Sunday, 3 August 2014

MURTABAK AYAM CREAM CRACKER

Assalamualaikum pembaca semua. Pasti kalian selalu memakan biskut cream crecker dicicah dengan air panas koppi atau pun teh kan? kali ini saya ingin berkongsi resepi dari ibunda tersayang, MURTABAK CREAM CRECKER. mungkin orang yang veteran tahu tentang murtabak ini. Tapi kalau saya tanya orang muda, ramai yang belum perbah dengar

Pembikinannya gak renyah, tapi mudah. Kenapa saya kata macam tu?? jom lihat dan intai resepi kemudian anda nilai sendiri ya.

BAHAN-BAHAN PENYEDIAAN AYAM KARI
 1 mangkuk ayam di potong dadu
1/2 biji bawang merah kecil dicincang halus
1 biji ulas putih dihiris halus
2 sudu serbuk kari

CARA-CARA
 panaskan minyak dan masukkan bawang dan bawang putih sehingga naik bau

masukkan ayam dan gaul sebati

masukkan serbuk kari dan kacau sehingga sebati dan masak, angkat ke dalam mangkuk


BAHAN-BAHAN PENYEDIAN MURTABAK
Loyang 7x8
500g biskut cream crecker (saya beli yang timbang)
1 tin susu
1 biji bawang merah besar dicincang halus
4 batang daun sup dan daun bawang dihiris halus
2 tangkai cili besar merah dihiris halus
3 biji telur dipukul sebati
1 mangkuk ayam yang telah ditumis kari


CARA-CARA
Letakkan bawang yang dihiris, cili, daun sup dan daun bawang serta ayam didalam satu bekas agar mudah untuk penyediaan

masukkan 1 tin susu cair kedalam kuali dan panskan dengan api yang sederhana

Setelah susu panas, masukkan kepingan biskut dan biar sehingga biskut separa lembik (jangna terlalu lembik kerana biskut akan patah dan hasilnya tidak cantik)

Angkat biskut separa lembik ke atas loyang dan susun rapat-rapat  mengikut besar loyang tersebut.

Setelah itu taburkan  ayam, cili, bawang merah, daun sup dan daun sup,bawang. Tuangkan sedikit demi sedikit telur yang telah dipukul ke atas permukaan murtabak. (fungsi telur adalah untuk bagi lapisan melekat)

Ulang langkah di atas sehingga habis kesemua bahan anda. (saya dapat 6 tingkat)

Jika susu sudah mulai kering, tambahkan air untuk mencairkannya.

Susu yang berlebihan, tuangkan di atas permukaan murtabak tersebut dan ratakan.

bakar murtabak di dalam oven selama 30 minit denga suhu 150 atau mengikut oven masing-masing




No comments: