Assalamualaikum semua. AlhamdulillahSyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menghirup udara segar kurniaanya..tanggal 8 March tempohari genaplah usia saya 26 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesempatan beribadah menggenggam saham akhirat. Kadang-kadang kita lupa nikmat dikurniakan umur yang panjang beserta kesihatan yang masih baik. Walaupun banyak ujian dan dugaan yang Allah berikan, namun jangan lah bberputus asa kepadanya.Kerana Allah Maha Mengetahui. Tiada keraguan lagi.
“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)-Ku.“(QS. 2:152)
Kakak dan abg ipar kesayangan, rupanya sudah planning untuk menyambut hari kelahiran anugerah Allah ini bersama-sama dengan anak saudara saya. Tempat yang saya sendiri tak pernah lihat dan tahu. Namun bila jejak je kaki disana. MashaAllah....cantiknya...Patutlah kedai ini namanya FLORA CAFE. Hati pun berbunga-bunga tengok.Macam masuk satu tempat asing.
Mengikut kata kakak saya, perlu book dulu, baru dia hias meja kita dengan special table cloth yang glitter-glitter gitu.hehehehe..
So makanan boleh dikatakan variasi, sedap dan puas hati. Tak rugi kalau makan di sini. Range harga makanan dalam RM12-RM25. Dessert dalam range RM5-10. Minuman pula dalam range RM5-10. Pada saya ok la sekali-sekala menyambut hari gembira bersama keluarga tercinta kan.
Bolehla tengok gambar-gambar yang saya attachkan.
Ini adalah sotong kangkung. Rasanya sangat sedap dan banyak sotong di dalam. Selalunya sotong tak sebanyak ini kalau di tempat lain
Ini pula set ayam masak merah.
Ini Pula adalah mee udang, Chocolate ice
Mee Bandung(rencahnya hanya daging dan telur tidak boleh ditukar dengan rencah lain ye. yang darah tinggi tidak digalakkan makan.heheeh..tapi marvellous sangat
Ni dessert yang paling marvelouss...Pisang Sira with Ice Cream
Have a look sweet moment photo. TQ so much to My Love Mama, My Lovely Sister and My handsome Abg Ipar.
Baiti Jannati Dunya wa Akhirah Akhirah. Semoga Allah mengurniakan Rezeki, Kasih Sayang, Kesihatan serta RahmatNya Buat kalian. Amin Ya Robb
No comments:
Post a Comment