Thursday, 14 May 2015

BANGKOK THAILAND BEKERJA SAMBIL MELANCONG PART 2

Assalamualaikum semua..Moga-moga sentiasa di dalam rahmat Ilahi dan keberkatanNya. Tak lama lagi Syaaban menjengah. Moga bersedia untuk menghadapi bulan ramadhan Bulan Rahmat. Menyambung kisah thailand part 2 yang mengambil agak lama. New developement dah bermula, maka tuan dri pun terlalu sebuk dengan pelbagai kerja.Alhamdulillah nikmat kesihatan yang Allah beri untuk meneruskan kehidupan ini.

Untuk hari kedua di bangkok, pagi-pagi lagi saya berjalan ke luar TAI PAN Hotel untuk saje2 mengambil angin. dan melihat kawasan sekitar. Aktiviti bergambar pun bermula. Jam di sana masih 6.30 pg, tapi seperti sudah pkul 8.00 pg. So saya berjalan sekitar dan mengambil breakfast di hotel kerana jam 9.30 pagi driver akan membawa kami ke Sumitomo Wiring Thailand. Kiranya di Malaysia waktu 9.30 pg thailand itu adalah 10.30pg di Malaysia.

Setelah bersiap, kami semua terus ke SEWT. perjalanan selama 3 jam. Tidur je sepanjang perjalanan. kiri dan kanan sama macam highway kita juga. cuma di sini jalan luar ke dalam ke boleh celok-celok. kelakar pun ada juga. dan keadaan jalan raya bersih sahja walaupun lori banyak kat jalan raya. Setelah urusan kami di SEWT selesai, pulang ke bangkok  sukhumvit balik. Ya Ampun, jalan memang jam. Kami dah ada di dalam van hampir 4.5 jam. tapi tempuh ajela kan.nak buat macamana.

Setelah usai solat maghrib dan isya, kami pun bergerak mencari makanan untuk hari kedua. hari kedua kami semua decide untuk makan di Arab street. Ha kat sini macam banyak restoran arab dan macam2 barangan yang ornag arab jual. Menarik. Macam Capal, baju, Jubah. Ha adalah, macam2 tempat makan pun semua orang arab. kebab la Nasi beriyani la. Saya pun try Nasi beriyani ayam.Hurm, Beras nya panjang-panjang. hehehe...samela dengan kita makan kat Malaysia, cuma feel bangkok aje.

Untuk kearab street, kami berjalan kaki dari Hotel ke stesyen ASOK dan turun ke stesyen NA NA tak silap dalam 31 bath je. so dari NA NA, kami berjalan cari arab street, sambil2 beli souvenier. Dekat Na Na ni, banyak jual souvenier, contohnya  T-shirt, gelang, fridge magnet dan lain2. kena pandai cari dan tawar, cakap kat dia nak harga berapa. If dia tak nak bagi, terus cakap, x pelah cari kat tempat lain. Pastu mesti dia panggil balik. Haaaa...tu strategy dia ekh..guarantee dapat murah.kuikuikui

Setelah selesai, kami berjalan sekitar2 tu dan balik ke hotel. Diwajibkan kepada para wanita, gegirl di luar sana untuk memakai sling bag semasa berjalan-jalan dikhuatiri ada penyeluk saku. lagi satu kebanyakan kita akan jalan melalui street, jadi jalan sangatsempit, dan sukar nak lalu. possibility untuk handbeg anda yang vogue de vass terjatuh or ditarik orang amatla besar. melainkan anda semua jalan hanya di shopping complex, tak da masalah untuk membawa handbag. 
 
Sementara tu selalunya kitorang lepaking di Lobby sebab Wifi kat hotel x berapa laju, susah nak whatsap or call whatsapp. Bolehla yer nak call orang2 tersayang di lobby tu.hehehe... Selesai sudah Part  two...to be continue..

No comments: