WANG KELIAN
Assalamualaikum..semoga Allah sentiasa memberkati Kalian. Rasanya terlalu lama saya menyambung kisah percutian di utara pada entry yang lalu.
Destinasi selepas Langkawi adalah Wang Kelian. Wang Kelian adalah satu destinasi seperti pasar mingguan. Tetapi barang-barangnya amat murah sekali. Barang seperti periuk, loyang, beras, minyak, ikan bilis memang teramat sangat murah. Kalau ikan bilis yang halus di tempat saya harga sekilo mencecah RM40, tetapi di wang kelian, harganya belasan ringgit sahaja.
Wang Kelian bersempadan dengan Daerah Satun, Thailand. Pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, pintu sempadan Thailand yang menghubungkan Malaysia dan Thailand ini akan dibuka untuk para pengunjung membeli belah. Sekitar 2km tapak pasar di kiri dan kanan sepanjang jalan. Memang Meriah sangat.Kalau nak pegi jangan sampai tengahari..panasnya Allah je yang tahu
Kami sempat membeli pengukus kuih, yang besar, harganya hanya RM 80, kalau di Malaysia mencecah seratus ringgit lebih. Saya juga sempat membeli loyang kuih. 3 set, Rm 10 ringgit. hati tersenyum gembira.
No comments:
Post a Comment