1 sudu teh garam halus
pewarna jika suka
2 liter air untuk merebus
1 1/2 liter air sejuk untuk merendam (Masukkan dalam bekas)


Bahan Kuah
800ml santan ~ saya guna 3 kotak 200ml santan ayam brand
100gm gula pasir ~ saya kurangkan kepada 70g
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan - simpul
2 sudu kecil tepung ubikayu / jagung - larutkan dengan sedikit air ~saya tak guna sebab dah pekat


Cara-cara :
1. Satukan tepung pulut dan garam. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh, jika keras tambah
2-3 sudu kecil air.
2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan masukkan pewarna mengikut suka.
3. Gentel bulat-bulat buat hingga habis.
4. Didihkan air hingga mengelegak di dalam periuk. Masukkan bebola pulut dan masak hingga timbul di
permukaan air. Angkat dengan penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.


5. Kuah : Masak santan, gula, garam dan daun pandan, tambahkan ekor santan yang dikocak air kedalam kuah tadi hingga mendidih. Kemudian masukkan bola pulut dan masukkan ke dalam kuah dan hidangkan.
Post a Comment