Wednesday 19 March 2014

VACATION DAY 2: KUALA PERLIS--->LANGKAWI--->WANG KELIAN

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dapat lagi berkongsi pengalaman dan 1001 rencah dalam kegiduapan. Kali ni nak sambung cerita tentang Vacation ke utara tempohari. Dek kerana kekangan Masa yang yang menjengah, membuatkan sedikit terlewat menyambung pengalaman.

Hari kedua kami terus plan ke Langkawi dengan menaiki Feri. Ni lah first time saya naik Feri ke langkawi. Selalunya naik flight aje terus sampai di airport. Dari Hotel Brasmana tempat kami menginap lebih kurang jaraknya 200-300m sahaja untuk ke jeti. So memandangkan amat dekat jaraknya kami hanya berjalan kaki sahaja ke jeti untuk membeli tiket.

Alhamdulillah tiket kami ada pukul 12.00tghari. Rupanya dikhabarkan kepada saya beberapa orang yang duduk berhampiran kami, mereka dah sampai awal, tapi tiket untuk ke Langkawi awal pagi pukul 8-10am dah sold out. So diorang memang tunggu dari pagi untuk naik Feri yang sama dengan kami iaitu pukul 12pm.Alhamdulillah Allah permudahkan hari ni untuk kami sekeluarga.

Keadaan di dalam ruang menunggu agak padat dengan orang yang bermacam ragam. nasib baik ruang menunggu tu ada aircond, jadi semua orang pun berada dalam keadaan terkawal disebabkan sejuk. hehehe.

Mengikut pengalaman saya yang first time naik Feri ni, Feri akan tiba 30 minit sebelum waktu Feri di tiket kita. Kiranya Feri saya tiba pukul 11.30am la.Waktu begini sangat pack. Jadi jangan biarkan anak anda yang kecil berjalan sendiri. Dukungla, takut-takut terpijak or terlanggar. Dengar dulu announcement dari pihak management kita di pintu berapa. Kerana selalunya akan ada dua Feri serentak yang akan datang. Kalau salah pintu, jenuhla nak berpatah balik dengan orang yang berasak-asak. Pada saya keadaan di sini tidak teratur. Sepatutnya Management membuat announcement lebih awal lagi sebelum semua orang berasak-asak mahu menaiki Feri. Lagi satu Jika sesiapa yang mahu balik hari, sampai disana terus beli tiket pulang. Kalau tidak, tunggu je la esok hari pula. hehehehe.

Ok, dah masuk Feri, kami pun duduk dengan selesanya. Di tiket ada seat No. So, kenala tengok seat number tu. Alahmadulillah kami dapat seat  di tepi tingkap dapatlah menikmati Tasik Dayang Bunting dan pulau-pulau lain(padahal dah tengok).

Sesampainya di sana terus kami beli tiket balik ke Kuala Perlis dan juga terus cari kereta sewa. Memandangkan peek Hour, kereta agak mahal walaupun hanya sewa separuh hari dan ianya VIVA!!

Memandangkan Langkawi ni kami dah pergi buat kali ke-4, Jadi kami pun hanya pergi ke kedai yang kami betul-betul nak cari barang aje. Ismail Group, untuk beli coklat, Idaman Suri untuk beli beg raga. Dan last skali kedai Perfume, cinta hati saya.

Selepas itu terus berangkat pulang

--------------------------to be continued---------------------------










No comments: