Assalamualaikum sahabat pembaca sekalian. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan Izin dan rahmatNya dapat lagi saya baitkan nukilan dan hasil tangan saya di dalam blog Selera Kasih ini. Syukur yang tidak terhingga kepada orang yang sentiasa memberi saya ruang dan peluang untuk saya mengasah bakat saya dan memberikan kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan masakan dari tagan yang Allah pinjamkan ini.
Saya telah diberikan kepercayaan oleh D'belai Rasa Catering untuk menyiapkan dessert untuk majlis tersebut. majlis yang dianjurkan oleh Perkim Itu diadakan di Masjid Asy-Syakirin KLCC yang dihadiri terdiri daripada 250 orang Muallaf dan juga VVIP Kehormat iaitu Tun Dr. Mahathir dan isteri beliau serta beberapa lagi tetamu jemputan yang lain. Majlis yang diadakan ialah Bacaan Tahlil.
D'belai Rasa Catering request dadih dan chocolate moist untuk VVIP. Saya memerah otak untuk mmemikirkan bagaimana menampakkkan dadih itu creative dan enak serta bukan seperti dadih biasa. Setelah memikirkan, saya membuat dadih tersebut layer bersama dengan Jelly dan isinya adalah fruit cocktail. hmmmm... Rasanya combinasi yang baik.
Saya menyediakan 4 Jenis perisa dadih iaitu Yam, Strawbeey, Vanilla and Chocolate. Saya isikan 3/4 sahaja daripada isipadu cup tersebut kemudian biarkan sejuk. Kemudian saya masakkan Jelly. Sebelum itu saya isikan fruit cocktail di dalam bekas yang dadih tadi telah pun sejuk. Kemudian penuhkan cup dengan Jelly tadi. Setelah sejuk, baru masukkan di dalam fridge.
Dadih 2 layer filling + Nata/fruit cocktail Minimum Order 100pcs = RM120 Untuk Tempahan - BIDOR, TAPAH, KL CALL/WHATSAPP - 0124094744 |
Next adalah chocolate moist cake. Memandangkan saya bekerja disiang hari, terpaksa menyiapkan semuanya dalam masa satu malam. Allah telah mengurniakan kudrat yang ada ini. Dapatlah saya siapkan. Tapi rasa macam hell kitchen. HEHEHEH. Untuk resepi klik sini
memandangkan bunga lorek dengan whipping cream ini tidak cukup menyerlah, jadi saya tambahkan sahaja strawberry untuk tampak lebih exclusive. Chewah!
Choc. Moist Cake kukus+ Ganache Choc minimum order 50pcs = RM65 |
No comments:
Post a Comment