Sunday, 9 March 2014

VACATION DAY 1: KUALA PERLIS--->LANGKAWI--->WANG KELIAN

Assalamualaikum. Semoga kalian sentiasa diberkati Allah. Lately cuaca sangat panas membuatkan sebahagian dari badan kita menerima sakit. Itu tanda Allah menguji sepolosok hambaNya yang masih leka dan alpa dengan mengejar keduiaan yang hannya sementara.

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah dapat lagi saya menulis dan berkongsi sedikit pengalaman saya tempohari. Boleh dikatakan unplaned Trip ke UTARA ni sebenarnya. Disebabkan flight ke PADANG INDONESIA cancel suddenly, so plan vacation bersama family tersayang pun terpaksa bertukar. Apakan Daya. Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami. Tapi itu juga merupakan amaran dari Allah supaya tidak memudaratkan diri sendiri. Untuk peringatan semua, lebih baik jangan mengambil flight ticket awal pagi(subuh) sebabnya mereka akan bagi tahu pembatalan flight last minute. No refund in cash. Just credit shell. So by hook or by crook, we need to plan another trip.

Oklah dah puas membebel tentang airasia ni. So the vacation yang my family  decide is in Malaysia. UTARA nok. firstly saya yang pilih untuk ke WANG KELIAN sebabnya hari tu my company ada buat trip ke sana. Dan barang-barang sangat murah. SO kitorang plan ke PERLIS dahulu. Dari bidor perak ke perlis mengambil masa selama lebih kruang 5 jam. Termasuk berhenti makan sume. Sampai aja di kuala perlis. Kami singgah di satu tempat kedai makan tepi jalan berderet2. Saya ingatkan kedai biasa sahaja. Rupanya di situ kita boleh menikmati pemandangan sunset yang sangat indah. Subhanallah....Tak terkata cantiknya view kat situ.

Disinah tempat yang saya rasa sangat tenang. menikmati pemandangan  sambil bersantap. Di sini terdapat baynyak stall-stall kecil yang menjual variasi makanan dari utara. Kami menikmati ayam panggang yang enak dan lembut san juga peratama kali mencubanya bersama pulut dan bawang goreng. 
 Ini gambar yang diambil di sekitar tempat kawasan santapan tadi. kesemua gerai ini di buka petang dan berlarutan sehingga ke malam hari. Gerainya semua di tepi laluan jalan besar sahaja. Agak susah untuk parking kereta memandangkan kawasan agak terhad dan sempit.





 Setelah puas bersantap, kami teruskan perjalanan ke hotel yang dipilih oleh abag ipar saya. BRASMANA HOTEL. Hotel ini terletak di kuala perlis, berdekatan dengan jeti di kuala perlis hanya 200meter sahaja jika berjalan kaki. pada saya hotel ini berpatutan, selesa dan juga banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar HOTEL tersebut.


Setelah check-in, kami pun membersihkan diri, solat, dan berehat sekejap. Kemudian kami keluar di sekitar hotel tersebut. Sungguh seronok merasa angin yang bertiup kuat juga menyelubungi malam kelam. Tapi tiada tanda hujan akan turun. Namun angin terasa sedap memukul diri. nyaman sekali.

Kami membawa diri menikmati ikan bakar di gerai-gerai ikan bakar yang berdekatan dengan hotel tersebut. Kalau di ikutkan rate makanan laut di UMBAI(MELAKA) dan SABAK AUR(JOHOR) lebih murah berbanding di KUALA PERLIS ini.

DI sekitar tempat ikan bakar ada menjual pakaian dan juga barang-barang permainan yang boleh dikatakan murah dan up to date juga barang-barang-nya.
Usai makan kami pun berjalan-jalan di sekitarkangar, dan kuala perlis  menaiki kereta. Setelah Puas menelaah malam kelam disekitar kangar dan kuala perlis, kami pulang ke HOTEL. di malam hari ada aktiviti menaiki kuda individu dan juga satu keluarga. Kuda yang mereka gunakan ini sangat bersih dan disiplin. Nama kuda yang kami naiki ini adalah VETO dan yang anak saudara saya naik berseorangan adalah ZORRO. Dua-dua hanya memahami arahan dalam bahasa inggeris. Kami menaiki kuda tersebut yang membawa kami berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan malam kira-kira- 2km dari tempat kuda tersebut. Per/heah rm6 ringgit. Rasanya berbaloi untuk menaikinya.
Selesai aktiviti hari pertama kami kembali ke hotel. Alhamdulillah dapat merehatkan diri seketika dari urusan kerja. Bersyukur sangat masih di beri kesempatan untuk meraih hari bersama keluarga tersayang. Memandangkan bilik saya berjauhan dengan bilik anak sedara saya. Tidur malam agak lena. Hehehehe...

-----------------------------To Be Continue-----------------------
  

 









No comments: