Assalamualaikum. Apa khabar kalian yang masih lagi meraikan kedatangan Syawal? Moga kalian terus istiqamah dan bersabar dalam menjalani ibadah sehingga kita berjumpa lagi pada Ramadhan yang akan datang. InshaAllah.
Sebenarnya saja nak share sedikit cerita ceriti dengan kawan-kawan yang tersayang masa berbuka tempohari. Saya memang tak ramai kawan yang rapat kerana semua adalah kawan saya. Satu perkara yang saya takutkan adalah apabila mempunyai kawan rapat, saya akan sayang sangat kawan-kawan saya (untuk perempuanlah). Tapi sekarang saya memang ada teman yang susah dan senang bersama di Office saya. Alhamdulillah. So hari tu hang out dengan officemate saya (sabrina, Azzua, Shariffuddin&isteri dan Sabri& isteri) MasyaAllah ini adalah hari yang seronok buat saya. Sebab masing-masing bawa keluarga(maklumlah saya dan dua lagi bujang trang tang tang). kami habiskan waktu di shabu-shabu.
Saya nak bercerita sedikit tempat makan yang kami kunjung ini. SHABU-SHABU ini adalah ala-ala SEOUL GARDEN. Tapi bezanya SS tiada grilled. kalau nak makannan bergrilled, kena ambil di luar dan ada pekerja SS yang akan grilledkan dan hantar kemeja anda (waahhhh heaven kan). Macamana dia nak tahu mana meja kita kan? haaa dekat meja kita duduk dah ada penyepit. So bawak penyepit tu kat tempat grilled, pilih makanan grilled dan sepitla pinggan tu. Ha. best kan?
Untuk steamboat pula dia boleh pilih 2 jenis soup. kalau seoul garden 1 je kan? ini boleh pilih dua. So kami pilih tomyam dan soup tulang. Tak silap dia ada 4 jenis soup. Lepas tu pergi kat tempat amik makanan, amik segala apa yang ada, masuklah dalam periuk tu. hehehehe. Sesiput dia pun berbagai-bagai. SS ni sediakan, kekapis yang susah nak dapat tu pun ada tau.
makanan buffet pun sentiasa dia refill, saya pergi 3 kali, tiga kali makanan berlainan. Mula-mula spaghetti bolognese, pastu Nasi bubur and nasi goreng pastu sphagetti seafood pulak. serius tak rugi tau. Yang dia dah masak lain pulak. Udang masak sambal satu tray, sotong masak sambal satu tray. Memang sangat teruja. Nasi lemak pun ada. Patu kalau kat SEOUL GARDEN sambal dia hanya lebih kurang 6-9 jenis aje kan? kat SS ni berlambak sambal. Tempoyak pun hado..hehehee,,tak tipu. try la gi nanti korang akan rasa keterujaannya. Maaf saya tak sempat nak amik gambar view makanan kat situ sebab terlalu teruja sangat.
Dessert sia usah cakaplah. sentiasa refil yang baru. Puding disirami susu cair, bubur dua jenis, kek redvelvet, hokkaido cake, tart buat. memang sangat menyelerakan sampai kornag tak termakan tau. Patu buah dia pula satu peti ais. Ha pilih sampai lebam.
Kebetulan hari tu kitorang book by call, dah penuh, tapi rezeki, dapat bilik VIP privacy lah skit kan. Tapi tempat and service memang tiptop. Ada surau bilik air, dan tempat makanan pun sangat selesa walaupun ramai sangat orang time tu. Alhamdulillah. Owh lupa nak bagitau, grilled kat luar, dan makanan yang dipilih untuk grilled pun kat luar. Termasuk ada satay dan juga ayam percik, semua di luar.
Apa yang penting kami dapat bersama iftar. Itu yang lebih membahagiakan. Alhamdulillah Allah hadirkan mereka ini buat saya.
No comments:
Post a Comment