Thursday, 13 February 2014

CHEESE TART WITH BLUEBERRY FILLING

Assalamualaikum...Salam Jumaat buat semua. Moga sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah..so Kali ni just nak share gambar cheese tart. Kali ni cheese tart with blueberry filling and bunga lavender di atas(tak rupa sangat pun lavendernya)






Resepinya boleh dapat pada entry yang lepas yer. Untuk mendapatkan cheese yang cantik, pastikan cream cheese tidak terlalu beku. Pendek kata, jangan suhu bilik, dan jangan masa keras kita mix. kalau tak memangla jadi berketul-ketul.

Selamat mencuba.!!

Monday, 10 February 2014

CHOCOLATE CAKE MOIST KUKUS

Assalamualaikum..Saya ingin berkongsi sedikit  resepi Chocolate Cake Kukus yang saya gunakan semasa event di KLCC Tempohari.

BAHAN-BAHAN UNTUK CHOCOLATE CAKE

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula castor
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
*1/2 cawan susu pekat(untuk lebih moist) 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh  baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur suhu bilik

CARA-CARA

Ayakkan tepung gandum, serbuk koko,  baking powder dan soda bikarbonat.

Sementara itu panaskan kukus.

Pukul telur, esen vanilla  dan gula hingga kembang
masukkan minyak dan susu pukul lagi.

Dengan menggunakan kaedah kaup balik, masukkan tepung bahan yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit gaul sehingga sebati.

masukkan adunan ke dalam cup 3/4 adunan lagi 1/4 topping chocolate

Kemudian susun di dalam kukusan dan kukus selama 45 minit/ sehingga masak.

Cucuk dengan lidi kalau nak tahu masak atau tidak. kalau lidi licin aje tanda sudah masak.

untuk topping ganache

300gm Coklat Masakan(di cincang halus)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Masakkan susu cair sehingga mendidih.  setelah itu masukkan ke dalam bekas coklat masakan yang dicincang halus dan di gaul rata bersama butter,susu pekat dan campurkan sedikit air panas. gaul hingga sebati.

Untuk cara lain membuat coklat ganache boleh klik di sini.    Susunkan ape2 buah-buahan untuk tampak lebih sedap dan memang sedap untuk dimakan 
Choco Moist Cake Kukus+ Strawberry on top+ choc Ganache
Minimum Order 50pcs = RM65
Untuk Tempahan - Bidor, Tapah, KL
Call/Whatsapp - 0124094744



Sunday, 9 February 2014

DADIH & CHOCOLATE MOIST FOR PERKIM EVENT

Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan Izin dan rahmatNya dapat lagi saya baitkan nukilan dan hasil tangan saya di dalam blog Selera Kasih ini. Syukur yang tidak terhingga kepada orang yang sentiasa memberi saya ruang dan peluang untuk saya mengasah bakat saya dan memberikan kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan masakan dari tagan yang Allah pinjamkan ini.

Saya telah diberikan kepercayaan oleh D'belai Rasa Catering untuk menyiapkan dessert untuk majlis tersebut. majlis yang dianjurkan oleh Perkim Itu diadakan di Masjid Asy-Syakirin KLCC yang dihadiri terdiri daripada 250 orang Muallaf dan juga VVIP Kehormat iaitu Tun Dr. Mahathir dan isteri beliau serta beberapa lagi tetamu jemputan yang lain. Majlis yang diadakan ialah Bacaan Tahlil.

D'belai Rasa Catering  request dadih dan chocolate moist untuk VVIP.  Saya memerah otak untuk mmemikirkan bagaimana menampakkkan dadih itu creative dan enak serta  bukan seperti dadih biasa. Setelah memikirkan, saya membuat dadih tersebut layer bersama dengan Jelly dan isinya adalah fruit cocktail. hmmmm... Rasanya combinasi yang baik.

Saya menyediakan  4 Jenis perisa dadih iaitu Yam, Strawbeey, Vanilla and Chocolate. Saya isikan 3/4 sahaja daripada isipadu cup tersebut kemudian biarkan sejuk. Kemudian saya masakkan Jelly. Sebelum itu saya isikan fruit cocktail di dalam bekas yang dadih tadi telah pun sejuk. Kemudian penuhkan cup dengan Jelly tadi. Setelah sejuk, baru masukkan di dalam fridge.

Dadih 2 layer filling + Nata/fruit cocktail
Minimum Order 100pcs = RM120
Untuk Tempahan - BIDOR, TAPAH, KL
CALL/WHATSAPP - 0124094744
Next adalah chocolate moist cake. Memandangkan saya bekerja disiang hari, terpaksa menyiapkan semuanya dalam masa satu malam. Allah telah mengurniakan kudrat yang ada ini. Dapatlah saya siapkan. Tapi rasa macam hell kitchen. HEHEHEH. Untuk resepi klik sini

memandangkan bunga lorek dengan whipping cream ini tidak cukup menyerlah, jadi saya tambahkan sahaja strawberry untuk tampak lebih exclusive. Chewah!




Choc. Moist Cake kukus+ Ganache Choc
minimum order 50pcs = RM65

Alhamdulillah..semuanya selesai. Dpat jugak snap gambar Tun. Semuanya pun licin, termasuklah D'belai Rasa punya masakan.  " Jadikan setiap jualan di dalam perniagaan mu sedeqah". Maksudnya, Setiap apa yang kita jualkan atau niagakan lebihkanlah dan anggapkan sebagai sedeqah.


















