Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya. Sudah lama tidak nukilkan apa-apa di blog yang setia menunggu sang tuan mencoret kata.
Saya diminta sahabat saya untuk menunjukkan bagaimana melakar bunga di atas cheese tart. Previously saya telah siapkan bagaimana ingin membuat pastri dan cheese. So untuk melakar bunga mudah sahaja. Setelah dipaipkan cheese ke dalam shell yang telah diisi filling, barulah lakarkan bunga.
mula-mula sekali, ambil lebihan cheese dalam satu sudu besar dan letakkan di atas bekas leper.kemudian pilih warna yang bersesuaian dengan citarasa anda.
Picitkan warna diatas ke dalam cheese tart tadi dan gaul sebati
dengan menggunakan lidi, hujungnya celupkan kedalam pewarna tadi.
kemudian titipkan dalam 4-5 titik di atas cheese tart.
kemudian dari atas, tarik turun ke bawah dengan lembut di atas pemukaan sahaja.
No comments:
Post a Comment