Wednesday, 5 February 2014

CHEESE TART FOR E-DAY

ASSALAMUALAIKUM...buat sahabat-sahabat sekalian. Sebagaimana tempoh hari ada memberikan resepi cheese tart , Kali ini cheese tart telah di gubah sedikit dengan menambah fondant  untuk pertunangan officemate saya.


 Disebabkan tema beliau adalah warna peach, so saya pun reka untuk membuat hurufnya berwarna orange and berlatar belakangkan violet.

Saya letakkan bunga berwarna pink di atas ukiran tart saya yang saya umpamakan seperti daun. Bunga tu untuk menambahkan keserian tart tu tak lah nampak kosong.  Akhirnya siap juga cheese tart diserikan dengan fondant. Alhamdulillah


Tuesday, 4 February 2014

CHEESE TART

Assalamualaikum Sahabat sekalian, Moga sentiasa di dalam Rahmat Ilahi. Apa khabar iman? adakah masih sihat dah berdiri utuh dan teguh? Ataupun sudah layu? mari sama-sama kita memperbaikinya.

So hari ini ingin berkongsi lagi satu resepi yang telah dicuba. CHEESE TART!!! Saya gunakan filling blueberry. Memandangkan ramai yang sangat sukakan blueberry cheese tart, dan ada yang saya nak buat sebagai hantaran pertunangan officemate saya, so, saya pun menjayakan dengan menyiapkan blueberry cheese tart ni.

Sebelum kita nak dapatkan satu ketul blueberry cheese tart,kita kenalah siapkan crust or saya panggil SHELL. SHELL ni kita boleh simpan dalam jangka masa yang agak panjang sebelum menggunakan atau pipe kan filling cheese. Dengan Syarat disimpan di dalam bekas kedap udara. Sebelum memberi resepi ni, selalunya 1 adunan Cheese filling akan berlebihan. Maknanya, lebih digalakkan membuat 2 adunan shell, dan 1 adunan cheese (2:1)

BAHAN-BAHAN SHELL(1 adunan= 40 biji kecil)
175g Butter
50g icing sugar
290g tepung gandum
1 biji telur gred C
1 sudu kecil vanilla essence

CARA-CARA
1.Sebelum menguli adunan shell ini, pastikan butter telah dikeluarkan terlebih dahulu
2.pukul butter dan icing sugar sehingga kembang
3.masukkan telur dan pukul lagi
4.Kemudian masukkan tepung
5.dengan menggunakan tangan, uli tepung yang telah dimasukkan sebentar tadi
6.Uli sehingga sebati. Jika adunan melekat-lekat di tangan lagi, tambahkan sedikit lagi tepung.

7.Setelah Doh Shell siap. Tiba masa untuk menempa di dalam acuan. Sediakan acuan untuk cheese tart. Ikut suka besarnya.

8.Mula-mula, cuit sedikit doh kemudian tempa di dalam acuan
9.lenyekkan mingikut ketebalan yang diingini
10.bahagian lebihan di sekeliling, gunakan pisau plastik untuk kemasan di tepi
11.cucuk adunan dengan garfu(untuk mengelakkan doh dibahagian tengah mentah)
12.Setelah di susun siap, Bakar di dalam oven 170 degree selama 20-25 minit, mengikut oven masing-masing.










 







So dah siap shell, bermaksud tinggal separuh lagi  bahgian cheese tart kita. Next step is filling cheese. How to make it?
BAHAN-BAHAN
250g cream cheese (philadephia/tartura)
50g castor sugar
1 biji telur gred B
1 sudu vanilla essence
CARA-CARA
1. Putar castor sugar dengan cream
2.Setelah sebati dan kembang, masukkan telur
3. Kemudian masukkan pula vanilla essence
4. Setelah siap sebati, masukkan ke dalam piping beg
CARA-CARA MENGISI FILLING PADA CHEESE TART
1.Susun semua shell pada loyang
2. Masukkan filling pilihan (saya pilih strawberry)
3.Pipekan Cheese ke atas shell yang telah diletak filling
4. Pipekan secara menegak supaya cheese kelihatan menggelembung.
Dah siap start buat bunga pulak kat atas cheese.
CARA-CARA BUAT BUNGA
Warnakan Filling cheese tadi dengan warna pilihan
Setelah digaul rata, dengan menggunakan lidi titikkan dengan beberapa titik membujur
kemudian dari atas, tarik lidi sehingga kebawah supaya terhasil bentuk bunga.Boleh refer disini untuk membuat bunga cheese tart ni yer...
http://seleraqasih.blogspot.com/2014/03/cara-cara-membuat-bunga-ukiran-di-atas.html

Setelah siap ukiran bunga di atas, sila masukkan ke dalam oven 5-10 minit dengan temperature 150 degree. Kalau nak pastikan, letakkan tangan di atas cheese tart tadi, jika cheese tidak melekat di tangan, boleh di angkat sudah..

 Alhamdulillah selesai.
Anyhow enjoy the making of cheese tart. It is not too hard. Just need an effort to make it. InshaAllah..